klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Monday, December 26, 2011

PERKASA Bantah Penggunaan Dakwat Kekal


Episod bangang bajet Perkasa berterusan apabila tindakan mereka membantah penggunaan dakwat kekal untuk pilihanraya umum akan datang. Kata Syed Hasan Ali iaitu setiausaha Perkosa eh Perkasa menyatakan bahawa "penggunaan dakwat kekal itu membawa negara ke belakang" dan percaya bahawa "ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dlm PRU

Jawapan aku :

Bodoh dan bangang. Pembangunan negara diukur dari segi dakwat ke? Berbanding sistem biometrik yang boleh dimanipulasi, penggunaan dakwat kekal terbukti dapat menghalang pengundian berulang. Malah dengan kos lebih murah. Baik guna benda murah yang terbukti berkesan dari benda mahal yang tak kompem jadi ke tak. Tolong jangan jadi bangang.

Melayu taknak keluar mengundi? Kenapa pulak? Dakwat tu ada najis ke hapa. Negara-negara Islam yang lain dah banyak pakai la beb. Bangang melantun.

Kata Perkasa lagi...

"Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal ini adalah dari pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ini cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi, mereka usahakan juga gesaan”. 

 Jawapan aku :

Ini sesungguhnya memang takde point lain dah nak bangkang. Sikit-sikit dengan alsan melayu, alasan Islam. Kemon la beb, orang lain berani nak berubah mengapa kita taknak? Bagi aku selagi benda nie tak haram, apa salahnya cuba. Kalau dah betul tak berkesan jangan buang dah. Orang Bota cakap try and error.

Al-mangkuki....

yeaaahhhh!!!

Sunday, December 25, 2011

Tahukah Kome?


Kaunter-kaunter turut dibuka pada setiap hujung minggu sehingga hujung tahun ini untuk memdahkan orang ramai membayar zakat di semua pejabat agama daerah (kecuali Lenggong).

Saturday, December 24, 2011

Ulu Kinta Terkenal Di Mata Dunia

Tahun : 2005
Lokasi : SMKA Sultan Azlan Shah, Bota

Terdapat satu subjek maut yang perlu ditempuhi oleh kanak-kanak genius iaitu Matematik Tambahan ataupun lebih mesra dengan panggilan Add Math. Pada tahun tersebut, kami telah menerima kedatangan seorang guru baru yang dikatakan pakar add math seantero Perak iaitu Cikgu Mat Nor. Macam biasa bila hari pertama cikgu mengajar, mesti la dia nak berkenalan dengan semua murid-murid dia kan. Lalu kami pun memperkenalkan diri masing-masing.

Punya la power cikgu nie, bila dia tanya sorang-sorang duduk kat mana dia boleh kenal lokasi serta tempat-tempat yang berhampiran. Sampai kawan aku yang duduk jauh di Gerik pun beliau boleh tahu lokasi malahan kenal pulak dengan ketua kampung. Tapi aku yakin yang beliau mesti takkan dapat detect kawasan Ulu Kinta.

"Nama saya bla...bla...adik beradik bla..bla...Saya duduk di Perumahan Awam 2, Ulu Kinta" tutur aku dengan keyakinan yang tinggi bahawa beliau tak tau di mana Ulu Kinta.

" Ooo..RPA yek? depan kem polis kan?" balas Cikgu Mat Nor dengan yakin. Umpama membalas smash.

" Err..haah..haah..Betul la tu.."

Tak sangka Ulu Kinta sangat terkenal....

Saturday, December 17, 2011

Aku, Bas Sekolah dan Lenggong

Sebelum datangnya tahun hijrah, bas rasmi bagi budak-budak Azlan (SMKASAS Boston) adalah sebijik bas Tata hijau yang usang lagi tidak menggiurkan. Masa aku form 4 (tahun 2004) sudah kedengaran bahawa bas baru akan tiba. Sebagai orang kuat Sejafi ataupun Persatuan Sejarah dan Geografi, aku mula mengatur satu rombongan ke Muzium Arkeologi Lenggong.

Hari demi hari, bas yang ditunggu masih belum tiba. Tarikh rombongan sudah semakin hampir. Takkan nak naik bas Tata usang kot. Tak awesome kata orang Boston. Seminggu sebelum bertolak, akhirnya bas pun sampai. Yabedabedu...kami yang rasmi dulu. Hahaha.

Pagi sebelum bertolak, ada makan sarapan dulu. Menu pagi tu ketiow goreng. Kenapa aku ingat sampai sekarang? Kome kena baca sampai habis baru tau. Masuk-masuk je dalam bas, bau bas baru begitu kuat untuk dihidu. Adunan bau bas dan ketiow goreng dalam perut menghasilkan enzim yang tak selesa untuk perut aku.

Lepas baca doa, kami pun bertolak. Masa tu jalan nak ke Lenggong bukan lurus macam sekarang. Bengkang-bengkong. Perut aku makin tak selesa. Kepala pun dah masuk angin. Aku ambik keputusan untuk tido dengan harapan rasa sengal-sengal jahanam ini bakal berkurangan. Tapi tak lama. Jalan ke Lenggong betul-betul mencabar aku. Akhirnya aku mula rasa ada sesuatu didalam tekak aku...

Aku mula cemas.

Dalam situasi yang genting itu aku mula mencari-cari beg plastik. Tiada. Objek didalam tekak semakin hampir keluar. Kawan-kawan ketawa riang tanpa mempedulikan aku. Aku segera ke kerusi paling belakang sekali untuk mengelakkan tindakan selanjutnya dilihat oleh gadis-gadis. Dalam perjalanan ke belakang akhirnya aku tewas....

Uweekkkk!!! Uwweekkk!!

Tudia ketiow....

Pada masa itu aku mula merasakan kelegaan yang tiada tandingannya..

kesan-kesan ketiow masih boleh dilihat di kerusi 2 dari belakang sebelah kanan. Gambo ihsan dari blog budak-budak Azlan.

Friday, December 16, 2011

Memilih Bini Baru

Orang cakap nak bina masjid nie memang banyak dugaan. Dugaan dan cabaran yang paling beso untuk aku mestilah memiliki kewangan yang kukuh dan stabil. Alhamdulillah aku dapat bonus 2 bulan gaji. Terkejut gak. Aku masih lagi tersenyum sampai sekarang. Masa kome baca nie pun aku tengah senyum lagi. Siyes tak tipu.

Apa yang kita nak buat dengan duit banyak-banyak nie? Kahwin la apa lagi. Aku sebenarnya menghadapi dilema dalam memilih dua calon yang sesuai. Harap keme-keme sekalian boleh membantu teman menyelesaikan masalah ini.

Calon 1 : Modenas GT 128

gambo pinjam dari google. 

Kelebihan :
1) Motor baru. Enjin insyaAllah tiada masalah.
2) Laju. Top speed boleh lawan LC ( deme yang kabo)
3) Lawa. Lawa kot. Sapa cakap tak lawa dia gila.
4) Bukan dalam kategori motor panas. 

Keburukan :
1) Rasanya tak mampu nak beli cash. Kena hutang kot.


Calon 2 : Yamaha SS Two 110

juga ihsan google

Kelebihan :
1) Murah gila. Boleh bayar cash sambil korek hidung.
2) Bunyi ekzos dia paling sedap dan seksi.
3) Bentuk dia klasik tapi nampak gagah. Macam Aaron Aziz.
4) Laju jugak.

Keburukan : 
1) Motor lama. Kena pandai cari yang betul-betul elok.
2) Pakai 2T. Orang kaya je pakai 2T nie.
3) Agak-agak bawak Ipoh-Lenggong selamat tak?

Kome rasa mana yang sesuai jadi bini aku?

p/s : jangan bagi cadangan suruh angkat kereta. Aku masih sayangkan Kelisa Turbo aku.

Monday, December 5, 2011

Ejen Sinar FM

Hari ini (sebenarnya minggu lepas) aku rasa sangat-sangat bertuah sebab terserempak dengan Ejen Sinar FM kat Giant Tambun. Aku memang minat gila kat Sinar FM. Walaupun kawan-kawan yang menumpang kereta mengeji aku kerana mendengar lagu-lagu retro, tapi peduli hapa aku. Kome tumpang keta aku, dengar je la. Turunkan di tepi jalan nanti baru tau.

Ada banyak barang-barang free yang deme bagi. Aku dapat topi sebab bagitau nama penyampai radio Sinar. Tiba-tiba aku ternampak deme mengeluarkan 1 benda yang paling aku nak dalam dunia untuk diberikan kepada orang bertuah...

CD lagu XPDC album Rasopariso.

Sumpah aku nak sangat CD tu. Tapi nak dapat bukan senang, kena jawab soalan dulu. "Lagu Fantasia Bulan Madu, kat track ke berapa? Siapa boleh jawab saya bagi CD nie free" kata brader Sinar tersebut.

Maka berebut-rebut la kami menjawab, tapi takde pun yang kena. Aku pun cuba nasib jugak. Semua nombor kitorang bagitau, tapi takde yang kena. Heran jugak. Last-last ada sorang akak nie jawab.

"Err..takde?"

"Yee..betul akak. Lagu Fantasia, Search yang nyanyi. Bukan XPDC. Akak boleh amek CD nie"

Haram. Soalan pancing. Aku pun tau Search yang nyanyi. Terkono den.

Disebabkan terlalu tensen, aku terus beli CD tu kat kedai.

seronok..seronok

Sunday, December 4, 2011

Sungai Lui : Aizat Amdan

Secara jujurnya aku memang tak minat kat Aizat walaupun dia takde pape dendam kat aku. Lagu-lagu dia pun aku tak layan sangat. Tapi bila 1st time aku dengar lagu ini, semacam ada satu perasaan lain yang menyentuh ginjal daku. Rasa heaven, tenang, dan nyaman bila dengar lagu nie. Inilah agaknya "cinta dengar pertama" kot.

Ahhh rasa seperti di syurga. Lagu nie buat aku orgasma...



Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

(ulang sampai inzal)

Tuesday, November 29, 2011

Gambar Lucah #2

Pelampung paling selamat


cara terbaru elakkan menangis masa potong bawang


aku nak try letak ayor coke la..


jgn salah paham. mereka ada krisis identiti


ceramah parti politik terbesar di India...


janji ada..kereta kome ada???


Monday, November 28, 2011

I Am Single

"Ko takde awek ke? Ahh tipu la.."

"Tak bosan ke wei takde awek"

"Bahaya tau mike takde awek nie. Nanti deme ingat mike tu songsang"

Begitulah kata-kata 'semangat' yang aku dapat setiap kali orang tanya pasal status aku. Yup aku takde awek. Aku selesa hidup sorang-sorang. Ada masalah ke?

Dulu aku memang pernah ada somebody. Beliau la tempat aku meluahkan perasaan dan mencurahkan kasih sayang (perghh ayat). Tapi apa boleh buat takde jodoh kami. Nak salahkan sape-sape pun tak boleh sebab semua orang ada buat silap. Maybe silap aku yang banyak kot.

Pernah jugak masa aku kapel dulu aku terpikir, apa rasanya hidup single nie? Aku dulu lama, 5 tahun lebih beb kitorang kapel. Bila dah single nie, ada banyak jugak kelebihan yang aku dapat. Antaranya :

1. Kredit henpon aku mengalami saving yang sangat-sangat ketara. Dulu 2-3 hari sehari topup. Paling busuk seminggu sekali. Sekarang 2 minggu sekali jek.

2. Wang aku jugak tidak habis dikeluarkan untuk si dia. Biasa la dulu gentlemen semua benda nak kita bayar. Betul tak?

3. Aku bebas keluar ke mana-mana saja tanpa perlu melaporkan pergerakan keluar masuk kepada si dia.

4. Biasa la pompuan hati kapas, mudah terasa. Suka merajuk. Aku memang tak reti pujuk-pujuk orang nie.

5. Penampilan? Err takde perubahan kot. Kadang-kadang masa kapel dulu aku serabai jugak. Sekarang pun sama jugak. Hehehe.

Jadi sebenarnya, hidup single ni tak lah seteruk mana. Cuma terpulang pada seseorang tu macam mana nak adaptasi kehidupan dia. Ada orang yang suka berteman, ada yang suka sendiri. Hidup orang bujang!



p/s : sebenarnya aku dah bosan hidup single. sunyi.

Sunday, November 27, 2011

7 Minit Yang Menyakitkan Hati

Kalah 3-2 lepas leading 2-0 memang aku tak boleh terima. Lagi aku tak boleh selang gol yang terlalu pantas. Paling tak logik sekali kita lawan dengan 10 orang woi.

Kamilah bintang..eh kamilah 3 sekawan pahlawan pedang impian..

Man Utd vs Kota Bharu Bersatu

Dah lama rasanya tak tengok bola omputih nie, sejak dari demam rakyat Malaysia dengan bola sukan SEA. Malam tadi berlangsungnya perlawanan getir antara kelab paling power didunia (Man Utd) menentang pasukan Kota Bharu Bersatu (Newcastle United). Apa yang ada pada perlawanan ini?

2. Kesebelasan utama United terutamanya bek sudah kembali kepada asal. Banyak adik-adik tak dapat main macam Wellbeck, Anderson, dan Cleverley. Perlawanan rancak dan penuh aksi kungfu. Sungguh banyak kad yang dilayangkan.

3. Memperkenalkan pengganti kepada Barton, iaitu Hatem Ben Arfa. Beliau memang samseng semalam. Sebijik macam abang beliau si Barton. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Ben Arfa...

4. Gol Man Utd aku terlepas sebab ada hal di tandas. Hampas ubi betul. Tapi gol penyamaan Newcastle memang tak patut. Mana kena woi, Ferdinand tackle bersih. Teka la sape yang berguling sampai dapat penalti tu? Yaa..Ben Arfa.

saat-saat sebelum Ben Arfa bergolek keriangan...

5. Keeper Newcastle memang awesome. Letih beliau menahan amukan Man Utd lepas Jonas kena kad merah. Dia tahan sana, tahan sini. Kenapa la aku letak dia kat sub dalam team fantasy aku...

6. Full time. 1-1. Memang tak patut.

Saturday, November 26, 2011

Ditahan Polis

Seperti biasa selepas masuk kerja, mula-mula sekali mesti kena sarapan dulu. Ada banyak jugak kedai-kedai sarapan yang best kat Lenggong nie, lenkali aku review macam kat Ipoh dulu. Harini kami makan di lokasi baru, di Kampung Batu Dinding bersama Abg Heri dan Fikri.

Perjalanan dengan mengambil kereta memang dekat, kentut pun boleh dengar kalau menumpukan perhatian. Lauk kat sini sebenarnya biasa-biasa jek, yang heaven cikit sebab tak ramai orang kat sini. Dah habis makan kitorang pun blah sambil bergelak ketawa. Bau orang kentut masih boleh dengar walaupun dah jauh kami melangkah.

Tengah aku seronok memandu tiba-tiba ternampak road block kat depan. Menggelabah la aku, dengan tak pakai seat belt hapanya. Abg Heri kat sebelah dok tarik-tarik selt belt dia yang sangkut. Aku takde tarik-tarik dah, nampak yang duit aku bakal melayang nanti....


Di depan polis, seperti yang dijangka aku ditahan. "Assalamualaikum cik.." Aku cuba buat-buat ramah.
Polis tu dah usha-usha aku semacam. Ingat aku tak pakai seat belt lagi.

"Waalaikumsalam..mintak lesen encik" Sambil mengeluarkan lesen aku cuba melihat-lihat baki duit aku dalam dompet. Sedih wooo.

"Ok, terima kasih. Encik boleh pergi sekarang" Eh, buat lawak ke polis nie ke aku salah dengar. Aku takde tunggu lama-lama terus aku pecut balik ofis. Murah rezeki aku pagi nie...

"Yang sebenornye aku dah jampi polis tu tadi. Tu yang dia tak saman hang" Gebang Abg Heri di pagi hari. Eleh, padahal dia yang paling gelabah tadi...

Sunday, November 20, 2011

Duit Claim

Sebagai pekerja kerajaan yang berjawatan rendah dan bergaji kecil, duit claim umpama bonus bulanan yang cukup bermakna bagi kami. Walaupun nilainya kecil, tapi dapat lepas topup dan minyak keta pun alhamdulillah..

Bulan nie aku punya claim RM 890. Nampak macam heaven kan? Tetapi selepas ditolak duit kereta yang rosak RM 700, tolak hutang RM 100, bakinya aku dapat rm 90 sahaja.

Alhamdulillah....

sebagai renungan bersama...

Friday, November 18, 2011

Malaysia vs Haiwan Mitos


1. Kita kembali lagi bersama ulasan yang pasti menjanjikan kelainan diantara perlawanan Harimau Muda menentang haiwan mitos, Garuda. Boleh dikatakan agak epic kerana kita terpaksa berlawan dengan haiwan legenda. Ingat senang ke?

2. Seperti yang dijangka, lautan merah membanjiri Gelora Bung Karno. Provokasi terhadap pemain Malaysia bermula dari nyanyian lagu Negaraku. Memang panas. Merah macam neraka.

3. Malaysia menyerang dari awal permainan dan mempamerkan persembahan bertenaga liar seperti disuntik steroid. Langsung tak terjejas dari provokasi Indon. Telinga deme kena sumbat dengan kapas agaknya.

4. Syahrul Azwari yang menggantikan Kechik nyata berbaloi walaupun aku lebih suka stail permainan Kechik. Larian solo Syahrul dari tepi membawa kepada gol pertama. Arghhh kami yang tengok bola kat opis meraung hysteria melihat gol beliau. Indon? Senyap.

5. Second half menyaksikan permainan Indon lebih tersusun. Banyak percubaan yang Indon yang gagal disempurnakan oleh Awang Hitam mereka. Ohh bukan sekadar awang hitam. Ada juga Ferdinand, Lucas, Bonai, Yericho, Diego. Malaysia vs FIFA All-Star.

 hitam-hitam si gurusamy, hitam lagi pemain garuda.

6. Walaupun ramai player EPL yang bermain untuk Indon, Malaysia masih gagah bertahan hingga wisel penamat. Rasanya Malaysia tak payah menang emas pun takpe dah. Menang dengan Indon nie macam menang Piala Dunia bagi aku. Bukan sekadar menang bola, tapi menang moral. Itu yang penting sebenarnya.

Monday, November 14, 2011

SPM 2005

Disebabkan SPM sudah muncul kembali, tiba-tiba teringat pulak zaman aku ambik SPM suatu ketika dulu. Pengalaman paling awesome bagi budak-budak kan. Hehehe.

Di sekolah dulu aku ambik aliran sastera ikhtisas. Belajar akaun dan ekonomi asas. Apa yang best pasal susunan paper SPM 2005 ialah paper objektif akaun ialah paper last. Nampak best? Kome silap. Selang antara paper second last (tak ingat pulak paper ape second last) dengan paper last ialah seminggu. Diulang SEMINGGU. Gap seminggu yang bangang dihabiskan masa di rumah bajet macam dah habis exam padahal ada lagi paper last.

Selepas seminggu, kami budak-budak akaun yang hensem mula kembali ke sekolah dengan fikiran yang kosong. Gila hapa nak study paper akaun objektif. Sampai je asrama dah rasa macam nak pengsan. Baru kau kenal erti penyesalan. Asrama jadi tunggang langgang sebab budak-budak sains meraikan kemerdekaan mereka seminggu awal. Tingkap pecah, buku berterabur, katil tak jadi katil dan paling rare sekali ada contengan "merdeka" dekat loker beserta sedikit kata-kata semangat dari budak sains kepada budak akaun seperti "gudluck budak akaun". Semangat nak study memang hilang la mengenangkan asrama yang porak peranda.

Disebabkan asrama dah tutup, dewan makan jugak dah tutup. Malam itu kami menderita kelaparan. Nasib baik ada warden belanja kami nasi bungkus. Malam tu kami tak study. Tak ingat apa yang kami buat malam tu yang pastinya ianya bukanlah aktiviti yang berfaedah.

Keesokkan harinya baru kami cuba refresh balik benda-benda akaun yang kami dah belajar. Perghh memang seksa beb. Dah macam orang hilang ingatan. Masa jawab lagi la haram jadah. Nasib baik paper objektif. Ada jugak la benda nak kena bedal.

Habis je paper, kami tidak dibenarkan balik dengan aman. Ustaz Sidek a.k.a ketua warden bertempik marah tengok keadaan asrama. Beliau menyuruh kami bersihkan dulu asrama sebelum balik. Ahhh pasal ape pulak. Bukan aku yang buat. Aku lari ikut pintu belakang sebab taknak kemas.

Akaun aku dapat B3. Ini semua salah orang yang susun paper. Aku masih berdendam dengan beliau.

Sunday, November 13, 2011

Malaysia vs Bunga Kemboja

Terima kasih terima kasih terima kasih (tagline Hafizal Hamat) kerana sudi membaca ulasan saya pada malam ini. Ape yang aku nak merapukan pada malam ini? Ayuh teruskan bacaan anda.

2. Di atas kertas dan ipad nampak macam Kemboja sekadar bunga di taman. Mudah untuk dipetik oleh kanak-kanak pemain Malaysia. Seawal minit ke 8 sudah awal gol dari Izzaq si galah. Hoh, aku sudah mula menghidu bau pesta gol yang diserikan dengan haruman bunga kemboja.

Gua tutup mata pun boleh gol. Awesome kan?

3. Baddrol Bahtiar terus superb seperti biasa. Sepakan ajaib beliau nyata tak dapat dibaca oleh gadis penjaga gol Kemboja bernama Yaty.

4. Ketololan Malaysia mula terserlah selepas dapat gol ketiga. Muslim dan Fadhli bermain bunga kemboja di kawasan sendiri. Woi bajet hold bola lama macam Barca pulak. Nak berkumpul kat halaman sendiri pulak. Bangang.

5. Second hand Kemboja mula mengamuk. Khairul Fahmi yang banyak tidur masa 1st half mula terjaga sambil mencaci beliau yang banyak main. Main bola tau jangan fikir yang bukan-bukan. Sudahnya bolos jugak sebijik.

6. Thamil Arassu? No komen. Cuba lagi ye dik...

7. Full time. 4-1. Gol Kechik memang awesome. Inzal melihat gol beliau.

8. Harap nanti lawan dengan Indon jangan macam nie yek. Abang boleh kena sakit jantung tengok kome main macam nie.

Friday, November 11, 2011

PERKASA Bantah Pulau Pinang Sediakan Bas Percuma

Kadang-kadang aku makin tak paham dengan NGO melayu yang satu nie. Dah jadi makin ultra aku tengok. Apa salahnya Penang nak buat bas free? Salah ke? Alasan kononnya nasib penarik beca akan tergadai langsung tak masuk akal. Bagi aku, beca tetap mempunyai nilai esketika yang tersendiri. Mana boleh samakan beca dengan bas.

Bangang tak bertempat.

 LGE Anti Melayu? Perkasa anti kesejahteraan rakyat jelata

Nak baca berita lanjut boleh klik sini.

Wednesday, November 9, 2011

Jersi Perak 2012

 Sumber gambo : yob4ever.com

Berdasarkan gambo nie, nampak gayanye penaja baru Yob ialah Kiko (bukan Kiko kanak-kanak ye) dan bukannya Specs lagi. Bile la gamaknya Adidas nak sponsor jersi Perak nie.

Tuesday, November 8, 2011

Malaysia vs Singapore

1. Terpaksa tengok kat tv1 sebab bergaduh dengan adik-adik yang nak tengok spongebob. Dah la lambat 15 minit. Hafizal Hamat sampai taktau nak sembang ape dengan Zainal Abidin Hassan.

2. Game sengit. Apek letih menahan asakan dari Dahlia Teck opss silap pemain Singapura yg ganas bagaikan singa di awal babak. Tapi tak lama lepas tu Malaysia banyak control bola dan control macho.

3. Baddrol Bahtiar dan free kick dia memang superb. Dia punya long distance rembat (ape nie?) pun awesome. Hampir klimaks aku dibuatnya.

4. Ape yang klakar semasa menonton live di tv1? Ape? Takde kome kabo? Jawapannya Hj Hasbullah Awang. Sebab ape?
 - "Bola dapat kepada Fandi Ahmad. Opss silap Fandi Othman. Fandi Ahmad legenda Singapura"
 - "Siapa di sana..Baddrol..bukan..Ahmad Fakri..bukan..maksud saya Gurusamy di sana.."
 - "Itu dia percubaan bahaya dari pemain Singapura....Ohh itu ulang tayang dibabak pertama tadi.."

5. Last-last minit banyak pulak bola dapat kat Singapore. Takde stamina aku tengok player Malaysia nie. Macam gadis.

6. Camna Ahmad Fakri Saarani boleh ada dalam skuad lagi? Aku tak nampak pun sumbangan dia kepada agama, bangsa dan negara. Bagus lagi Thamil Arrasu. Tengok Ahmad Fakri main mngurangkan banyak pahala aku sebab banyak mencarut tengok dia main bola macam kanak-kanak.

Ahmad Fakri di zaman sebelum mumayyiz. Masa nie dia memang power. Pernah buat hatrik walaupun masuk sub.

Monday, November 7, 2011

Resipi Rahsia Aidiladha

Disebabkan stok daging yang telah melimpah luah di dapur peti ais, mak menyuruh aku untuk mencari resipi rahsia dengan menggunakan daging. Bosan dengan sup dan rendang gamaknya. Sebagai anak yang baik, kewajiban kepada emak segera dipatuhi. Terima kasih kepada Pakcik Google. Hahaha.

Kome nak guna? Sini teman nak kongsi resipi rahsia. Mana tau kome boleh try buat kot-kot menjadi.

Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk kasi pecah sikit)

kawan-kawan sebagai tukang rasa

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Gunakan ayor rebusan daging untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.

6. Panggil kawan untuk test masakan anda

Dah siap..Tadaa...

Dah siap dah resipi rahsia kita. Serunding daging.

Selamat mencuba~ (dengan gaya ala-ala Chef Wan)
 

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H

Bila dah semakin tua nie, raya pun rasa tak semangat jek. Tak kira la raya puasa ataupun raya haji. Raya haji tahun ini dicemari dengan insiden yang amat membosankan dan boleh membuat daku berasa menyesal.

Selepas sembahyang raya, biasalah balik rumah dulu tukar baju sebab ada upacara pengorbanan dikalangan lembu-lembu sedunia. Tapi taktau la jeneral setan yang mana suruh aku baring-baring kejap. Ntah hapa yang penat pun taktau la. Rasanya aku takde berlari-lari anak semalam. Cadangnya nak baring dalam 15 minit gitu la, sudahnya pukul 12.30 baru aku bangun.


maafkan daku wahai lembu. tak dapat kita berjumpa tahun nie.


Kitar Semula Yang Awesome

Cerita sejarah ini berlaku pada tahun 2009 Masihi, di saat umat manusia masih dalam kejahilan. Pernah dengar Pertandingan Mencipta Menara KLCC dari bahan terbuang? Jika kome manusia biasa, pasti akan terbayang botol-botol atau tin minuman terpakai untuk dibuat menara. Tetapi manusia genius dari Fakulti Ekonomi dam Muamalat (FEM) telah memikirkan bahan buangan yang paling rare dan melangkaui batas pemikiran Albert Einstein.

Nak tau bahannya??




jurutera-jurutera KLCC yang telah mengharumkan nama FEM.

Yaa..manusia genius seperti kami menggunakan kotak rokok. Sangat mengejutkan juri-juri pertandingan dengan idea kreatif di luar kotak pemikiran. Sudahnya kami nombor 2. Ok le tew..

Mana datang kotak rokok banyak-banyak nie? Ada kat sini. Tapi gambar ini selepas kami ambik separuh. Hahaha..

Saturday, November 5, 2011

Kajian Kegunaan Biasa Henpon


Haha..yeke? Tapi bagi aku flashlight memang betul la. Orang lain naik gunung pakai torchlight, aku pakai henpon jek. Memang banyak berjasa.

Kome pulak camna?

Sunday, October 30, 2011

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER


Nampak gayanye ada orang ajak teman pergi berperang. Teman dengan penuh semangat keperwiraan ingin mengajak kome-kome semua pergi berperang bersama-sama.

Kome yang nak join boleh klik sini. Nak klik kat gambo pun buleh.

Sape nak serang teman dulu nie???

Saturday, October 29, 2011

Movie Review : In Time


Semasa semua orang tengah kalut nak tengok Real Steel, aku ambil keputusan untuk tengok cerita nie. Sebenarnya aku tak tau pun tentang kewujudan cerita nie, sejak kena posting ke Lenggong nie hubungan aku dengan dunia luar macam terganggu cikit. Pilihan aku memang tepat. Cerita ini langsung tak mengecewakan daku.

Dalam cerita ini, masa adalah segala-galanya. Kalau kita sekarang cakap "time is money" tapi buat bodoh jek, dalam cerita ini masa sememangnya emas yang amat bernilai. Masa adalah currency, dan umur kita dikira berdasarkan masa. Tak paham? Macam nie, selepas umur 25tahun, wajah manusia akan kekal pada umur tersebut dan countdown masa akan bermula. Nak topup masa melalui kerja atau nak mulia cikit, boleh rompak masa dari orang lain. Masa akan berkurangan apabila kita membeli barang atau perkhidmatan. Contohnya ayor kopi 5 beharga 5 minit, dan tambang masa berharga sejam.

Jadi apa yang watak utama buat dalam cerita nie? Beliau cuma pekerja marhaen biasa yang hidup cukup2 makan tetapi ditakdirkan mendapat tambahan 100 tahun usia dari seorang lelaki yang jemu hidup kerana terlampau banyak usia.Apa yang beliau lakukan terhadap umur tersebut? Apa kaitan Amanda Seyfried dengan beliau? Yaa..saspen seperti biasa la kan.

Cerita nie memang best dan super awesome. Cukup untuk menyedarkan aku bahawa masa yang kita ada sekarang cukup bernilai dan sesungguhnya hidup kekal lama tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Aku sangat-sangat mengesyorkan cerita nie kepada kome-kome sekalian. Aku bagi rating 4/5.

Amanda Seyfried memang hot.

Friday, October 28, 2011

Final Piala Malaysia 2007

Final Piala Malaysia tahun 2007 membabitkan pertemuan antara pasukan Perak dan Kedah. Kedah pada zaman itu teramat kuat dan legend. Tapi Perak tak kurang handalnya dengan duo paling berbisa, Khalid Jamlus dan Keita Mandjou. Sebab Perak dah lama tak ke final dan kebetulan aku belajar berhampiran dengan Lembah Klang, peluang menonton live di stadium tak aku lepaskan.

Setelah mengumpul beberapa rakan seperjuangan (semestinya orang Perak) kami mula berkumpul di Bukit Jalil seawal 4 petang. Kami agak bernasib baik sebab masih dapat tiket. Masa tu harga tiket RM 20 bukan macam sekarang haram mahal nak mampus. Suasana memang padat dan meriah. Sampai line telepon pun boleh bz. Susah nak calling2 masa tu.

Lepas je maghrib kami terus masuk ke stadium. Berdasarkan prestasi semasa aku sangat yakin yang Kedah bakal tersungkur. Khalid Jamlus memang fenomena masa nie. tetapi malangnya aku mula menghidu bau2 lawak apabila melihat Khalid Jamlus mula diusung keluar padang dan digantikan Ahmad Fakri Shaarani. Lebih malang lagi apabila melihat Keita Mandjou turut diusung keluar padang.

Sudahnya Perak tewas 3-0. Penyokong Perak yang kecewa mula meninggalkan stadium seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakkan. Lebih2 lagi kami yang menaiki LRT nie. Agak terhibur jugak la melihat suasana dalam LRT yang penuh dengan orang dan loghat Perak. Hilang cikit rindu kat kampung.

Lepas turun dari LRT kami lepak di kedai mamak dengan masih memakai jersi Perak. Meja belakang kami ada beberapa orang penyokong Kedah. Apa yang deme bisikkan dan gelak2 masa tu tak tau la. Celaka....

anak perak pertama bermain di barca. dengo kabo Cikgu Jan panggil dia balik musim depan

Thursday, October 20, 2011

Aku dan Wawasan 2020


Masa Dr Mahathir mula-mula memperkenalkan Wawasan 2020, aku telah membayangkan yang pada masa itu Malaysia akan berkembang maju. Ada kereta terbang bersimpang siur dan pakaian yang aneh-aneh belaka mula dipakai. Jadi aku sangat menunggu tahun 2020.

Kemudian aku tengok cerita "Back to The Future" yang femes masa zaman 80an dan 90an. Cerita tu buat kalau tak salah aku tahun 80an dan menunjukkan yang Marty pergi ke masa depan (tahun 2015) dan ditunjukkan pada zaman itu kereta terbang dan manusia berpakaian aneh sudah wujud.

Persoalan aku ialah :

1. Sekarang sudah hampir masuk 2012, tapi aku tak pernah nampak lagi kereta terbang.

2. Agak-agak sempat ke ada kereta terbang tahun 2015 nanti? ke memang sekadar angan-angan dan imaginasi sahaja.

3. Kenapa Mahathir pilih tahun 2020? Kalau macam aku jadi dia, mesti aku amek tahun di mana aku sempat menyaksikan segala wawasan aku tercapai. Contohnya sekarang aku 23 tahun, aku nak tengok Malaysia maju tahun 2050. Masa tu umur aku 62. Logik kan?

Kereta DeLorean memang rare.

Sunday, October 16, 2011

Man Utd vs Liverfool

Pertembungan yang sentiasa menjanjikan kepanasan telah berlangsung malam tadi dengan keputusan 1-1. Tapi sebenarnya tak la panas mana pun semalam. Kenapa tak panas?

1. 1st half agak membosankan. Tak banyak percubaan yang dibuat oleh kedua-dua pasukan. Man Utd macam kayu bila takde general di tengah, Anderson dan Nani dan stiker paling power di alam semesta, Rooney.

apehal ko tak sebut nama aku? aku top scorer season lepas wei!

2. Liverfool lebih banyak pegang game semalam. Maybe deme semangat sebab abg Gerrard dah ada kot. Hai abg Gerrard, ape kabo? Dah lama tak jumpa kan...

3. 2nd half baru nampak rancak cikit. Mapley yang senyap masa 1st half mula riuh dengan percubaan ganas daripada Liverfool. De Gea memang letih malam tadi. Gol Gerrard sangat awesome. Mengingatkan aku dekat gol super power Roberto Carlos. Macam pisang.

yearghh..gua kembali!!!

4. Ferguson yang gelabah mula memasukkan gandingan terhebat Rooney, Nani, dan Chicharito. Hasilnya adik Chicharito berjaya menyumbat gol penyamaan dari corner Nani. Superb.

gua supersub paling power di dunia

5. Man of the match? Luis Suarez. Pakar diving dan pakar seni penghinaan umat manusia. Bergaduh dengan Evra je koje dia. Tapi dia memang power. Lemas jugak bek Man Utd semalam.
Nyah kau dari sini!


Friday, October 14, 2011

Gagak Yang Pintar

Pada suatu pagi yang gumbira.

"Kareem Bin Zima, pergi kedai jap beli barang. Mak nak buat rendang daging." arah mak kepada Kareem setelah melihat anaknya bershuffle di depan TV tanpa tujuan.

"Barang ape mak? Mana Kareem tau..." balas Kareem yang kecewa kerana gagal bershuffle.

"Mak bagi la senarai barang. Pergi cepat nanti mak download lagu shuffle yang lain" pandai mak ambil hati Kareem. Terus Kareem menuju ke kedai dengan perasaan excited.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sejam kemudian....

"Mak! Barang semua dah hilang. Tadi ada gagak sambar barang yang Kareem beli" kata Kareem sambil tersenyum.

"Ya rabbi..yang kamu tersengih-sengih nie ape ke he nye?" marah mak.

"Sebab gagak tu cuma ambik daging jek. Dia tak ambik pun resipi rendang. Mesti dia tak tau nak buat apa dengan daging tu." balas Kareem sambil membuka kembali lagu shuffle.

Mak nyata gembira sambil bertepuk tangan dan menitiskan air mata...

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday : Senarai Harga Minyak Negara2 Pengeluar Minyak Dunia

Dah la paling mahal pastu jual RON 95. Sangat kacak.

p/s : jangan compare dengan harga minyak Singapore atau Thailand. Ini perbandingan harga antara negara pengeluar minyak sahaja. Harap maklum

Tuesday, October 11, 2011

Jadual Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru nie, semua orang tau bahawasanya kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji antara 7-13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Walaupun kecik, tapi alhamdulillah rezeki. Ini ada jadual sedikit untuk memudahkan penghadaman.






Untung la jadi penjawat awam..=)


Movie Review : Johnny English Reborn


Rasanya belum terlambat lagi kan nak review cerita nie? Mintak maaf kalau aku lambat tengok sebab aku memang teramat-amat bz minggu lepas dan minggu nie. Semalam baru ada masa nak tengok selepas bosan merayau-rayau di Mines. Hehehe.

Sebagai kanak-kanak yang membesar dengan menonton Mr. Beans, aku memang takkan lepaskan peluang untuk menonton filem dia pulak. Cerita mengisahkan tentang Johnny English yang dibuang kerja telah pergi bertapa di tokong Shaolin dan belajar Ilmu Telur Besi. Dia akhirnya dipanggil kembali untuk menyiasat komplot pembunuhan untuk membunh Perdana Menteri China.

Apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh Johnny? Siapakah musush sebenar yang cuba untuk membunuh PM China? Adakah Ilmu Telur Besi yang dipelajari mampu untuk membantu beliau? Rasanya ramai yang dah tengok kot. Aku je yang lambat. Kalau belum lagi aku cadangkan kome pergi tengok laju-laju.

Cerita memang kelakar. Tak berhenti-henti aku gelak dari mula. Makcik Cina pembunuh pun memang horror. Watak dia sangat menakutkan. Nak bintang? Aku bagi 5/10. Cukup tak?

Monday, October 10, 2011

Segmen Jom Tukar Dan Kenal Rakan Blogger



Pada kome-kome yang nak join boleh klik sini. Nak klik kat gambo pun takda hal. Selamat hari Isnin!

Saturday, October 8, 2011

Cita-Cita






Semua orang pernah ada cita-cita sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya, ada yang nak jadi doktor la, peguam la, cikgu la, macam gambo kat atas nie jugak. Pendek kata, cita-cita memang sebati dengan manusia macam kita.

Masa aku sekolah rendah, cita-cita aku nak jadi doktor. Aku rasa ini cita-cita paling femes kat dunia kot. Tak tau la kenapa semua budak-budak teringin nak jadi doktor. Then bila aku tau yang bapak aku pensyarah, aku mula teringin nak jadi macam dia. Lebih-lebih lagi aku nie takut darah sebenarnya. Sebenarnya aku suka tengok bapak aku jadi pensyarah sebab dia selalu dapat kursus ke luar dan kadang-kadang aku dapat ikut sekali. Hehehe.

Kemudian aku mula sedar yang aku ada bakat melukis. Mula la aku nak jadi kartunis pulak. Aku pernah jual lukisan aku dan buat komik untuk dijual jugak. Idola aku masa tu mesti la Akira Toriyama yang lukis Dragon Ball. Beliau memang inspirasi terbesar daku.

Masuk je sekolah menengah, berlaku kecelaruan identiti yang berterusan kepada aku. Bakat melukis yang ada langsung tak berkembang, minat mengajar dan hilang sama sekali. Mula la aku gelabah bila cikgu tanya apa cita-cita aku. Lepas PMR, aku masuk kelas sastera, belajar akaun. tapi sebenarnya aku tak minat akaun, aku lebih minat sejarah sampai aku pernah bercita-cita nak jadi ahli arkeologi.

Aku sambung belajar kat Matrik pun amek akaun. Tapi sebenarnya aku lebih macam dipaksa belajar benda yang aku tak suka. Masuk universiti pulak aku belajar pasal finance and banking. Kenapa? Dah aku dapat kat sini nak buat camna. Bukan pilihan aku pun. Tolong lah, aku sangat-sangat tak suka mengira.

Sekarang bila orang tanya, kenapa aku tak kerja bank, aku cakap je yang aku tak minat. Tapi lepas tu orang tanya balik "Tapi ko belajo finance kan? Kalau tak minat kenapa ko amek finance kat U dulu?"

Aku hanya mampu mengeluh dan mengeleng-geleng kepala.

Adakah cita-cita kome masih sama seperti zaman kanak-kanak?

Thursday, October 6, 2011

Kerja

Semua orang mau hari pertama kerja dorang perfect dan cemerlang. Begitu jugak la aku. Hari pertama aku kerja, bangun awal dan terus siap-siap. Masuk kerja pukul 8 pagi, tapi pukul 7 aku dah pakai hensem-hensem. Bila aku tengok jam masih awal, aku bukak la internet dulu.haha.

Pukul 7.30 pagi, rasanya sudah tiba waktu untuk memulakan perjalanan. Perlu dingatkan di sini ialah rumah yang aku duduk sekarang berada di tingkat 17 yek. Tengah aku tunggu lif nak turun baru aku ingat yang kunci motor aku tertinggal. Nasib la teringat, kalau tidak jenuh jugak la nak naik turun lif.

Masuk je ke dalam rumah, mimpi ngeri aku pun bermula. Kunci motor aku hilang entah ke mana. Eh, macam pantun pulak. Setelah hampa dengan pencarian, akhirnya terpaksa la jugakan kunci spare. Hati kembali berbunga-bunga riang menuju ke lif dan turun ke bawah.

Sampai saja di bawah, baru aku sedar yang kunci solek motor aku takda kunci pendua.

Jam hampir menunjukkan pukul 8...

Tuesday, October 4, 2011

Perkara Kebetulan Tentang Abraham Lincoln dan John F Kennedy



Semua orang kenal dua nama yang aku sebut di atas nie kan. Tahukah kome terdapat beberapa kebetulan yang berlaku semasa peristiwa pembunuhan mereka. Jom baca!

1. Abraham Lincoln dipilih ke Kongres pada 1846. JFK dipilih ke Kongres pada 1946 (beza 100 tahun).

2. Abraham Lincoln menjadi Presiden pada 1860. JFK menjadi Presiden pada 1960. (beza 100 tahun)

3. Andrew Johnson, pengganti Lincoln dilahirkan pada 1808. Lyndon Johnson, pengganti Kennedy,  dilahirkan pada 1908. (dua-dua bernama Johnson dan beza 100 tahun?)

4. Abraham Lincoln ditembak pada 1865. Andrew Johnson mati pada 1875.

5. John F. Kennedy ditembak pada 1963; Lyndon Johnson mati 1973.

6. Kedua-dua presiden ini ditembak pada hari Jumaat dan ditembak di kepala.

7. John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln dilahirkan pada 1839. Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy dilahirkan pada 1939.

8. Booth lari dari teater dan ditangkap di gudang. Oswald lari dari gudang dan ditangkap di teater.

9. Lincoln ditembak di Ford Teater dan Kennedy ditembak dalam Ford Lincoln.

10. Kedua-dua pembunuh juga telah dibunuh sebelum perbicaraan.

Kebetulan???

Monday, October 3, 2011

Sains vs Sastera

 
Aku banyak tulis entri serius sejak kebelakangan nie. Risau jugak bila sense of humor aku dah semakin hilang. Selepas PMR, kanak-kanak Malaysia diberi pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains atau aliran sastera. Walaupun keputusan result aku cukup elok untuk masuk aliran sains, tapi aku memilih untuk masuk ke kelas sastera.

Sebenarnya nama je aliran sastera ikhtisas,tapi kami belajar akaun dan ekonomi asas. Dari tingkatan 1 lagi aku dimomokkan supaya memilih aliran sains pada masa depan kerana khabarnya dapat menjamin masa depan yang gilang-gemilang. Aku pun tak paham kenapa pemikiran tersebut mesti wujud. Cikgu-cikgu nie ada dapat komisyen ke kalau budak-budak masuk kelas sains?

Kenapa aku pilih kelas sastera yang dianggap second class lower nie? 1) Aku tak minat math. Malangnya aku tetap belajar Add Math untuk SPM menyebabkan aku dapat 21/100 masa ujian form 4. Haha. 2) Aku cukup pening dengan istilah2 sains dalam subjek kimia, fizik, dan biologi. Aku tengok kawan2 sains aku separuh mati belajar dan rasanya aku tak cukup tabah kot. 3) Ada yang ketiga ke? Aku suka membaca dan benci mengira. Ekonomi Asas ada lebih banyak pembacaan berbanding Kimia.

Tapi sebenarnya terpulang la pada kome-kome sekalian kan. Bagi aku kelas sastera tak patut dianggap sebagai golongan kelas kedua. Kami pun bersama-sama memajukan negara jugak. Negara takkan maju tanpa ada engineer dan doktor saja.

Nak baca pendapat Nami tentang Sains vs Sastera nie kome boleh baca blog dia Teh Tarik Gelas Besar.

Sunday, October 2, 2011

Budaya Melatah Dalam Masyarakat Melayu

Gila serius tajuk entri aku nie. Bila aku sendiri baca pun rasa cam nak melatah. Baru2 nie kat Astro ada tayang cerita Mat Latah. Dia punya melatah yang memang yarabbi punya tahap melatah mengingatkan aku dengan Dr Tuah Iskandar Al-Haj. Tak kenal? Mesti kenal kan.

Dr Tuah pernah cakap yang budaya melatah nie cuma ada pada masyarakat melayu saja. Bio betik? Pengalaman beliau semasa mengembara ke pelbagai negara ke seluruh dunia mendapati budaya latah tak wujud dalam masyarakat seantero dunia melainkan melayu. Ajaib kan?

eh mak ko rimau eh mak ak rimau jgk..cak pong cak pong..

Bagi aku kalau betul la latah nie penyakit orang melayu, kita kena berbangga tau. Cuba kome pegi Amerika pastu buat orang sana melatah. Kalo deme pun melatah jugak takde la aku bangga. Baik aku jadi orang Amerika jek.

Friday, September 30, 2011

iCEPS 7

 
Ini adalah sejenis iklan sosial. Sebagai ex-student Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) projek tahun akhir kami ialah menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Islam (islamic convention of entrepreneurship=iCEPS). Ini kali ke 7 ye kanak-kanak sekalian. Aku punya dulu kali ke 6. Banyak aktiviti akan dijalankan seperti pameran dan jualan2. Pada kome yang berada berdekatan Nilai dan kawasan yang sama waktu dengannya, marilah kita bersama2 memeriahkan iCEPS nie. Nak tau lebih lanjut tentang aktiviti yang akan diadakan kome boleh klik sini.

Tarikh : 6-9 Oktober 2011
Lokasi : Dataran Nilai, Nogori Sombilan

Jumpa kome di sana di sana di sana di sana..........

Thursday, September 29, 2011

Sunut

Pernah dengar kumpulan Langsuyr? Tak pernah? Kome memang tak cukup metal. Langsuyr merupakan antara kumpulan 'besi hitam' legenda di Malaysia dan nusantara. Apa yang paling membanggakan adalah kumpulan ini berasal dari Ipoh. Walao eh! Hari nie aku nak kongsi antara lagu feveret aku.


Bapakku marahlah lagi
Habeshhh Cd dibakar
Habeshhh zineku dibakar
Habeshhh tshirt dibakar

Bapakku marahlah lagi
Habeshhh demo dibakar
Habeshhh poster dibakar
Habeshhh gitar dibakar

KORUS
Kalau ini macam lebih baik aku jadi Mat Dangdut..!!!
Jadi Mat Disko!!!
Jadi Mat Pop Indon!!!
Jadi Mat Hip Hop!!!
Jadi Mat Racing!!!
Jadi Mat Pet!!!
Jadi Bohjan!!!

(ulang sampai termuntah)
Metal habis kan? Malangnya sekarang kumpulan ini dah takde sebab ahli-ahli mereka kecewa dengan penerimaan masyarakat tentang 'besi hitam'. Sehinggakan video klip yang dibuat dengan kos yang mahal diatas dengan tujuan komersial tidak diterima oleh syarikat2 tv. Kesian kat dorang.

Wednesday, September 28, 2011

Lapangan Terbang Paling Awesome

Lapangan Terbang St Marteen yang terletak di Kepulauan Carribeans tidaklah terkenal seperti tempat2 lain. Airport ini terkenal kerana terletak berdekatan dengan pantai dan diakui antara airport paling mencabar di kalangan pilot. Apa yang mencabarnya? Kome boleh layan gambo-gambo di bawah. Memang awesome.


Tadaa..ada unsur2 horror tak? haha..Inilah yang menjadikan lapangan terbang ini begitu mencabar kepada pilot dan pengalaman baru kepada pelancong.



Salah satu lagi aktiviti yang mencabar di sini adalah terbang bersama jet blast. Jet blast atau tujahan jet (yeke?) berlaku ketika enjin pesawat dihidupkan dan membolehkan impak berlaku. Tak paham? Aku pun tak paham ape yang aku kabo nie.

 tanda bahaya mengingatkan pengunjung tentang bahaya jet blast


Tapi kebanyakannya degil dan tetap mahu merasai tujahan jet. Pernah direkodkan ada orang yang pernah terbang sejauh 50M kerana tujahan tersebut. Walao eh!

Monday, September 26, 2011

Segmen : 1st Segmen Santri ; Komputer Kesayanganku..

Ini adalah segmen tajaan santri. Sebab tajuknya pasal komputer, kena la cite pasal komputer. Takkan la nak cite pasal motor pulak ye dak? Kome yang nak join boleh klik sini.


Inilah komputer kesayangan aku. Baru pakai dalam 6 bulan lebih gitu. Ada bau kedai lagi. Sebelum nie ada pakai laptop tapi sebab laptop tak mampu memuaskan nafsu game aku, aku pun angkat la sebijik PC macam di atas. Spec biasa jek, pakai i3, grafik kad nvidia jenis hapa ntah, RAM 4g, motherboard Asus, 500g hardisk, speaker jenis zaman jahiliah punya. Cukup la nak main Call of Duty : Black Ops pakai high resolution tanpa sangkut2. Hehe..Tapi manusia tak pernah puas. Ada rezeki lebih nanti kita kasi up la ini PC. =)