klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Saturday, December 17, 2011

Aku, Bas Sekolah dan Lenggong

Sebelum datangnya tahun hijrah, bas rasmi bagi budak-budak Azlan (SMKASAS Boston) adalah sebijik bas Tata hijau yang usang lagi tidak menggiurkan. Masa aku form 4 (tahun 2004) sudah kedengaran bahawa bas baru akan tiba. Sebagai orang kuat Sejafi ataupun Persatuan Sejarah dan Geografi, aku mula mengatur satu rombongan ke Muzium Arkeologi Lenggong.

Hari demi hari, bas yang ditunggu masih belum tiba. Tarikh rombongan sudah semakin hampir. Takkan nak naik bas Tata usang kot. Tak awesome kata orang Boston. Seminggu sebelum bertolak, akhirnya bas pun sampai. Yabedabedu...kami yang rasmi dulu. Hahaha.

Pagi sebelum bertolak, ada makan sarapan dulu. Menu pagi tu ketiow goreng. Kenapa aku ingat sampai sekarang? Kome kena baca sampai habis baru tau. Masuk-masuk je dalam bas, bau bas baru begitu kuat untuk dihidu. Adunan bau bas dan ketiow goreng dalam perut menghasilkan enzim yang tak selesa untuk perut aku.

Lepas baca doa, kami pun bertolak. Masa tu jalan nak ke Lenggong bukan lurus macam sekarang. Bengkang-bengkong. Perut aku makin tak selesa. Kepala pun dah masuk angin. Aku ambik keputusan untuk tido dengan harapan rasa sengal-sengal jahanam ini bakal berkurangan. Tapi tak lama. Jalan ke Lenggong betul-betul mencabar aku. Akhirnya aku mula rasa ada sesuatu didalam tekak aku...

Aku mula cemas.

Dalam situasi yang genting itu aku mula mencari-cari beg plastik. Tiada. Objek didalam tekak semakin hampir keluar. Kawan-kawan ketawa riang tanpa mempedulikan aku. Aku segera ke kerusi paling belakang sekali untuk mengelakkan tindakan selanjutnya dilihat oleh gadis-gadis. Dalam perjalanan ke belakang akhirnya aku tewas....

Uweekkkk!!! Uwweekkk!!

Tudia ketiow....

Pada masa itu aku mula merasakan kelegaan yang tiada tandingannya..

kesan-kesan ketiow masih boleh dilihat di kerusi 2 dari belakang sebelah kanan. Gambo ihsan dari blog budak-budak Azlan.

No comments: