klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, April 10, 2011

aku, artis, dan baitulmal

hari ini cuaca cerah. angin aircond ofis menyeramkan bulu roma aku. padan muka aku suka sangat pakai baju lengan pendek. oh ya, hari ini hari jumaat. hari yang menggembirakan kerana aku bertugas di kaunter. melayan fakir miskin yang memerlukan bantuan.

"satu kosong tiga dua, kaunter satu" manja sekali suara mesin pemanggil nombor. aku berusaha mengawal kehenseman aku supaya pelanggan tidak lupa tujuan asal mereka ke baitulmal. tiba2 aku melihat raut wajah yang begitu aku kenali datang ke kaunter aku. wajah yang baru tengok kt televisyen..

"assalamualaikum dik"..tegur beliau.

"waalaikumsalam..sila duduk bang, ada pape yg boleh saya bantu?" aku berusaha mengawal perasaan esaited aku. faiz yang duduk dekat kaunter sebelah pun sibuk nak salam jugak.hampeh.

"camnie dik, anak abang nie ada dapat tawaran masuk ke kolej bla..bla..ada pape yang baitulmal boleh tolong tak?" lupa nak bagitau, beliau datang bersama keluarga beliau. happy family.

"ohh, kami boleh tolong bayarkan yuran pendaftaran dia. abang isi borang nie, sertakan sekali salinan bla..bla..bla..abg ada slip gaji? aku peramah seperti biasa.

"eh, abang takde slip gaji, camne nie?" isteri beliau menyampuk.

"ooh kalau camtu abang dapatkan je surat pengesahan dari ketua kampung, boleh jek" aku seperti biasa lagi bertindak cemerlang.

"ketua kampung pun takde slip gaji, camne tu..haha" beliau seorang pelawak, sudah tentu jenaka menjadi makanan beliau. faiz pun sibuk tumpang gelak jugak. hampeh.

"ok2..abang isi dulu, nanti bila dah setel hantar sini balik kan?" ujar beliau selepas habis ketawa. aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.

kemudian beliau meminta diri untuk pulang. aku bersalaman dengan beliau sebelum pulang. begitu jugak dengan faiz. setelah agak jauh beliau dan keluarga meninggalkan kaunter...

"gila ah faiz, aku layan hamdan senario harini..baru minggu lepas aku tengok muka dia kat tv, cite aku kaya the movie..." faiz cuma mengangguk2 seperti biasa. jeles la 2...