klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Monday, August 1, 2011

laszlo repasi : legenda bolasepak perak


penyokong bolasepak perak pasti tidak melupai kelibat pemain ini yg pernah menggegarkan bolasepak negara pada tahun 97-99. laszlo repasi merupakan penyerang import pasukan perak yg dianggap sebagai pembelian berbaloi pada masa itu setanding dengan scott ollerenshaw dari sabah.


pada penghujung dekad 90an, pasukan sabah telah mendominasi liga perdana dengan pemain berbakat yg mereka miliki seperti matlan marjan dan khairul azman mohamad manakala pasukan perak seperti telah melalui zaman gelap pada waktu itu dengan keputusan perlawanan yg tidak konsisten. begitupun pada pertengahan musim liga pada tahun 1997, jurulatih perak karl heinz weigang telah membawa masuk laszlo repasi untuk memantapkan lagi barisan serangan yg pada masa itu diterajui oleh azrul amri borhan. percaturan weigang nyata berbaloi apabila repasi berjaya menjadi penjaring terbanyak liga walaupun hanya masuk pada pertengahan musim.

pasukan perak musim 97 @ 99 (aku pun tak ingat)


repasi terus berkhidmat dengan cemerlang buat perak dan menjadi penjaring terbanyak untuk beberapa musim. malangnya pada pertengahan tahun 99 beliau telah berpindah ke finland dan mengakhiri karier beliau di sana. Kini, beliau yang berumur 44 tahun menjadi jurulatih untuk pasukan Youth Halasztelek FC tetapi pernah menzahirkan hasrat untuk kembali ke sukan bola sepak Malaysia tetapi pastinya bukan sebagai pemain.

 repasi kembali pada tahun 2002 semasa pertemuan perak vs melaka


1 comment:

Ken said...

I masih ingot hero ini. Pertama kali pegi stadium menyaksikan perlawanan antara Perak dan Kedah. Perak menang 5-3. Para masa itu, memang thriller hebat. Masa tu I umur 17.