klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Tuesday, August 2, 2011

aku dan artis #2

pada suatu petang yg dingin, awan tidak jelas kelihatan pada waktu itu. aku mengambil keputusan untuk mengisi minyak motor kerana motor aku memerlukan minyak dan bukannya tenaga solar. stesyen minyak terletak lebih kurang 5km dan sudah tentu aku terpaksa membawa motor aku ke sana kerana motor aku tak tau untuk mengisi minyak sendiri.

sampai saja aku di stesyen minyak, kelihatan ramai orang sedang berkumpul di tempat membayar seperti ada pesta gamaknya. adapun diriku ini tidaklah begitu teruja melihat kelibat manusia yg ramai itu apatah lagi untuk melihat aktiviti yg berlaku.

"wei aku dahaga ni cepatlah isi minyak aku!" ewah2 berani betul motor nie sound aku. sekali aku isi singgit kang baru tau. tapi aku jugak yg susah nanti. sedang aku leka memujuk motor aku yg merajuk, baru la aku sedar yg liyana jasmay ada kat pam sebelah dengan motor dia.

aku terpana seketika.


"hai, tengah pujuk motor awak ke?" sapa beliau sambil tersenyum. eh macam ada magik pulak minah nie. tau2 je aku tengah pujuk motor.

"haah. motor nie memang ngada2 sikit. tunggu masa je nak buang. hehe" taktau la apa yg lawaknya sampai aku boleh gelak. tapi dia dah senyum pun aku rs macam ada bau2 lawak je la kot.

"hee awak nie kelakar la. jom saya belanja awak duit minyak" wah peluang keemasan jangan ditolak. pedulikan la gentlemen ke idok, orang nak belanja kan. artis pulak tu..

lalu aku pun mengatur langkah bersama-sama dia untuk membayar duit minyak. peramah jugak dia nie. dari isu bersih 2.0 sampai ke isu palestin ada. bawak balik rumah nie mesti mak aku tanya bila nak kawin. hehe

aku gembira.

burung-burung turut berkicauan riang.




tak lama kemudian baru aku sedar. aku masih di atas katil. jam menunjukkan pukul 6.30 petang.

3 comments:

nabila bayek said...

kuwang asam kau..
beria aku baca smpai habeeeesss..
rupanya mimpii jer...
huhuhu................

gadis pink said...

mengong ko ziq.. hahaha....

haadziq said...

@nabila : haha..kesimpulannya jgn tido di ptg hari..hehe

@gadis pink : hahahaha