klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Friday, August 19, 2011

Cuci Kereta Paling Mahal Di Dunia

Masa masa aku belajar kat Nilai dulu, cuci kereta cuma RM 8. Dekat Ipoh nie ada RM 3 punya. Tak caye? Kome pergi kat Jalan Kampar. Tapi tahukah kome berapa ringgit kalau nak cuci kereta kat sini? 12000pound beb. Nak cuci kereta tapi harga cuci lagi mahal dari harga kereta. Maksud aku kereta Viva aku la.


Ape yang best cuci kereta kat sini? Di sini mengamalkan cara komputer untuk mencuci segala kekotoran. Maknanya sekecik-kecik kuman yang mengotorkan kereta pun deme boleh cuci tanpa ada masalah. Deme juga menggunakan syampu yang termahal dan juga wax yang terbaik. Jadi kereta kome boleh tahan berkilat lebih lama berbanding kereta jiran sebelah.


Sape yang rajin cuci kereta kat sini? Kalau dilihat dari senarai gambar, sudah tentu la terdiri daripada mereka yang tak tau mana lagi nak habiskan duit yang beriban-riban seperti selebriti dan pemain bola. Tidak terdapat laporan lagi yang pekerja Majlis Perbandaran London turut menghantar kereta mereka ke sini.
Apa yang menjadi masalah di sini ialah kebanyakan orang yg menghantar kereta mereka berasa sayang untuk memandu pulang kerana taknak mengotorkan kereta mereka. Macam-macam hal...




No comments: