klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Monday, August 15, 2011

sahur #2

"Goy, jom sahur kat mcD nak? Aku teringin la" Kata aku pada suatu malam selepas tarawih.

"Ok gak, aku takda hal. Boring asyik pi kat mamak ja. Weh esok nak pi hang kejut la aku" Wah beliau terus setuju. Tak sia-sia aku ajak.

"Pasal tu mike jangan risau. Tau le teman nak handle camne nanti" Loghat Perak aku mula keluar setelah hidangan-hidangan mcD mula bermain-main di minda. Macam auto translations la.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
"Woi bangun! kata nak sahur kat mcD!"

"Jap la, aku nak bangun la nie" Kata beliau sambil menggeliat manka. Haram takda semangat nak makan langsung. Lepas 5 minit lebih kurang, kami pun terus bersiap dan bergerak ke alam impian.

Di mcD, ramai jugak orang yang mempunyai impian seperti kami. Sedang aku mula merenung-renung hidangan yang ingin diterjah, tiba-tiba beliau yang arif lagi bijaksana memandang aku sambil tersenyum simpul.

"Haadziq, pakai duit hang dulu. Beg duit aku tertinggal la. Hehehe"

Celaka. Kurang pahala puasa aku.

No comments: