klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Wednesday, August 10, 2011

movie review : tactical force



Cerita nie aku rasa takde tayang kat Malaysia kot. Kenapa? Yang tu kita taktau. Mengisahkan tentang sekumpulan SWAT diketuai Kapten Tate (Steve Austin!) yang bangang dan susah diajar. Walaupun kejayaan operasi mereka adalah 100% tetapi cara mereka amatlah tidak digemari oleh pegawai atasan kerana menyebabkan kemusnahan yang banyak dan membahayakan nyawa orang awam.

Pada suatu hari yang indah, mereka telah mengadakan latihan di sebuah kilang lama kot. Tanpa mereka ketahui, pada masa itu juga berlaku urusniaga antara sekumpulan samseng Russia dan samdol Italy. Pada masa ini samseng KL iaitu Shark telah pun mati di tangan Dragon. Ok aku bergurau. Masalah bermula apabila Kapten Tate dan geng telah terperangkap di celah-celah gengster tersebut. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka hanya dilengkapi peluru getah kerana mereka hanya menjalankan latihan dan tidak berniat untuk bertempur apatah lagi membatalkan puasa.

Apa yang dicari oleh samseng-samseng berkenaan di kilang tersebut? Haa sekali lagi aku berjaya memasukkan unsur-unsur saspen dalam cerita aku. Siapakah Kenny dalam cerita ini? Adakah beliau syaitan yang terlepas ataupun beliau anak Kenny Rogers? Adakah Kapten Tate sempat untuk berbuka puasa bersama-sama The Rock? Untuk mengetahui kesudahan cerita ini kome boleh download kat sini. Ini versi Blue-Ray. Aku memang mementingkan kualiti.

Bagi aku cerita nie boleh tahan. Cuma part bergaduh macam tak berapa real dan Kapten Tate masih suka bergusti. Ada beberapa babak yang agak bangang dan tak masuk akal. Paling aku tak puas hati sebab benda yang samseng-samseng ni dok berebut. Demmit!

Nak bintang? aku bagi 3/5. Banyak yang aku tak puas hati.


ape lagi yang mike tak puas hati?? cer kabo..cer kabo..

No comments: