klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, August 14, 2011

Tahniah Arsengal #2

Sebagai pelapor dan penyokong kuat kepada kem Man Utd, sudah menjadi kewajipan aku untuk berpuasa dan melaporkan perkembangan terkini dari kem musuh lebih-lebih lagi Young Arsenal. Liverpool? Jangan buang masa aku, pasukan itu untuk golongan-golongan tua sahaja. Semalam pasukan bajet muda ini telah bertemu dengan pasukan Kota Bharu (Newcastle) dalam perlawanan pertama dan ini sedikit ulasan dari aku.

1. Seperti biasa, perlawanan melibatkan Arsenal amat menarik untuk disaksikan. Penuh menghiburkan dan rancak. Tetapi seperti biasa juga bila mereka menggentel sampai ke pintu gol, mereka akan bertanya "Eh kita dah sampai depan gol nie, nak kena passing lagi ke?" macam haram.

2. Joey Barton memang ganas. Aku rasa beliau nie sebenarnya ketua perusuh yang paling dikehendaki di kota London.
ko apehal? ko apehal?

3. Gervinho? mamat nie memang cemerlang masa pra-musim. Malam tadi pun dia ok, cuma bangang jugak bila dah sampai depan gol tak reti-reti nak shot. Beliau juga berjaya menghiburkan perlawanan malam tadi dengan aksi pergaduhan dengan Barton setelah berpura-pura diving di kotak penalti.

"kura-kura dalam perahu. Ko ingat aku tak tahu?" marah Barton kepada Gervinho

4. Nampak beno Arsenal sangat-sangat merindukan Fabregas dan Nasri. Ramsey haram tak boleh pakai. Song? Tanggalkan kasut orang dia pandai la.

bro sorry bro..gua tak sengaja. nanti gua belanja lu bukak puasa ok..

5. Tamat perlawanan. 0-0. Ulasan tak banyak sebab takde gol. Rasa macam dah banyak pahala puasa aku kurang hari nie. Takpe lah, malam nie deme pulak yang mengutuk aku. Hidup ini kan ibarat Wenger, dulu di atas sekarang di bawah.

1 comment:

Amira Amair The Poyos said...

hahahaha...

dialog yg takbleh blah..hahahaha