klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Wednesday, August 3, 2011

mari belajar berpuasa

masa : 1995, darjah 1
lokasi : rumah

"umi, esok dah puasa ke?"


"iyee..haadziq pun kena puasa jugak tau"

"ok..tapi puasa tu ape?"

"puasa tu takleh makan dari pagi sampai ke malam. kalau haadziq nak puasa, esok umi kejut sahur yek"

"ok.."

keesokkan harinya. pada waktu tengahari selepas balik sekolah agama.

"umi, lapo le..huhu"

"eh puasa memang la lapo. tahan la cikit. petang nie umi masak sedap2"

"yela yela. eh puasa takleh makan kan? kalau haadziq makan cikit je boleh?" tanya aku sambil menyuap secebis roti.

masa tu aku tak paham kenapa mak aku mengeluh sambil menggeleng-geleng kepala...

No comments: