klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Wednesday, August 3, 2011

movie review : limitless


cite nie takde masuk malaysia ke? kenapa aku baru je tengok cite nie?

aku pun tak tau nak ulas apa pasal cite nie, lagi2 sebab timbul persoalan di hati aku cite nie ada ditayangkan di malaysia ke tidak. ok, cite ini mengisahkan tentang seorang jejaka yg tidak berpandangan jauh dan tidak mempunyai masa depan yg gilang gemilang bernama Eddy Morra. bercita-cita hendak menjadi penulis buku tetapi harap taktau nak mula macam mana.

suatu pagi yg indah, beliau telah bertemu dengan adik iparnya, Vernon Grant seorang pengedar ehem2 yg sukses. beliau telah memberi sebiji pil kepada Eddy dan berjaya memperbangangkan Eddy yg memang bangang bahawa pil itu telah diperakui FDA. Vernon turut memberitahu bahawa pil itu berbeza daripada pil lain kerana mampu utk meningkatkan keupayaan otak.

Cerita bermula apabila Eddy mengambil keputusan untuk menelan pil tersebut dan dia mendapati tahap pemikiran beliau semakin berkembang mengatasi Patrick Starfish. namun seperti dadah yg lain, pil tersebut turut mendatangkan kesan yg buruk dan mendatangkan ketagihan. beliau turut menjadi buruan ramai orang kerana mempunyai stok pil yg banyak. lebih memburukkan keadaan Eddy mula mendapati orang yg terlibat dengan pil tersebut didapati mati ataupun mengalami sakit yg teruk.

dapatkah Eddy mengatasi masalah tersebut? apakah yg akan terjadi kpd beliau seterusnya? aku memang suka bagi elemen suprise nie. nampak macam menarik kan? bagi aku, bolehla..pemilihan Bradley Chopper sebagai Eddy Morra memang superb, cuma kalau ada tambah2 lagi dengan pelakon ternama, mesti lagi best.

nak bintang? aku bagi 3.5/5

No comments: