klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, December 23, 2010

Festival Proton



Pada 18 hingga 31 Disember nie,Proton akan mengadakan siri roadshow ulangtahun mereka yg ke 25. destinasi pertama mereka ialah negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak. negeri emas takde kan?so perak la yg paling kaya. Aku pun kebetulan terlalu kat tempat kejadian pada masa itu dan tanpa melepaskan peluang aku pun menjenguk la sekejap..

Banyak info-info dan kereta2 menarik yg dipamerkan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Antaranya siri pahlawan seperti yang pernah aku tulis pada entri proton tuah. tapi yang dipamerkan pada roadshow ipoh cuma jebat dan lekir.


dulu tengok kat paper,sekarang aku yg ambik gambo dia

selain itu proton turut memperkenalkan kereta2 lain yg bagi aku serupa macam kereta konsep gk,tapi takde maklumat terperinci yg diberikan oleh pihak proton.


sehijau gaban...


dia pakai tayar kubota agaknya


pemenang anugerah kereta paling hensem

antara kereta-kereta lain yg dipamerkan...


proton EMAS


proton satria neo lotus limited edition

aku betul2 teransang masa tengok semua kereta hari tu.maafkan aku...

Wednesday, December 15, 2010

glory glory Malaysia!



abg hensem yg membuat player2 vietnam gigit jari

perlawanan separuh akhir pertama malaysia vs vietnam menyaksikan malaysia berjaya menundukkan vietnam 2-0 hasil jaringan abg safee sali. secara keseluruhan malaysia bermain dgn penuh bergaya tadi. penyerang2 malaysia yg sebelum ini malu2 di depan gol telah membuktikan yg mereka jgk berbisa. penyokong2 nyata memberikan tonik tambahan buat pemain2 malaysia. dah lama xnampak pemandangan stadium yg penuh macam nie. last skali penuh yg aku ingat ms final pestabola merdeka. tahun bape ntah,aku nie short term memory sikit..

gol pertama aku terlepas sebab tgh sonok lipat baju masa tu.hehe. yg aku perasan rembatan dari safee sali gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol vietnam. boleh tahan abg safee nie walaupun kadang2 nampak cam berat ckt. aku memang salut habis dekat kunalan,norshahrul, dgn amirulhadi.kelam kabut defend vietnam sebab dorang nie.

gol kedua pun drpd abg safee balqis jgk. hasil bola muntah yg dapat disumbat dgn jaya nya oleh beliau. ada byk lagi percubaan2 menarik drpd malaysia,antaranya tandukan padu abg safee yg offside. vietnam pun tak kurang ganasnya,ada je percubaan2 bahaya dorang tapi nk buat camna keeper apek malaysia power sgt. agaknya messi jumpa dia pun boleh gigit kuku. overall, aku memang berpuas hati dgn game tadi. terima kasih malaysia,maaf la tak dapat pergi stadium..semoga berjaya di vietnam!

Saturday, December 4, 2010

perodua bezza pulak..




sempena KLIMS( kuala lumpur internasional motorshow) yg berlangsung skg, aku mengambil keputusan utk mengabdikan penulisan aku pada pengeluar kereta2 nasional. selain proton, perodua turut mengganas dgn mengeluarkan kereta konsep mereka yg dinamakan perodua BEZZA. apa yg boleh dibanggakan kereta ini direka dan design oleh 100% anak malaysia. hebat3..cantik dan menawan buah pinggang, aku sgt teruja. harap sgt kereta ini akan dikeluarkan.

macam biasa, sumber2 gambar daripada paultan.org. terima kasih uncle tan..







Friday, December 3, 2010

proton tuah



mungkin ramai yg tahu(ataupun tak tau) yg sekarang nie berlangsung kuala lumpur international motorshow (KLIMS 2010) bermula 3-12 disember 2010. antara pengeluar kereta yg mengambil bahagian sudah semestinya company kesayangan rakyat marhaen, PROTON. selepas mengganas dgn proton inspira, kini proton mula mengeluarkan aura terhebat dgn memperkenalkan koleksi pahlawan, diispirasikan daripada pahalawan melayu zaman melaka. ada tuah,jebat, kasturi, lekir, dan lekiu. cair mata aku tgk kereta2 proton nie. rasa macam nak makan piza.

tulis banyak pun tak guna. lu org tgk la sendiri..







gambar2 daripada paultan.org. kalau kome nak tgk model2 proton yg lain, boleh terjah laman web nie. ataupun kome boleh pergi siap2 skg, pergi KLIMS.

Thursday, December 2, 2010

terima kasih nilai

alhamdulillah..2010-1995= 15 tahun sudah aku menghambakan diri pada pelajaran. tak sangka yg kehidupan aku sebagai pelajar dah habis( kalau aku tak sambung master la). tapi kome kena ingat, proses pembelajaran nie takkan berhenti dari kita kecik hinggalah ke liang lahad.

sepanjang 4tahun(2006-2010) aku berada di universiti sains islam malaysia(USIM) menyambung pelajaran sarjana muda dlm bidang pentadbiran muamalat. mula2 ada ckt rasa terkilan, tak dapat ke universiti pilihan tetapi semua yg berlaku ada hikmahnya kan. terima lah dgn hati yg xberapa nk tabah.



sudah tentu la byk yg aku dah belajar sepanjang kt sini. nk cerita byk2, aku nie antara makhluk tuhan yg pemalas. result tiap2 sem pun cukup2 makan jek. risau mak ayah aku tp nk bt camna kn, aku dah berusaha sehabis baik dah. selamat aku berjaya menamatkan pengajian aku walaupun xberapa nk cemerlang...

kepada kawan2 seperjuangan,TMA 2, pt5226, semoga kome akan berjaya dlm semua bidang yg diceburi. susah nk jumpa dah lepas nie, masing2 dah jauh. dah bz. nak kawin nnt jgn lupa jemput, insyaAllah aku akan dtg. tawaran kenny rogers utk kawan2 yg dtg ke ipoh masih lagi dibuka.


kepada nilai, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima aku. lepas nie mesti aku rindu gile dkt as-salam, baraqah maju, nasi goreng kampung kak wati, mannu salwa, adam, bonda. eh kenapa aku mesti rindu kt makanan???

terima kasih sekali lagi nilai..i will miss u always.

Friday, November 26, 2010

exam+balik kampung=cepat la!

mood exam nie menyebabkan semangat menulis aku dah hilang sekejap. takkan la aku nk cite pasal operation management, underwriting, fiqh muamalat, bla3...nanti kome tak paham pulak kan..aku yg menulis nie pun tak paham ape yg aku tulis sekarang nie. begitu hebat sekali penangan exam dlm kehidupan aku. sungguh menakutkan.

semalam 25nov 2010 sejarah baru negara telah tercipta. skuad hoki malaysia melangkah ke final sukan asia bertemu jaguh asia, pakistan. bleh tahan, laju dan pantas di samping aksi menggelecek yg menghiburkan. tapi sedikit hairan kerana 3 pukulan sudut penalti malaysia gagal dimanfaatkan dgn baik oleh pemain. padahal masa lawan india dulu xnk kencang macam kamehameha pulak. yg penting malaysia tetap menang gaya. nazar lepas sampai ke final kot..



tinggal kenangan..

terima kasih kpd rumah sebelah kerana sudi menaja penyiaran dan makan minum kami sepanjang siaran langsung hoki. cucur yg kome buat memang sedap!

Monday, November 15, 2010

aku abang yg baik

masuk hari nie,dah 3hari mak aku bersiar2 kt indon..anak2 dia tinggal kt umah..sebagai abg yg baik dan mulia,aku menggantikan tugas mak aku sebagai surirumah sepenuh masa..hasilnya,3hari berturut2 aku masakkan dorg nasi goreng ala gustavo..

adik2 ku,aku tau kome bangga ada abg macam aku...

Tuesday, November 9, 2010

Elok ke Susu Kacang Soya??



Semua orang suka minum soya. Ada jugak yang tak suka. Dulu aku pun tak suke gak, Tapi sejak bila entah aku mula jadi hantu nie. Sampai ke suatu ketika, aku terbaca tentang keburukan susu kacang soya nie. Terkejut beruk gak la aku, betul ke soya nie tak elok? Bio betik???

Dalam bahan2 yang aku baca, susu soya nie adalah sumber protein. Semua org tau jugak kn. Tapi jika diambil berlebihan,akan menyebabkan gout .Hoho..Soya jugak dikatakan mengandungi hormon estrogen yang boleh menyebabkan kanser payudara, prostat, ovari, melemahkan otak dan tulang. Humang aih. Selain itu, soya dikatakan mengandungi phytic yang boleh menjejaskan penyerapan khasiat magnesium, zink dan kalsium oleh badan.

Terdapat kajian saintifik daripada pakar2 tentang keburukan susu soya jgk. Kome bleh klik sini untuk maklumat lanjut. Tetapi ada pakar2 pemakanan menyatakan bahawa minum susu soya sekali sekala adalah selamat.

Tapi sampai sekarang aku tak minum susu soya dah. Ada yang cakap soya nie melemahkan sistem pembiakan lelaki dan perempuan serta mengurangkan kesuburan. Bagi aku, tak minum adalah cara yg paling selamat. Terpulang la pada kome nak minum ke idok. Aku minum susu lembu je. Dijamin lazat dan berkhasiat..

Sunday, October 31, 2010

hari2 terakhir di USIM

sedar xsedar(yela 2 xsedar..) dah 4taun da aku blaja. xsedar yg begitu cpt ms berlalu. dlu ms kecik2 selalu berimpian nk masuk U, skg nie dah abis blaja da.huk3.. minggu terakhir aku di USIM mmg siyes bz.. mula2 ngan dinner yg xbrapa nk dinner. malas la nk ckp lebih2 dah, aku nie jenis org yg pasrah..



kawan2 seperjuangan..

dah abis ngn dinner, esoknye terus ke janda baik,pahang..kem seribu langkah utk pelajar2 hensem taun akhir FEM..suasana kt janda baik btl2 mengingatkan aku dkt ulu kinta..rindu nye..nasib bek aku pn dkt kampung da skg nie.hehe..



"janda ape?baekk punye..."

so ape yg best kt sini? xde yg best mlainkan air yg sejuk tp tersekat2 dan pengisian aktiviti yg membosankan.ahh aku xsuke mengutuk! huhu..ade la bt ckt jungle tracking ms last day..tp mmg xberbaloi la rm100 yg aku bayor..huhu



sesi mandi-manda di puncak..dekat je ngn gunung nuang tmpt nie..

ape yg penting, byk memori bersama kawan2 terpahat spnjg minggu2 terakhir aku di sini..kenangan bersama kalian xkn aku lupakan sampai bila2..panjang umur kita jumpa lg..nk kawin jgn lupe kabo kt teman yek..hehe



sweet memory of 4th year student, bachelor of muamalat administration, USIM

Thursday, October 21, 2010

21102010..

org ckp semalam(20102010) tarikh yg spesel dan istimewa. tapi bg aku 21-10-2010 yg paling bermakna.

alhamdulillah dipanjangkan usia aku lg selama setahun..terima kasih kpd kawan2 yg wish aku. semoga kome semua jgk dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.=)

Sunday, October 17, 2010

hampeh lagi..

hari sabtu yg bosan,aku diajak oleh kwn2 ku pegi maen boling kt the mines.ok la 2,ilang ckt bosan..perjalanan ke sna menaiki komuter amat2 menjengkelkan..menyesal rasanya xdrive.



agak2 kenapa muka aku mcm sate?aku beraksi hambar dan hampas semalam..kecewa dgn persembahan aku..asyik strike longkang ke koje nye.huhu..xpe la,release tensen ckt kn..

tp bkn cite psl boling nie yg menjadi isi utama entry aku,tp cite slps aku balik semalam.walaupun dorang nie ntah ajak aku nk pergi mane ntah,tp aku x ikut.aku mmg xlarat da..nnt bini aku bising sbb balik lambat..hehe..lagipun mlm nie ada game bola,bek aku balik layan bola lg masyuk..kot2 boleh menggembirakan hati lara aku..

malam td berlangsung pertemuan antara manchester united(yeeaahh!!) vs west brom(booo)..abg rooney xmaen,phm2 la kenapa.yg jd striker abg bebaltov ngan adik chicharito..



1st half berlangsung sengit..man utd mmg mengganas malam td sebab nk buang badi seri..serangan demi serangan dilancarkan oleh abg bebaltov dan abg nani..akhirnya gol pertama diperolehi oleh adik chicharito slps menyepak masuk bola muntah dari free kick nani..hati aku da berbunga2 masa nie..then gol kedua nani menyusul berpunca dari permainan 1-2 yg cantik antara abg bebaltov dan nani.tp bak kata penyokong arsengal,bola sepak 94minit..

sampai part nie je aku jadi malas nk cite da..2gol penyamaan bodoh drpd kesilapan abg van der sar..cukup..muka aku jd mcm tahi jgk..memang sabtu xpernah menggembirakan aku..hampeh!

Thursday, October 14, 2010

petua imam syafie

asyik dok mengarut jek..hari nie abg nk bg tazkirah ckt utk adik2..



* Empat perkara menguatkan badan



1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



* Empat perkara melemahkan badan



1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



* Empat perkara menajamkan mata



1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



* Empat perkara merosakkan mata



1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



* Empat perkara menajamkan fikiran



1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



* 4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI :Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH :Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA :Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN :Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday, October 12, 2010

alhamdulillah..

salam..alhamdulillah selesai jgk projek iCEPS kami selama 4hari..bape bulan dah kami merancang,hasilnya mmg superb dan puas hati..nnt kalau aku rajin,aku upload la gambo byk2.malam nie aku malas gile..

Sunday, October 3, 2010

semalam yg hampeh

selepas semalam yg hampeh.kenapa hampeh?nk tgk game bola ujan..da dpt tgk seri plk.hampeh! pastu sakit perot plk dari malam sampai ke pagi.lg hampeh!

mlm nie aku nk balas dendam..game mlm nie aku nk gelak puas2 team yg kalah..huh..

Thursday, September 30, 2010

iCEPS 6...



salam..dah lama rasanya tak merapu meraban kt dlm nie.maklum la student,bz je slalu(padahal koje xpernah buat pn)..ok la,aku nk promote ckt pasal iceps nie..pemende la aku nk merepek kali nie kn..xtau la kome tertanya2 ke tak..

iCEPS( islamic convention of entrepreneurship) adalah projek atau kerja kursus bagi pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM), universiti sains islam malaysia .apa yg spesel tentang projek ini ialah kami xperlu untuk membuat tesis yg diperlukan untuk kanak2 degree seperti mana kos2 laen ataupun yg universiti laen kena buat..kome rasa best ke?

untuk projek ini,kami memerlukan sejumlah dana yg beso untuk menggerakkan pelbagai aktiviti dan program yg dirancang.eh memang byk la..aku sendiri pn kena pg ke ladang sawit sebab nk cari dana tau..huhu..biasanya program akan berlangsung selama 3-4 hari..untuk iCEPS 6 nie akan bermula dari 7-10 oktober 2010 bertempat di stadium tertutup nilai.



antara aktiviti2 yg dijalankan sepanjang iCEPS

pada kesempatan nie,jom la kita bersama2 memeriahkan iCEPS yg kami anjurkan..yg dekat2 tu jgn la segan2 datang..untuk maklumat yg lebih detail,kome boleh klik kt laman web ICEPS 6..

Tuesday, September 14, 2010

Dialog Geli di Pagi Raya

" Selamat hari raya makcik, maaf zahir batin.."

" Selamat hari raya Haadziq, nak duit raya gak ke? Eh kamu kan dah beso.."

" Orang beso macam saya nie lagi banyak pakai duit makcik..Duit sewa rumah,minyak motor,topup,eh macam2 lagi la..Maklum la orang bujang.."(sambil buat muka sedey)

" Yeke, sian kamu..Nah ambik la 10 ringgit.."

" Terima kasih makcik
.."

Duit raya aku lagi banyak dari adik aku yang umur 6taun..Best2..hehe..^-^

Sunday, September 5, 2010

hail st pauli!



haa..ganaz x?jgn salah paham yek,nie bkn kumpulan lanun mahupun lambang puak pengganas.Ini merupakan lambang salah satu pasukan bolasepak dlm bundesliga jerman,st pauli.mesti kome tertanya2 kan ape he aku nak cite pasal team ntah mane2 nie.kome ingat aku saja2 nak cite ke atau buat cite ke?

st pauli merupakan team yg baru nek divisyen pada season ini.walaupun begitu,apa yg membuatkan team nie menarik bukan kerana trofi yg dimenangi ataupun pemain2 bintang mereka, deme nie kelab biasa jek,kita kt malaysia pn mungkin ada yg xpernah dengar kan. Tetapi semangat cintakan bola mereka dan jugak status mereka sebagai puak kiri dlm bolasepak(ingat politik je ke yg ada puak2 kiri nie?) yg membuatkan mereka disanjung sebagai hero bolasepak.





wa tau wa mmg hensem.jersi gua pn sempoi.cuba cari kt padang beso tgk jumpa ke tak..

st pauli ditubuhkan pada 1910 dan tahun ini merupakan besday deme yg ke100. tambah manis lg dgn kejayaan mereka naik ke bundesliga setelah lama terperuk di bawah.lokasi mereka di st pauli,didalam bandaraya Hamburg. Kelab ini yang terletak berdekatan Reeperbahn (sebuah kawasan pelacuran terkenal Eropah) dan melalui revolusi social yang ketara. Elemen politik berhaluan kiri, fahaman anti fasis, budaya punk atau mana-mana subculture yang lain mula menular dalam kelab ini. Ketika bolasepak Eropah dilanda fahaman Nazisme dan perkauman, St Pauli berdiri gagah dengan slogan ‘Gegen Nazis’ (lawan nazi). Sejak itu mereka lebih dikenali sebagai kelab yg memperjuangkan anti perkauman,anti seksisme, anti kapitalisme dan homofobik. Juga menolak sebarang unsur komersial yg melampau(kira mcm humble ckt la..)Malahan pengurus deme iaitu holger stanislawski(gambar) juga dikenali sebagai seorang yg anti kapitalisme. beliau sentiasa dilihat memakai t-shirt,jeans dan jaket semasa perlawanan. stailo ah ding dong..


"kome ingat kome udoh cukup sempoi?moh le lwn sampai tumpo"


Deme memulakan perlawanan dgn iringan lagu Hell's Bell dari AC/DC dan meraikan jaringan gol dgn lagu Song 2 dari Blur. tak main la lagu2 mendayu buatan penyokong yg buat org rasa nk menari shuffle jek. disebabkan oleh inilah mereka menjadi ikutan ramai penyokong diseluruh dunia.cara hidup,pegangan, dan semangat mereka.berbeza daripada bolasepak moden yg mementingkan duit.memang aku salute abis..



"St. Pauli is a way of life. We are not a club who want to make money, we just love football"

*terima kasih kpd sokernet.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

aku nak sedey2 sikit..

ini bkn sajak atau syair ye,harap maklum..

30 Jun 2007..kali pertama kami bertemu
aku jatuh cinta padanya slps 2x pandang..
sekali lafaz je dia terus jd milik aku
rm3300..xmahal kn?

3tahun kami bersama
dah mcm2 yg kami tempuhi..
baru 2minggu bersama aku da eksiden da
punye la ganaz,langgar divider jalan..
nasib bek dia xda pape,calar2 ckt jek

kemalangan paling ngeri menimpa kami di padang futsal usim
sampai bengkok fork depan bini gua
jari gua dpt 5jahitan, 1st time dlm idop gua
yg klakar walaupun bini da jahanam,gigih lg pg tgk champion league
hahaha

member2 pn pnh dajalkan bini teman
xpe,dorang xsengaja..
nak luruh gk la jantung aku bila dgr cite
abis hancur dpn bini teman sbb org langgar
nasib bek dia sudi ganti
huhu

yg paling best dan aku bangga
3tahun kami ulang alik ipoh-nilai
bini ku xpnh lg buat hal..
wave 125 bob penang da brapa kali da tayar pecah ngan enjin problem
kriss 100 goy jgn cite la,2x tumbang di perak
yamaha 125z john pn pnh terkena dgn abg din kt sg buloh
perghh..bini aku mmg kental dan tabah..

hari ini..
2 september 2010..
tiba lah detik perpisahan kami..
terima kasih kerana setia bersamaku selama ini
semua kenangan akan ku patri dlm buah pinggang aku..
arigato..modenas kriss 100, NCA 5476

Wednesday, August 25, 2010

Bila Aku Pakai Hensem2..

Ape akan jd bila aku pakai hensem2? Adakah aku kelihatan makin hensem? Ataupun cuma perasaan aku?argghhh..



"Haadziq,jom ikot pg MBR?"

"Menatang ape tu? Hari ape?"

"Malaysia book of record. Hari jumaat. Kan kite takde kelas.."

"Buleh,takde hal..jom3!" aku memang suke diajak berjalan2 nie, boleh jd gedik2 menggelijat sekejap. Buruk benor perangai..

"Cantik..Pakai kot tau"

"Haa? Tak pakai xleh ke?" tiba2 gedik aku hilang kejap.

"Pakai la,nampak formal cikit..kita kan student bisnes.." asal student bisnes je kena pkai smart2..rasa cam nk bentang kt parlimen pulak. Aku pergi kelas pn pakai baju kemeja kotak2 lengan pendek yg tak pernah gosok. Rambut tu jangan crite la,memang serabai habis. Pak guard dah lama aim aku, tunggu masa je tu..

Yaa..Pagi Jumaat tu aku kelihatan seperti seorang YB..Tak sabar2 nk berbakti kepada rakyat jelata..

Sunday, August 22, 2010

Tahniah Arsengal!



Malam tadi aku pergi tengok game arsengal vs blackfool. Ape mimpi entah aku pergi tengok game tu(padahal aku nak tgk team yg kalah jek,hehe). Aku dengan housemate aku layan kt Adam Seafood, antara kedai makan yg femes kat sini. Suasana best jugak la,orang tak ramai, skrin pulak clear. Ayor pun banyak dan murah. Tak macam kedai mamak yang selalu kami lepak tu.

Ok la,kembali ke perlawanan. Fabregas tak turun maen, Wilshere yg maen. Dapat tengok la beza game nie dengan minggu lepas, tapi Arsengal tetap Arsengal..Haha..Tak dapat lari dengan skill "typical arsenal" deme tu. Bermain passing2 di dalam kotak penalti lawan..Tp ok la, menang beso gak la deme,6-0..Tu pun lepas Balckfool main 10 org. Mamat kat gmbor atas nie buat hatrik. Arshavin, Diaby, dan Chamakh bagi lain2 gol. Kesimpulan? Aku kenyang makan kat sana..Game tu lantak cite la..

*jangan marah ye penyokong arsengal..kome dah menang beso kan..=)

Monday, August 9, 2010

Konvo UKM




Ahad yg lepas,aku telah diajak ke UKM. member aku kt matrik dah grade, sebab dia 3tahun gk. jeles gk la tgk org da konvo nie, aku nie ada setahun lg kt sini. malang btl makhluk ajaib yg beria2 mengajak dtg tu tidak memunculkan dirinya..xpe la,bz ngan family kot..nasib bek ada lg member2 len yg grade jgk..berbaloi gk la dtg drpd jauh..




Nie sume member2 aku ms kt matrik dlu..dari kiri zam, cincau, wan mer dan aku. zam dan cincau dah selamat menamatkan pengajian depa. wan mer plk taun dpn sama cm aku, sebab dia budak akaun. tgk org konvo nie btl2 menaikkan semangat aku utk bt yg terbaik nnt.xsabar2 nk pakai jubah konvo..huhu

Tuesday, July 27, 2010

Moh Test Keyboard Kome!



Hari tu teman dah kabo cara2 nak cek keaslian henpon, Kali nie teman nak kabor pulak cara untuk menguji keyboard kome. Mudah je, Semudah bernafas menggunakan hidung. Sila ikuti langkah2 berikut:

1. Buka notepad kat komputer kome.
2. Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.
3. Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog”. (Ingat tombol shift kiri dan shift kanan jangan di lepas).
4. Lihat apakah tulisan yang keluar lengkap sesuai dengan kata-kata di atas atau ada huruf yang hilang.
5. Semakin banyak huruf yang tak keluar, maka semakin buruk kualiti keyboard kome.

Haa..ape he kena tulis ayat di atas tadi kan? Ape yg spesel nye? Sebab ayat di atas tadi mengandungi huruf yg biasa digunakan dan ditaip.

Power ke keyboard kome?

Friday, July 16, 2010

Semester Baru

Sem baru da mula dah. Last sem aku kat sini sebelum ke latihan industri. Boleh tahan jugak la subjek2 sem nie, memang mencabar minda dan buah pinggang. Haadziq, tabahkan hati..dah nak abis dah..

Thursday, July 1, 2010

Menyentap Jiwa Beb

tiba2 aku teringat pasal lagu yg cukup femes masa aku sekolah menengah dulu,drpd band ACAB. tajuknya "fight for your right". lagu nie memang menyentap jiwa raga aku,xtau la kenapa..memang best la..enjoy..


I am really sad last night
See the stupid in your head
Acting like a pussy
Killing all the guts you got
You don't even fight when your enemy not satisfied
You think about disaster
But all you do is crying all night


Hey you, where, your guts
Things won't change if you keep on fighting all night
Hey you, where, your guts

Fight for your right

Saturday, June 19, 2010

sandiwara raya yg penat

masa tu aku tahun 1.biasa la menjelang raya benda yg paling org cari mst la tiket raya kn,bagi golongan mcm aku nie la.akhirnya setelah berhempas pulas aku berjaya jgk mendapatkan tiket.tiba2 teringat plk kenangan kt matrik dlu aku terpaksa menaiki bas lompat dari perlis ke ipoh.huhu

"nie tiket adk yek,KL - ipoh, xx hb 20xx, pukul 1 ptg, hentian duta ye"kata akak tu dgn peramah sambil menghulurkan tiket.seksi btl akak nie,abis pahala puasa aku masa tu.

"eh,kenapa hentian duta plk kak,bukan pudu ke?"sebagai org yg baru kenal KL,duta amat asing bt aku.mane aku nk cari da...biasa aku ke pudu jek.

"biasa la dik musim raya nie,bas ke utara mmg behenti kt duta,gud luck!" aku dpt lihat ngan mata hati aku yg akak 2 gelakkan aku.ceit.mana la aku nk cari duta nie.nasib bek tiket aku minggu dpn,ada masa utk aku bertanya org.

"oo..duta senang je ziq,ko nek LRT turun kt stesyen xxx,kt bawah tu la hentian duta" balas sepupu aku melalui sms.dia nie mmg org KL sejati walaupun lahir pakai mak bidan.eh,senang je nk ke duta ek..kata aku dlm hati.

akhirnya masa yg ditunggu pn tiba,brg pn dah siap packing da,aku pn melangkah ngan yakin menuju ke luar.bayangan family da menari2 kt dpn mata aku.syahdu beb.setelah bertukar2 tren,akhirnya aku sampai ke destinasi."nie la duta kot.."pemandangan bas yg byk berlabuh semakin menguatkan telahan ku.aku semakin yakin.jam pun baru pukul 11 pagi,aku amek keputusan melepak2 je la.yela,da sampai destinasi kan..

pukul 1ptg..bas ke ipoh belum sampai2 lg.eh,what happen?aku mula risau,peluh jantan dah mula merintik.aku segera ke kaunter melihat jadual perjalanan bas.eh,kenapa xde ipoh?yg ada kuala lipis,temerloh dan byk lagi destinasi pantai timur.aku mula rasakan yg aku berada dlm crita bang bang boom skg nie.dgn muka yg tebal aku mengambil keputusan bertanya mkcik dgn muka yg paling baik dan bersih utk mengelakkan dia mengutuk aku.

"EH ADIK, YG NIE HENTIAN PEKELILING DIK,BUKANNYA JALAN DUTA.." sah aku sudah kena kencing dgn saudaraku sendiri.tanpa berlengah lagi aku segera menahan teksi ke hentian duta.rabak duit aku beb..malu.. embarrassing..penat..

Thursday, June 17, 2010

Pembedahan Paling Bahaya Kat Dunia



Cantik kan? Nie la motor kesayangan aku, Kriss 100 ataupun nama manja dia NCA5476. Dah banyak kenangan aku dengan moto nie, dekat 4tahun dah aku pakai masih gagah perkasa walaupun lembab cikit. Daripada Nilai ke Ipoh pun aku melenjan dengan dia la walaupun kena tinggal bertiang2 kat belakang dengan 125z member.







Dah dekat 4tahun kami hidup bersama, aku rasa nak ceraikan dia. Tak pun aku nk poligami,haha..Tapi dia merayu2 kat aku kata jangan lepaskan dia. Disebabkan hati aku nie lembut macam jeli aku pun setuju la, dengan syarat dia kena berubah jadi jelita dulu..







Maka bermula lah 1 operasi pembedahan yg dilakukan di hospital besar ulu kinta diketuai pakar bedah ternama Dr. Fadhli Haadziq (macam nama aku kan?) Pembedahan berjalan lancar dan mengambil masa lebih dari 8jam.





Haa..Nak siap dah nie..jeng3..




Akhirnya bini aku (Kriss 100 nie la) selamat jgk menjalani pembedahan yang paling bahaya kat dunia nie. Bertambah cantik dah beliau. Terus aku tak jadi nak ceraikan. Oh kriss ku, akan ku jagamu sampai tamat nyawamu..

kenduri lagi...


rombongan cik kiah



opss..ada org brani nk lawan ek..kuang ajo btl..

kenduri lagi.makan je aku yek.lokasi kali nie di air kuning,taiping..kampung mana pn aku xingat la.pakcik bongsu dlm family mak aku berkahwin dgn gadis pilihannya..makanan kt sini mmg bes,sedap sgt2.berselera sungguh ak makan sampai x tengok org sebelah..



tgk la lauk dia,meriah kan?mst kome rasa lapo kan..



walaupun ada awek cun menari2 kt depan aku masa nie mata ku tetap kat lauk2..haha



selamat pengantin baru cik paiz dan cik tazriana..semoga kekal ke anak cucu cicit..

Saturday, June 5, 2010

Cara Nak Check Henpon Kome Ori ke Idok.


Kome rasa henpon kome tu ori? Moh le kite cek same2..

1) Masukkan kod *#06#
2) Pastu kome akan dapat serial number 15 angka, cth:123456789012345
3) Tengok dekat no ke7 dengan no ke8,

-Kalau no ke7 & 8 adalah 02 atau 20, maknanya henpon itu dipasang di emirates dan yang paling hampeh serta bad quality.

-Kalau no ke7 & 8 ialah 08 atau 80, henpon itu berasal dari Germany dan quality nya ok(biasa jek)

-Kalau no ke7 & 8 ialah 01 atau 10 maknanya henpon kome berasal dari Finland dan quality nya baik.

-Jika no nya adalah 00 maka henpon itu berasal dr kilang asal dan mempunyai quality terbaek hanya dari ladang.

-Haa..Tapi jika no nya ialah 13, cepat2 la buang sebab henpon nie diperbuat di Azerbaijan dan langsung tak berkualiti serta merbahaya kepada kesihatan.

Oppsss..Lupa pulak nak kabo, khas untuk Nokia sahaja..

So, dari mane henpon kome? (^-^)