klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, September 5, 2010

hail st pauli!



haa..ganaz x?jgn salah paham yek,nie bkn kumpulan lanun mahupun lambang puak pengganas.Ini merupakan lambang salah satu pasukan bolasepak dlm bundesliga jerman,st pauli.mesti kome tertanya2 kan ape he aku nak cite pasal team ntah mane2 nie.kome ingat aku saja2 nak cite ke atau buat cite ke?

st pauli merupakan team yg baru nek divisyen pada season ini.walaupun begitu,apa yg membuatkan team nie menarik bukan kerana trofi yg dimenangi ataupun pemain2 bintang mereka, deme nie kelab biasa jek,kita kt malaysia pn mungkin ada yg xpernah dengar kan. Tetapi semangat cintakan bola mereka dan jugak status mereka sebagai puak kiri dlm bolasepak(ingat politik je ke yg ada puak2 kiri nie?) yg membuatkan mereka disanjung sebagai hero bolasepak.





wa tau wa mmg hensem.jersi gua pn sempoi.cuba cari kt padang beso tgk jumpa ke tak..

st pauli ditubuhkan pada 1910 dan tahun ini merupakan besday deme yg ke100. tambah manis lg dgn kejayaan mereka naik ke bundesliga setelah lama terperuk di bawah.lokasi mereka di st pauli,didalam bandaraya Hamburg. Kelab ini yang terletak berdekatan Reeperbahn (sebuah kawasan pelacuran terkenal Eropah) dan melalui revolusi social yang ketara. Elemen politik berhaluan kiri, fahaman anti fasis, budaya punk atau mana-mana subculture yang lain mula menular dalam kelab ini. Ketika bolasepak Eropah dilanda fahaman Nazisme dan perkauman, St Pauli berdiri gagah dengan slogan ‘Gegen Nazis’ (lawan nazi). Sejak itu mereka lebih dikenali sebagai kelab yg memperjuangkan anti perkauman,anti seksisme, anti kapitalisme dan homofobik. Juga menolak sebarang unsur komersial yg melampau(kira mcm humble ckt la..)Malahan pengurus deme iaitu holger stanislawski(gambar) juga dikenali sebagai seorang yg anti kapitalisme. beliau sentiasa dilihat memakai t-shirt,jeans dan jaket semasa perlawanan. stailo ah ding dong..


"kome ingat kome udoh cukup sempoi?moh le lwn sampai tumpo"


Deme memulakan perlawanan dgn iringan lagu Hell's Bell dari AC/DC dan meraikan jaringan gol dgn lagu Song 2 dari Blur. tak main la lagu2 mendayu buatan penyokong yg buat org rasa nk menari shuffle jek. disebabkan oleh inilah mereka menjadi ikutan ramai penyokong diseluruh dunia.cara hidup,pegangan, dan semangat mereka.berbeza daripada bolasepak moden yg mementingkan duit.memang aku salute abis..



"St. Pauli is a way of life. We are not a club who want to make money, we just love football"

*terima kasih kpd sokernet.blogspot.com

No comments: