klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, September 4, 2011

Stranger Than Fiction


Seriously aku memang tak suka dengan cerita2 yang berunsurkan drama. Tapi bila kawan aku rekemen supaya tengok cerita ini dengan gaya yang bersungguh sambil memuji2 dengan gaya bahasa yang aneh, aku pun mula terpedaya dengan pujuk rayu dia. Sumpah cerita ini memang terbaik hanya dari ladang!

Gaya penceritaan lebih kurang macam novel, aku tak pernah jumpa lagi cerita berunsur macam nie. Kisah tentang seorang Harold Crick lakonan Will Ferrell yang sering mendengar bunyi2 aneh disekeliling dia seperti ada orang menceritakan kisah hidup dia. Lebih kurang macam nie la, ape perasaan kome bila ada menceritakan tentang kisah hidup kome dan kisah itu pula betul2 ditulis? 

Mula2 Crick cuma menganggap tu cuma benda bodoh yang saja menganggu kehidupan hariannya, tapi bila semakin lama menjadi semakin annoying menyebabkan dia mula tertekan. Dia mula mencari punca suara tersebut dan akhirnya dia menemui perkara yang mengejutkan iaitu.....

Haa..saspen tak? Hahaha. Seperti biasa la aku memang suka elemen saspen nie. Bagi yang belum tengok lagi, aku jamin kome akan puas hati. Nak download boleh klik di sini. Ini blue-ray punya gambar, memang tiptop.

Seperti biasa juga aku akan bagi rating. Kali ini tinggi sikit. 8/10. Selamat menyedut dan selamat menonton.

2 comments:

Azuan said...

dah layan..memang terbaik!

haadziq said...

terbaik hanya dr ladang..haha