klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Monday, September 5, 2011

5 Angkatan Tentera Paling Elit Di Dunia

Gaban dalam bahasa klasik bermaksud sempoi, power, ataupun kuat. Ada 5 pasukan elit tentera yang dikhabarkan antara yang terkuat dan paling terlatih.

5. Kopassus (Indonesia)
Ditubuhkan pada 1952 dan merupakan angkatan elit dalam tentera Indonesia. Kopassus merupakan kependekan dari Komando Pasukan Khusus dan mula menjadi terkenal pada 1981 setelah menyelamatkan tebusan kapal terbang dalam peristiwa Imron. (Kome boleh cari kat google pasal peristiwa Imron)

4. Sayeret Matkal (Israel)



Tengok nama pun dah macam jahat kan? Dikatakan mereka mahir dalam segala jenis martial art dan tau segala jenis taktik perang. Paling dikenali untuk Operasi Entebbe dalam menyelamatkan tebusan pada 1976 penerbangan Air France di Lapangan Terbang Uganda Entebbe. Satu askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan tiga tebusan terbunuh dalam operasi, yang sekurang-kurangnya menyelamatkan 100 tebusan.

3. The Kaibiles (Guatemala) 

 Tentera berani mati dari Guatemala yang power dalam peperangan hutan dan cekap dalam operasi menyelamat. Motto mereka ialah “If I advance, follow me. If I stop, urge me on. If I retreat, kill me.”

2. Alpha Group (Russia)


Skuad anti pengganas dari Russia. Masih ingat peristiwa Beslan? Dalam peristiwa itu sebuah sekolah telah ditawan oleh pejuang Chechen. 1200 tebusan telah ditawan. Walaupun operasi menyelamat berjaya, tapi deme teruk dikritik kerana menyebabkan 350 orang terbunuh.

1. U.S Navy Seals



Seperti yang dijangka, sudah tentulah mereka yang pertama dalam carta. Seals bermaksud sea, air, land dimana mereka mahir dalam segala peperangan melibatkan apa jua bentuk muka bumi. Operasi menangkap Saddam Hussein dan pembunuhan Osama juga dilakukan mereka.

No comments: