klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, January 1, 2012

Movie Review : Ghost Protocol




Sebenarnya aku cukup menyampah bila review cerita macam nie sebab plot lebih kurang sama. Perisik, team mate, peluru berpandu nuklear Rusia (kenapa asyik Rusia jek? buat la peluru berpandu Nicaragua ke, kan awesome) misi menyelamat, dan berjaya.

Apa yang bezakan cerita nie dengan cerita yang lebih kurang sewaktu dengannya? First sekali, cerita ini serius saspen. Berapa kali ntah jantung aku hampir berhenti. Dia punya aksi pun terlalu banyak sampai aku pun jadi penat. Yang paling penting, takde adegan seks ataupun adegan yang boleh membuatkan adik-adik sekalian bangun.

Ok dah ngarut banyak, teruskan kepada review kita. Apa itu Ghost Protocol? Lebih kurang macam misi rahsia la mengikut kefahaman aku. Ada dokumen rahsia bocor, hero nak rampas balik, polis Rusia masuk campur, orang jahat power dan lawa (pergghh). Ada agen baru yang misteri, dan last-last dorang kena pilih sama ada biarkan perang nuklear berlaku ataupun balik rumah menanam jagung jika sempat.

Nak bintang? Aku bagi 7/10. Memang terbaik! Orang Ipoh sila tonton di pawagam di Bangunan Seri Kinta sebelah Yik Foong. Tiket RM 9 je beb. Mana ada kat tempat-tempat lain didunia ini.

No comments: