klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Tuesday, January 24, 2012

Movie Review : Underworld Awakening


Secara jujurnya aku tak pernah tengok filem underworld sebelum nie. Kira ini 1st time la. Berkat daripada sinopsis awal yang diceritakan oleh kawan, aku terasa macam nak tengok jugak la.

Perang antara pontianak dan lycan semakin berterusan. Kerajaan mengambil keputusan untuk membuat proses pembasmian menghapuskan semua pontianak dan lycan. Malang bagi Selena apabila beliau dan pakwe nye Michael ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen. Lepas xxx tahun dikurung akhirnya dia berjaya melepaskan diri dan mendapati Michael telah hilang. Muncul pulak seorang budak yang sama spesis macam Michael, iaitu hibird.

Siapa sebenarnya budak tersebut? Apa yang terjadi kepada Michael? Apakah benar semua pontianak dan lycan telah dihapuskan? Perghh rasa awesome bila berjaya membuatkan kome semua tertanya-tanya. Nak tau apa jadi sila ke pawagam berdekatan.

Cerita nie belum habis lagi. Aku yakin mesti ada sambungan lagi sebab ending tergantung. Mahu bintang? Saya bagi 7/10. Memang awesome.

Disebabkan cerita ini aku amek keputusan untuk menonton balik filem underworld sebelum nie. Kenapa aku tak pernah tengok sebelum nie yek?

No comments: