klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, January 22, 2012

Kenduri Tunang Kawan

Agaknya sudah jadi trend masa kini, bertunang pun orang laki pergi ikut jugak. Maklum la zaman kamera canggih-manggih nie, semua benda nak snap. Tadi aku merasa sendiri ikut kawan aku pergi bertunang. Saja amek feel, lepas nie bila turn aku tak gelabah dah. Hehehe.

Sebagai orang melayu a.k.a jawa sejati, 'menepati' masa merupakan ciri-ciri terunggul bangsa melayu. Janji pukul 10 datang pukul 10.15. Ok lettewww. Dah siap barang apa semua terus berangkat. Idok le jauh bebeno, dalam Perak sahaja.

Pukul 10.45, selamat tiba. Gelabah orang bertunang semakin nyata pada kawan aku nie. Ntah berapa kali enjin kereta mati. Sempat la aku mendengar-dengar apa yang orang tua dok sembang dalam tu.

"oh kome, doyan dah berbunge..moh kite pinang anak dare~"
"ewah-ewah..nyanyi pulak orang tua nie. ajer nye yer!"

Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah makan beramai-ramai tanpa melihat orang sebelah. Disebabkan saka makan aku sudah tidur, aku cuma amek cikit jek. Sumpah aku menyesal sampai sekarang. Lauk sedap gila beb. Ini semua angkara awek sebelah meja aku la.

Habis acara, balik rumah bukak kek dan segala macam la. Dapat la souvenir sikit sebab aku pun tolong angkat jugak. Kepada Faiz kawan pejabat daku, selamat bertunang dan selamat menjadi bakal suami orang. Mike udoh bertunang tu jangan buat perangai hawor lagi. Rasa sedey cikit tengok kawan aku nie dah bertunang. Tinggal la daku seorang hidup membujang...

pat-pat siku lipat. mike lambat teman rembat. ater?

No comments: