klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Wednesday, July 20, 2011

larry crowne : tipikal tom hanks



aku pun tak tau sejak bila cite ni ada kat wayang. tak bajet pun nak tengok cite ni sebenarnya (hajat asal nak tgk tahap kebodohan cite transformers). tapi nasib baik la dah full pulak. sedang aku membelek2 nak tengok cite mana pulak, aku terjumpa 2 poster yg menarik dengan 2 orang pelakon faveret aku iaitu tom hanks (larry crowne) dan jim carrey (mr.popper penguin). aku dan dia mengambil keputusan untuk menonton larry crowne.

mengisahkan tentang larry, seorang ex tukang masak navy yg bekerja di sebuah supermarket. beliau dikenali sebagai pekerja yg dedikasi dan bertanggungjawab tetapi telah dipecat kerana tidak mempunyai kelulusan tinggi. akhirnya beliau terdesak untuk menyambung pelajaran dan memasuki sebuah kolej dan mengambil kursus speech 217, kursus ucapan tak rasmi dan bertemu dengan cikgu lakonan julia roberts.

banyak peritiwa yg berlaku sepanjang tempoh pembelajaran beliau, antaranya bertemu dengan geng skuter dan terlibat dalam cinta remaja. antara babak yg seronok disaksikan juga semasa pembelajaran speech 217 berlangsung.

larry dan skuter beliau


dapatkah beliau menamatkan pengajian? bagaimana pulak hubungannya dengan julia roberts? apakah niat geng skuter sebenarnya? haa..saspen cikit kan. hehe..nak bintang ke? aku bagi 3/5. jujurnya aku memang tak suka cite berunsurkan drama, sangat mengantok.

vilmer valderama a.k.a ketua geng skuter. antara watak faveret aku.

"heloo~ this is window. i can't see you through the glass..."


No comments: