"kalau macam nie kamu belajar jangan harap la yang kamu dapat A masa periksa nanti!"
Cikgu ekonomi aku pernah sumpah yang aku takkan dapat A1 masa SPM nanti. Mungkin disebabkan aku seorang yang nakal, tak pernah buat koje sekolah dan sering mendapat markah rendah masa peperiksaan.
Dalam diam sebenarnya aku bertekad untuk menunjukkan yang aku mampu berjaya.
Akhirnya result SPM keluar. Nampak ada banyak A kat slip exam aku. Itu semua dalam jangkaan. Perghhh berlagak betul. Tapi mata aku meliar mencari subjek Ekonomi Asas.
Gua dapat A1 beb.
Terus aku cari cikgu ekonomi aku dan menunjukkan slip SPM aku. "Cikgu saya dapat A1" Ada bau-bau kepuasan semasa aku menunjukkan result kepada beliau.
"Emm..tahniah. saya tau kamu boleh"
Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mendidik daku menjadi insan berguna...
No comments:
Post a Comment