klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Friday, March 23, 2012

Manusia Yang Dikeji Juga Mampu Menyelamatkan Dunia

Gila tajuk entri aku nie dah macam karangan. Mintak maaf ye sebab gua lama tak update. Takde idea la beb seperti musim kemarau yang melanda Lenggong sekarang. Ahh merapik pulak daku ini. Ada tengok Carlos Tevez kembali bermain menentang Chelshit? Daripada manusia yang dihina dan dikeji kemudiannya menjadi penyelamat dengan membuat hantaran cantik untuk gol kemenangan Samir Nasri. Bak kata omputih from zero to hero. Ada juga beberapa contoh manusia yang dikeji sepanjang zaman tetapi membuat comeback yang sangat awesome.
"lu jgn majuk-majuk lagi tau.."
"pernah makan nasi dengan kaki???"


1. David Beckham

Piala Dunia 98 menyaksikan zaman emas bagi David Beckham. Dengan hantaran maut tepat, free kick secantik pisang emas dan rambut belah tengah yang menawan, beliau menjadi harapan seluruh umat England. Malangnya ketika menentang Argentina beliau telah dibuang padang dan menjadi punca kepada kekalahan England. Dikutuk, dikeji, dipersalahkan malah gambarnya dijadikan target di papan dart, Beckham menyatakan yang dia tak mampu untuk keluar rumah.

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2002 menyaksikan England terumbang ambing untuk layak. Dalam perlawanan akhir kumpulan bertemu Greece, mereka cuma memerlukan keputusan seri untuk layak ke Korea/Jepun. Ketinggalan 1-0 mencemaskan England sehingga free kick Beckham membawa England ke Piala Dunia 2002. Beckham segera menjadi hero yang disanjung.

hikmat sepakan pisang

2. Eric Cantona

Siapa masih ingat tendangan kungfu Eric the King? Tendangan yang membuatkan beliau digantung 8 bulan dan dikeji oleh seluruh komuniti bolasepak (kecuali penyokong Man Utd) lebih-lebih lagi media England. Ironinya selepas 8 bulan beliau kembali semasa perlawanan menentang Liverfool yang berkesudahan seri 2-2. Assist 1 dan menjaringkan gol sebijik. Musim itu Man Utd menang double, EPL dan Piala FA malahan Cantona yang dikeji media turut mendapat anugerah Football Writer's Player of The Year.

Kesimpulannya? Jangan jadikan kejian orang sebagai alasan untuk kome tidak mencapai kejayaan. Sekian....
  

No comments: