klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Monday, May 2, 2011

Pembedahan Paling Bahaya Didunia 2

Setelah lebih kurang 5 tahun motor kesayangan aku menabur khidmat bakti, aku mula merasakan yang beliau semakin uzur dan kurang berkuasa. perjalanan aku ke tempat kerja pada waktu pagi sering diganggu oleh jentera2 lain yang ganas dan bajet laju. Aku sudah mula merasa mahu menukar bini baru.

Luahan hati aku nie didengari oleh seorang kawan bernama Khairul Amin. Beliau mengoffer khidmat bakti beliau untuk menukar bini kesayangan aku menjadi dara. Tanpa melengahkan masa pembedahan ke atas beliau terus dijalankan..



sedih melihat beliau dibogelkan..

Oh ya, apa yang Khairul Amin cuba lakukan? Beliau ingin menukar biniku menjadi muda dengan cara menambah kuasa semaksimum mungkin. Pertamanya overhaul, menukar blok racing 53mm, buat kawah pada piston, tukar camshaft dan bearing dan macam2 lagi istilah permotoran yang tak pernah aku dengari. Cuma karburetor dan ekzos je yang tak usik sebab bajet lari. Hehe.


dah siap bukak. nampak seksi...




blok lama. saiz kecik + tak power. terima kasih atas khidmat bakti anda..


kawah piston dengan camshaft yang dah potong..auummm..

Sekarang bini aku dah siap. Kelajuan beliau memang mengagumkan. Tak sabar nak tunggu beliau habis pantang..Huhu

p/s : Nak tengok gambar seksi terbaru beliau? Jangan harap. Sama je macam yang dulu. Kome bace je entri nie.

No comments: