klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, December 23, 2010

Festival Proton



Pada 18 hingga 31 Disember nie,Proton akan mengadakan siri roadshow ulangtahun mereka yg ke 25. destinasi pertama mereka ialah negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak. negeri emas takde kan?so perak la yg paling kaya. Aku pun kebetulan terlalu kat tempat kejadian pada masa itu dan tanpa melepaskan peluang aku pun menjenguk la sekejap..

Banyak info-info dan kereta2 menarik yg dipamerkan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Antaranya siri pahlawan seperti yang pernah aku tulis pada entri proton tuah. tapi yang dipamerkan pada roadshow ipoh cuma jebat dan lekir.


dulu tengok kat paper,sekarang aku yg ambik gambo dia

selain itu proton turut memperkenalkan kereta2 lain yg bagi aku serupa macam kereta konsep gk,tapi takde maklumat terperinci yg diberikan oleh pihak proton.


sehijau gaban...


dia pakai tayar kubota agaknya


pemenang anugerah kereta paling hensem

antara kereta-kereta lain yg dipamerkan...


proton EMAS


proton satria neo lotus limited edition

aku betul2 teransang masa tengok semua kereta hari tu.maafkan aku...

Wednesday, December 15, 2010

glory glory Malaysia!



abg hensem yg membuat player2 vietnam gigit jari

perlawanan separuh akhir pertama malaysia vs vietnam menyaksikan malaysia berjaya menundukkan vietnam 2-0 hasil jaringan abg safee sali. secara keseluruhan malaysia bermain dgn penuh bergaya tadi. penyerang2 malaysia yg sebelum ini malu2 di depan gol telah membuktikan yg mereka jgk berbisa. penyokong2 nyata memberikan tonik tambahan buat pemain2 malaysia. dah lama xnampak pemandangan stadium yg penuh macam nie. last skali penuh yg aku ingat ms final pestabola merdeka. tahun bape ntah,aku nie short term memory sikit..

gol pertama aku terlepas sebab tgh sonok lipat baju masa tu.hehe. yg aku perasan rembatan dari safee sali gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol vietnam. boleh tahan abg safee nie walaupun kadang2 nampak cam berat ckt. aku memang salut habis dekat kunalan,norshahrul, dgn amirulhadi.kelam kabut defend vietnam sebab dorang nie.

gol kedua pun drpd abg safee balqis jgk. hasil bola muntah yg dapat disumbat dgn jaya nya oleh beliau. ada byk lagi percubaan2 menarik drpd malaysia,antaranya tandukan padu abg safee yg offside. vietnam pun tak kurang ganasnya,ada je percubaan2 bahaya dorang tapi nk buat camna keeper apek malaysia power sgt. agaknya messi jumpa dia pun boleh gigit kuku. overall, aku memang berpuas hati dgn game tadi. terima kasih malaysia,maaf la tak dapat pergi stadium..semoga berjaya di vietnam!

Saturday, December 4, 2010

perodua bezza pulak..




sempena KLIMS( kuala lumpur internasional motorshow) yg berlangsung skg, aku mengambil keputusan utk mengabdikan penulisan aku pada pengeluar kereta2 nasional. selain proton, perodua turut mengganas dgn mengeluarkan kereta konsep mereka yg dinamakan perodua BEZZA. apa yg boleh dibanggakan kereta ini direka dan design oleh 100% anak malaysia. hebat3..cantik dan menawan buah pinggang, aku sgt teruja. harap sgt kereta ini akan dikeluarkan.

macam biasa, sumber2 gambar daripada paultan.org. terima kasih uncle tan..







Friday, December 3, 2010

proton tuah



mungkin ramai yg tahu(ataupun tak tau) yg sekarang nie berlangsung kuala lumpur international motorshow (KLIMS 2010) bermula 3-12 disember 2010. antara pengeluar kereta yg mengambil bahagian sudah semestinya company kesayangan rakyat marhaen, PROTON. selepas mengganas dgn proton inspira, kini proton mula mengeluarkan aura terhebat dgn memperkenalkan koleksi pahlawan, diispirasikan daripada pahalawan melayu zaman melaka. ada tuah,jebat, kasturi, lekir, dan lekiu. cair mata aku tgk kereta2 proton nie. rasa macam nak makan piza.

tulis banyak pun tak guna. lu org tgk la sendiri..







gambar2 daripada paultan.org. kalau kome nak tgk model2 proton yg lain, boleh terjah laman web nie. ataupun kome boleh pergi siap2 skg, pergi KLIMS.

Thursday, December 2, 2010

terima kasih nilai

alhamdulillah..2010-1995= 15 tahun sudah aku menghambakan diri pada pelajaran. tak sangka yg kehidupan aku sebagai pelajar dah habis( kalau aku tak sambung master la). tapi kome kena ingat, proses pembelajaran nie takkan berhenti dari kita kecik hinggalah ke liang lahad.

sepanjang 4tahun(2006-2010) aku berada di universiti sains islam malaysia(USIM) menyambung pelajaran sarjana muda dlm bidang pentadbiran muamalat. mula2 ada ckt rasa terkilan, tak dapat ke universiti pilihan tetapi semua yg berlaku ada hikmahnya kan. terima lah dgn hati yg xberapa nk tabah.



sudah tentu la byk yg aku dah belajar sepanjang kt sini. nk cerita byk2, aku nie antara makhluk tuhan yg pemalas. result tiap2 sem pun cukup2 makan jek. risau mak ayah aku tp nk bt camna kn, aku dah berusaha sehabis baik dah. selamat aku berjaya menamatkan pengajian aku walaupun xberapa nk cemerlang...

kepada kawan2 seperjuangan,TMA 2, pt5226, semoga kome akan berjaya dlm semua bidang yg diceburi. susah nk jumpa dah lepas nie, masing2 dah jauh. dah bz. nak kawin nnt jgn lupa jemput, insyaAllah aku akan dtg. tawaran kenny rogers utk kawan2 yg dtg ke ipoh masih lagi dibuka.


kepada nilai, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima aku. lepas nie mesti aku rindu gile dkt as-salam, baraqah maju, nasi goreng kampung kak wati, mannu salwa, adam, bonda. eh kenapa aku mesti rindu kt makanan???

terima kasih sekali lagi nilai..i will miss u always.