klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, August 25, 2011

Kingdom of Heaven


Kingdom of Heaven merupakan cerita epik perang terbaik yang pernah aku tonton sepanjang hidup aku. Jarang cerita sejarah islam sebegini dibuat menyebabkan aku tertarik dengan filem ini. Mengisahkan tentang Balian, seorang tukang besi yang berasa hidupnya tidak dirahmati, jiwa berkecamuk sehingga akhirnya menyertai pasukan perang salib ke Jerusalem untuk mencuci dosa. Tanpa disedari beliau sebenarnya anak kepada Lord of Ibelin yang mempunyai memerintah suatu kawasan di Jerusalem.

Filem ini secara keseluruhannya memaparkan kisah perang salib yang benar-benar terjadi semasa penaklukan Salehuddin Al-Ayubi ataupun dikenali sebagai Saladin oleh orang kafir. Balian terpaksa memimpin pasukan kafir mempertahankan Jerusalem setelah mereka tewas dalam perang Hittin. Balian menghadapi masalah kerana disebabkan ramai penduduk kampung yang bukan pejuang untuk pergi berperang.

Antara babak yang paling best dalam cerita ini semasa pasukan salib pergi menentang Saladin dalam perang Hittin. Walaupun dinasihatkan agar tidak pergi kerana itu merupakan muslihat, tetapi pasukan kafir bangang tetap meneruskan perjalanan mereka. Ditunjukkan dalam babak ini yang pasukan salib keletihan kerana mengharungi perjalanan jauh tanpa bekalan air dan tewas teruk.

Lagi babk best semasa persiapan pasukan Saladin sebelum menyerang Jerusalem dimana tentera islam telah menunaikan solat subuh sebelum pergi berperang. Berbeza dengan kebanyakan orang masa sekarang nie. Babak peperangan juga mengingatkan aku dengan cerita Lord of The Ring. Memang awesome dan realistik.

 saat dimana tentera islam memecah masuk kedalam Jerusalem


Bagi kome yang masih belum menonton, aku cadangkan cerita ini sebagai pencuci mata. Nak bintang? Aku bagi 5 bintang.

p/s : Semasa penyerahan Jerusalem oleh Balian kepada Saladin, beliau telah bertanya.." what's worth Jerusalem?"

jawab Saladin "nothing" sambil berpaling meninggalkan Balian. Kemudian beliau menoleh sambil tersenyum dan berkata....


"everything.."

2 comments:

Anonymous said...

Cerita sahaja x best la kalo x bagi link untuk download sekali hehehe :D

haadziq said...

hehe..sori la bro xde la dia pnye link download..cite lama nie..bleh try tanya uncle google..=)