Apa yang bestnya masa tahun kedua nie, fakulti bagi aku peluang untuk cari sendiri teammate aku. So aku memilih member aku merangkap budak yg paling kuat membangkang didunia, Rafiq a.k.a Goy sebagai pematah hujah dan pematah kaki lawan. Saudara Mono aku pilih kerana beliau seorang pandai bercakap dan banyak hujah bernas selain pernah menjadi wakil Matrik dulu. Untuk simpanan aku pilih Wani sebab dia kiut dan pernah masuk pidato.
Aku dapat merasakan gandingan aku, goy, dan mono berupaya untuk mengembalikan kegemilangan fakulti kami setelah diaibkan tahun lepas. Selain mempunyai ikatan kimia yg amat rapat, kami juga telah lama kenal semenjak dari Matrik lagi.
Perlawanan pertama menentang Team Tamhidi (matrik usim). Sebagai super senior, aku dapat menghidu bau-bau kemenangan bakal berpihak kepada kami tanpa mengetahui siapa lawan kami yang sebenar. Tiba-tiba kami mendapat berita gempar, Mono gagal hadir ke lokasi pertandingan. Aku dah menggelabah, Goy menjadi histeria. Mono nie watak penting, dia takde memang kami tak bersemangat. Sudahnya Wani terpaksa masuk ganti setelah Mono gagal datang.
Dalam game nie, kami jadi pihak kerajaan. Wani sebagai Perdana Menteri, aku Timbalan, dan Goy Menteri Pertahanan. Dalam ligat kami berdebat, barulah kami tau lawan kami pernah mewakili negeri masing-masing dalam debat. Setiap hujah kami berjaya mereka potong. Manakala hujah mereka langsung tak dapat dimatikan. Kami kalah teruk. Kalah teruk dengan budak-budak memang melemahkan semangat kami.
"Goy, awat hang tak bangkang depa cakap? hang kan suka bangkang2 nie"
"Hang nak bangkang apa? isi depa semua betul kot"
No comments:
Post a Comment