klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Friday, August 5, 2011

kisah tragik di bulan puasa

Pada suatu petang yg damai (kenapa banyak intro crita aku macam karangan sekolah menengah?) aku mengambil keputusan untuk tido. Mana tau dapat mimpi Liyana Jasmay lagi ke. hehe. Sedang aku lena dibuai mimpi, ditemani pula dengan cuaca sejuk kerana baru lepas hujan, tiba-tiba telefon berbunyi...

"haadziq, ko kt mane?"

"aku kat rumah la. ape ke nye?"

"wei hang free tak free sekarang? tolong aku jap, aku tunggu ko kat restoran ayam penyek sebelah JJ nie" ahh sudah, apa bala pegi ayam penyek tengahari nie, aku dah lama bertaubat dah.

"ok ok 5 minit" sebab aku rasa bosan di rumah, apa salahnya aku keluar bersiar-siar. Aku takda niat untuk buat jahat. Tidak sekali-kali.

Sampai je aku kat sana, member masih belum sampai. Betul-betul janji melayu nie. "Ko kat mana weh? aku dah sampai la"

"Ko masuk restoran tu, jumpa ngan Puan Lisa. Nanti dia bagitau la" nak jumpa orang lain pulak. Sabor je la..

"Assalamualaikum, salam ramadhan. Boleh saya jumpa dengan Puan Lisa?" ayat kena power, sebab yg jaga kaunter awek indon cun.

"Sebentar yaa" alamak lembut betul suara awek nie. Tiba-tiba keluar awek hot dari dapur. Halamak ini ke Lisa. Aku dah rasa macam bau-bau lawak dah.

"Awak kawan Pijoi yek? Jom ikut saya. Tolong angkat kotak nie yek" mana pulak minah nie nak bawak aku. Aku mengucap untuk menghilangkan ketakutan.

Setelah sampai ke sebuah tempat macam kiosk, dia mula mengeluarkan barang-barang dari kotak tersebut. Ada rokok elektronik rupanya. Setelah siap susun apa semua, dia senyum kat aku..

"Ok, awak jaga kiosk nie sampai pukul 10 malam nie yek"

?????????

"Eh, Pijoi tak bagitau ke? dia mintak tolong awak jaga kejap. takde orang nak jaga hari nie" Puan Lisa menjelaskan setelah melihat aku terpinga-pinga. Aku cuba tersenyum walaupun senyuman aku sebijik macam Chibi Maruko Chan.


hehe..hehe..hehe


Jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang..

Aku rasa macam baru kena lawak bang-bang boom jek..

No comments: