klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label fakta best. Show all posts
Showing posts with label fakta best. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Fakta Menguap

Tahukah kome menguap sebenarnya boleh berjangkit. Tak caye? Boleh try menguap tengok mesti member sebelah pun menguap jugak. Kajian menunjukkan 55% orang akan menguap selepas kawannya menguap.

Tahukah kome mendengar ceramah juga boleh mengakibatkan menguap tahap dewa laut? Masih belum ada kajian yang dibuat mengapa hal ini berlaku..

huargghhhhhh~

Tuesday, October 4, 2011

Perkara Kebetulan Tentang Abraham Lincoln dan John F Kennedy



Semua orang kenal dua nama yang aku sebut di atas nie kan. Tahukah kome terdapat beberapa kebetulan yang berlaku semasa peristiwa pembunuhan mereka. Jom baca!

1. Abraham Lincoln dipilih ke Kongres pada 1846. JFK dipilih ke Kongres pada 1946 (beza 100 tahun).

2. Abraham Lincoln menjadi Presiden pada 1860. JFK menjadi Presiden pada 1960. (beza 100 tahun)

3. Andrew Johnson, pengganti Lincoln dilahirkan pada 1808. Lyndon Johnson, pengganti Kennedy,  dilahirkan pada 1908. (dua-dua bernama Johnson dan beza 100 tahun?)

4. Abraham Lincoln ditembak pada 1865. Andrew Johnson mati pada 1875.

5. John F. Kennedy ditembak pada 1963; Lyndon Johnson mati 1973.

6. Kedua-dua presiden ini ditembak pada hari Jumaat dan ditembak di kepala.

7. John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln dilahirkan pada 1839. Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy dilahirkan pada 1939.

8. Booth lari dari teater dan ditangkap di gudang. Oswald lari dari gudang dan ditangkap di teater.

9. Lincoln ditembak di Ford Teater dan Kennedy ditembak dalam Ford Lincoln.

10. Kedua-dua pembunuh juga telah dibunuh sebelum perbicaraan.

Kebetulan???

Wednesday, September 28, 2011

Lapangan Terbang Paling Awesome

Lapangan Terbang St Marteen yang terletak di Kepulauan Carribeans tidaklah terkenal seperti tempat2 lain. Airport ini terkenal kerana terletak berdekatan dengan pantai dan diakui antara airport paling mencabar di kalangan pilot. Apa yang mencabarnya? Kome boleh layan gambo-gambo di bawah. Memang awesome.


Tadaa..ada unsur2 horror tak? haha..Inilah yang menjadikan lapangan terbang ini begitu mencabar kepada pilot dan pengalaman baru kepada pelancong.



Salah satu lagi aktiviti yang mencabar di sini adalah terbang bersama jet blast. Jet blast atau tujahan jet (yeke?) berlaku ketika enjin pesawat dihidupkan dan membolehkan impak berlaku. Tak paham? Aku pun tak paham ape yang aku kabo nie.

 tanda bahaya mengingatkan pengunjung tentang bahaya jet blast


Tapi kebanyakannya degil dan tetap mahu merasai tujahan jet. Pernah direkodkan ada orang yang pernah terbang sejauh 50M kerana tujahan tersebut. Walao eh!

Saturday, September 24, 2011

5 Negara Tercomel Di Dunia

Comel pada definasi aku bermaksud kecik. Mari kita terjah negara-negara kecik yang wujud di muka bumi ini.

5. San Marino


Ditemui pada tahun 301 sebelum masihi dan dipercayai negara paling tua di eropah. Terletak 700 M dari paras laut dan mempunyai 29000 penduduk. Pasukan bolasepak mereka masih bersaing di kelayakan Piala Dunia bersama England.

4. Tuvalu



Negara kepulauan pasifik juga diiktiraf antara pulau tercantik di dunia. Mempunyai 12000 penduduk. Paling terdedah dengan ancaman global warming kerana paras tertinggi di pulau ini hanya setinggi 5 M.

3. Nauru


Negara yang hanya mempunyai saiz sepertiga dari saiz Manhattan, New York dan mempunyai 13000 penduduk. Juga terancam akibat global warming sehingga Presiden Nauru pernah berkata "I forgive you if you have never heard of Nauru — but you will not forgive yourselves if you ignore our story."

2. Monaco


Negara comel yang paling dikenali kerana F1 dan Monte Carlo. Juga mempunyai taraf hidup antara yang tertinggi di Eropah dan penduduk yang mempunyai antara umur paling panjang antara 90-95 tahun.

1. Vatican City


Negara terkecik di dunia tetapi paling ramai dikunjungi kerana Vatican nie macam Mekah la kiranya. Mempunyai pasukan tentera sendiri yang ditugaskan untuk mengawal Pope.

sumber : kakiheboh.com

Monday, September 12, 2011

Jersi Baru QPR Dengan Sponsor MAS dan Air Asia





 Jantan dan gadis-gadis. Rosak Gambar

Gadis-gadis sahaja. Baru nampak cantik sikit

Amacam? Ada rasa macam nak angkat 1 tak?

Monday, September 5, 2011

5 Angkatan Tentera Paling Elit Di Dunia

Gaban dalam bahasa klasik bermaksud sempoi, power, ataupun kuat. Ada 5 pasukan elit tentera yang dikhabarkan antara yang terkuat dan paling terlatih.

5. Kopassus (Indonesia)
Ditubuhkan pada 1952 dan merupakan angkatan elit dalam tentera Indonesia. Kopassus merupakan kependekan dari Komando Pasukan Khusus dan mula menjadi terkenal pada 1981 setelah menyelamatkan tebusan kapal terbang dalam peristiwa Imron. (Kome boleh cari kat google pasal peristiwa Imron)

4. Sayeret Matkal (Israel)



Tengok nama pun dah macam jahat kan? Dikatakan mereka mahir dalam segala jenis martial art dan tau segala jenis taktik perang. Paling dikenali untuk Operasi Entebbe dalam menyelamatkan tebusan pada 1976 penerbangan Air France di Lapangan Terbang Uganda Entebbe. Satu askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan tiga tebusan terbunuh dalam operasi, yang sekurang-kurangnya menyelamatkan 100 tebusan.

3. The Kaibiles (Guatemala) 

 Tentera berani mati dari Guatemala yang power dalam peperangan hutan dan cekap dalam operasi menyelamat. Motto mereka ialah “If I advance, follow me. If I stop, urge me on. If I retreat, kill me.”

2. Alpha Group (Russia)


Skuad anti pengganas dari Russia. Masih ingat peristiwa Beslan? Dalam peristiwa itu sebuah sekolah telah ditawan oleh pejuang Chechen. 1200 tebusan telah ditawan. Walaupun operasi menyelamat berjaya, tapi deme teruk dikritik kerana menyebabkan 350 orang terbunuh.

1. U.S Navy Seals



Seperti yang dijangka, sudah tentulah mereka yang pertama dalam carta. Seals bermaksud sea, air, land dimana mereka mahir dalam segala peperangan melibatkan apa jua bentuk muka bumi. Operasi menangkap Saddam Hussein dan pembunuhan Osama juga dilakukan mereka.

Thursday, August 25, 2011

Kingdom of Heaven


Kingdom of Heaven merupakan cerita epik perang terbaik yang pernah aku tonton sepanjang hidup aku. Jarang cerita sejarah islam sebegini dibuat menyebabkan aku tertarik dengan filem ini. Mengisahkan tentang Balian, seorang tukang besi yang berasa hidupnya tidak dirahmati, jiwa berkecamuk sehingga akhirnya menyertai pasukan perang salib ke Jerusalem untuk mencuci dosa. Tanpa disedari beliau sebenarnya anak kepada Lord of Ibelin yang mempunyai memerintah suatu kawasan di Jerusalem.

Filem ini secara keseluruhannya memaparkan kisah perang salib yang benar-benar terjadi semasa penaklukan Salehuddin Al-Ayubi ataupun dikenali sebagai Saladin oleh orang kafir. Balian terpaksa memimpin pasukan kafir mempertahankan Jerusalem setelah mereka tewas dalam perang Hittin. Balian menghadapi masalah kerana disebabkan ramai penduduk kampung yang bukan pejuang untuk pergi berperang.

Antara babak yang paling best dalam cerita ini semasa pasukan salib pergi menentang Saladin dalam perang Hittin. Walaupun dinasihatkan agar tidak pergi kerana itu merupakan muslihat, tetapi pasukan kafir bangang tetap meneruskan perjalanan mereka. Ditunjukkan dalam babak ini yang pasukan salib keletihan kerana mengharungi perjalanan jauh tanpa bekalan air dan tewas teruk.

Lagi babk best semasa persiapan pasukan Saladin sebelum menyerang Jerusalem dimana tentera islam telah menunaikan solat subuh sebelum pergi berperang. Berbeza dengan kebanyakan orang masa sekarang nie. Babak peperangan juga mengingatkan aku dengan cerita Lord of The Ring. Memang awesome dan realistik.

 saat dimana tentera islam memecah masuk kedalam Jerusalem


Bagi kome yang masih belum menonton, aku cadangkan cerita ini sebagai pencuci mata. Nak bintang? Aku bagi 5 bintang.

p/s : Semasa penyerahan Jerusalem oleh Balian kepada Saladin, beliau telah bertanya.." what's worth Jerusalem?"

jawab Saladin "nothing" sambil berpaling meninggalkan Balian. Kemudian beliau menoleh sambil tersenyum dan berkata....


"everything.."

Tuesday, August 16, 2011

10 Kisah Perpindahan Paling Hensem

Hari nie aku nak share sikit 10 kisah perpindahan pemain bola sepak yang gempak dan mencuri tumpuan dunia. Kisah ini adalah untuk perpindahan yang menjadi dan kisah perpindahan yang hanya manis di mulut tetapi hanya kosong semata-mata bagaikan makan char ketiow tapi takde udang.

1.Steven Gerrard ke Chelsea?

Ini kisah silam sebelum tahun hijrah dimana coach Chelsea masa tu Jose Mourinho ingin menguatkan skuad dengan menambah Kapten Fantastik Gerrard kedalam skuad Chelsea. Perpindahan hampir menjadi kenyataan apabila Gerrard telah menolak kontrak baru empat tahun dari Liverpool dengan gaji 100 000 pound seminggu pada 2005. Malangnya tak lama kemudian Gerrard mengubah fikirannya dengan menandatangani kontrak baru dengan Liverpool.

Jom ikut abang pergi Chelsea. abang boleh bagi banyak piala kat kome.

Sudahnya: Gerrard masih di Liverpool. Mourinho pula bahagia bersama-sama Madrid.


2. Perpindahan Rekod Dunia Kaka ke Manchester City

 Kaka menayangkan jersi beliau setelah bersetuju untuk kekal di Milan

Ini lagi satu transfer saga yang mengegarkan dunia dan penyokong Milan. Sampai deme merayu-rayu Kaka supaya kekal di Milan. Kisah bermula apabila mata duitan Sheikh Mansour dari City cuba untuk memancing Kaka dengan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak 100juta dan gaji mingguan 500 000pound. Perpindahan ini dikatakan hampir berjaya lebih-lebih City berjaya mengejutkan dunia dengan menandatangani Robinho dari Madrid sebelumnya. Kaka yang pada mulanya berdiam diri bagaikan hampir bersetuju akhirnya menolak tawaran dari City.

Sudahnya : Kini di Madrid sebagai pemanas bontot bench Santiago Bernabeu.


3. Luis Figo menjadi Judas ke Madrid



Figo yang telah mencipta nama di Barca dan menjadi kesayangan penyokong membuat tindakan mengejutkan dengan berhijrah ke kelab musuh ketat, Real Madrid. Penyokong Barca yang marah telah membakar jersi Figo dan melemparkan kepala babi kepada beliau semasa pertemuan Barca vs Madrid pada 2002 di Camp Nou.

Sudahnya : Membuat keputusan yg tepat apabila berhijrah dengan membantu Madrid mengutip gelaran Liga Sepanyol dan menjulang Champion League pada 2001.


4. Anelka Si Budak Hingusan ke Madrid

 menang bermacam-macam tidak menjadikan beliau disayangi

Apabila Wenger membeli Anelka yg masa itu berumur 17tahun dengan harga 500 000pound dari PSG, ramai yang menganggap beliau telah membuat pembelian yang bijak. 2tahun di Arsenal saja beliau telah mendapat gelaran juara liga dan Piala FA. Madrid segera membuat tawaran untuk Anelka dengan harga 22juta pada tahun 1999 dan Anelka yang masih budak terus bersetuju dengan tawaran berkenaan.

Sudahnya : Menjadi sampah paling mahal di Madrid sebelum berhijrah ke pelbagai kelab dan kini menemui cinta sejati di Chelsea.


5. Carlos Tevez Yang Setia



Dari Corinthians beliau ke West Ham walaupun perjanjian beliau dikatakan tidak sah. Apabila West Ham bergelut di liga, beliau mula berhijrah ke Manchester United dan mendakwa Man Utd adalah kelab terbaik dan beliau tidak akan berpaling tadah. Kemasukan Berbatov mula mengecilkan peluang Tevez menyebabkan beliau mula merajuk. Liverpool membuat tawaran tetapi Manchester City lebih cepat menyambar. Perpindahan mula menjadi kontroversi apabila City yang berbangga mula memanaskan bontot Man Utd dengan poster "Welcome To Manchester".

Sudahnya : Sekarang merajuk pula dengan City dengan alasan rindukan keluarga. Macam budak-budak. 


6. Torres ke Chelsea

 failed!

Torres yang menjadi hero pujaan The Kop mengambil tindakan mengejutkan dengan berpindah ke Chelsea. The Kop nyata tidak dapat menerima keputusan beliau kerana menyangka beliau seorang yang setia walaupun pada musim itu beliau memang bermain dengan bangsat kerana baru pulih dari cedera. Menjadi rekod perpindahan British paling mahal dengan harga 50juta pound.

Sudahnya : 1 gol dari 14 penampilan. Memang berbaloi-baloi.


7. Ronaldo akhirnya ke Madrid



Menjadi pemain kesayangan di Man Utd dengan beratus-ratus gol dan pelbagai gelaran. Ferguson yang marah dengan bidaan dari Madrid mengeluarkan ayat popular tahun tersebut "Aku tak akan menjual sebijik kuman pun kepada Madrid apatah lagi Ronaldo". Setelah bertahun-tahun Madrid cuba memancing beliau dan Ronaldo juga bermain seperti ayam pada tahun terakhirnya, akhirnya Ferguson mula pasrah dan bersetuju melepaskan Ronaldo dengan bayaran rekod dunia 80juta pound.

Sudahnya : Ini baru berbaloi-baloi. Penjaring terbanyak Liga Spain dengan 40 gol dan menang kasut emas Eropah dengan 53 gol dari 54 penampilan.


8. Cinta 3 Segi Fabregas, Arsenal, dan Barca.

selamat pulang

Dibeli dari akademi Barca pada 2003 dan pantas menjadi legenda di Arsenal. Menganggap Wenger seperti ayah tetapi tidak pernah menyembunyikan cinta beliau kepada Barca. Kecewa dalam beberapa tahun terakhir beliau di Arsenal kerana gagal mengutip sebarang trofi disebalik rakannya di Barca bosan menjulang bermacam-macam piala. Apabila Ronaldo ke Madrid, beliau mula merajuk dengan berkata "Ronaldo berpindah sebab dah menang macam-macam di United, tapi aku nak pindah sebab aku takde menang pape pun"

Sudahnya : Berjaya pulang ke pangkuan keluarga di Barca akhirnya.


9. Mata Duitan Pierre van Hooijdonk

 7000? Buekkk!!!

Berpindah dari Celtic ke Nottingham Forest kerana tidak bersetuju dengan tawaran gaji. Membantu Forest menang Championship pada 1998 dan menjadi top scorer seterusnya ditawarkan kontrak baru 7000pound seminggu. Beliau nyata berang dan berkata "Duit itu hanya cukup untuk orang takde rumah, bukan untuk player power macam aku"

Sudahnya : Tersingkir liga pada tahun seterusnya


10. Pemain Impian Dimitar Berbatov

 punca kemalasan beliau

Mencipta nama di Tottenham setelah menjadi gandingan berbisa bersama Robbie Keane. Beliau mula menjadi rebutan banyak kelab temasuk Citydan akhirnya berpindah ke Man Utd dengan nilai 30juta pound, pemain termahal United setakat ini kerana katanya "saya dah baca sejarah United, saya tak jumpa lagi sejarah City".

Sudahnya : Berjaya menyakitkan hati penyokong United dengan gaya permainan malas beliau, walaupun menjadi penjaring terbanyak liga dengan 20gol pada 2010.

sumber artikel : eurosport



Tuesday, November 9, 2010

Elok ke Susu Kacang Soya??



Semua orang suka minum soya. Ada jugak yang tak suka. Dulu aku pun tak suke gak, Tapi sejak bila entah aku mula jadi hantu nie. Sampai ke suatu ketika, aku terbaca tentang keburukan susu kacang soya nie. Terkejut beruk gak la aku, betul ke soya nie tak elok? Bio betik???

Dalam bahan2 yang aku baca, susu soya nie adalah sumber protein. Semua org tau jugak kn. Tapi jika diambil berlebihan,akan menyebabkan gout .Hoho..Soya jugak dikatakan mengandungi hormon estrogen yang boleh menyebabkan kanser payudara, prostat, ovari, melemahkan otak dan tulang. Humang aih. Selain itu, soya dikatakan mengandungi phytic yang boleh menjejaskan penyerapan khasiat magnesium, zink dan kalsium oleh badan.

Terdapat kajian saintifik daripada pakar2 tentang keburukan susu soya jgk. Kome bleh klik sini untuk maklumat lanjut. Tetapi ada pakar2 pemakanan menyatakan bahawa minum susu soya sekali sekala adalah selamat.

Tapi sampai sekarang aku tak minum susu soya dah. Ada yang cakap soya nie melemahkan sistem pembiakan lelaki dan perempuan serta mengurangkan kesuburan. Bagi aku, tak minum adalah cara yg paling selamat. Terpulang la pada kome nak minum ke idok. Aku minum susu lembu je. Dijamin lazat dan berkhasiat..

Tuesday, July 27, 2010

Moh Test Keyboard Kome!



Hari tu teman dah kabo cara2 nak cek keaslian henpon, Kali nie teman nak kabor pulak cara untuk menguji keyboard kome. Mudah je, Semudah bernafas menggunakan hidung. Sila ikuti langkah2 berikut:

1. Buka notepad kat komputer kome.
2. Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.
3. Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog”. (Ingat tombol shift kiri dan shift kanan jangan di lepas).
4. Lihat apakah tulisan yang keluar lengkap sesuai dengan kata-kata di atas atau ada huruf yang hilang.
5. Semakin banyak huruf yang tak keluar, maka semakin buruk kualiti keyboard kome.

Haa..ape he kena tulis ayat di atas tadi kan? Ape yg spesel nye? Sebab ayat di atas tadi mengandungi huruf yg biasa digunakan dan ditaip.

Power ke keyboard kome?

Saturday, June 5, 2010

Cara Nak Check Henpon Kome Ori ke Idok.


Kome rasa henpon kome tu ori? Moh le kite cek same2..

1) Masukkan kod *#06#
2) Pastu kome akan dapat serial number 15 angka, cth:123456789012345
3) Tengok dekat no ke7 dengan no ke8,

-Kalau no ke7 & 8 adalah 02 atau 20, maknanya henpon itu dipasang di emirates dan yang paling hampeh serta bad quality.

-Kalau no ke7 & 8 ialah 08 atau 80, henpon itu berasal dari Germany dan quality nya ok(biasa jek)

-Kalau no ke7 & 8 ialah 01 atau 10 maknanya henpon kome berasal dari Finland dan quality nya baik.

-Jika no nya adalah 00 maka henpon itu berasal dr kilang asal dan mempunyai quality terbaek hanya dari ladang.

-Haa..Tapi jika no nya ialah 13, cepat2 la buang sebab henpon nie diperbuat di Azerbaijan dan langsung tak berkualiti serta merbahaya kepada kesihatan.

Oppsss..Lupa pulak nak kabo, khas untuk Nokia sahaja..

So, dari mane henpon kome? (^-^)