1.Steven Gerrard ke Chelsea?
Ini kisah silam sebelum tahun hijrah dimana coach Chelsea masa tu Jose Mourinho ingin menguatkan skuad dengan menambah Kapten Fantastik Gerrard kedalam skuad Chelsea. Perpindahan hampir menjadi kenyataan apabila Gerrard telah menolak kontrak baru empat tahun dari Liverpool dengan gaji 100 000 pound seminggu pada 2005. Malangnya tak lama kemudian Gerrard mengubah fikirannya dengan menandatangani kontrak baru dengan Liverpool.
Jom ikut abang pergi Chelsea. abang boleh bagi banyak piala kat kome.
Sudahnya: Gerrard masih di Liverpool. Mourinho pula bahagia bersama-sama Madrid.
2. Perpindahan Rekod Dunia Kaka ke Manchester City
Kaka menayangkan jersi beliau setelah bersetuju untuk kekal di Milan
Ini lagi satu transfer saga yang mengegarkan dunia dan penyokong Milan. Sampai deme merayu-rayu Kaka supaya kekal di Milan. Kisah bermula apabila mata duitan Sheikh Mansour dari City cuba untuk memancing Kaka dengan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak 100juta dan gaji mingguan 500 000pound. Perpindahan ini dikatakan hampir berjaya lebih-lebih City berjaya mengejutkan dunia dengan menandatangani Robinho dari Madrid sebelumnya. Kaka yang pada mulanya berdiam diri bagaikan hampir bersetuju akhirnya menolak tawaran dari City.
Sudahnya : Kini di Madrid sebagai pemanas bontot bench Santiago Bernabeu.
3. Luis Figo menjadi Judas ke Madrid
Figo yang telah mencipta nama di Barca dan menjadi kesayangan penyokong membuat tindakan mengejutkan dengan berhijrah ke kelab musuh ketat, Real Madrid. Penyokong Barca yang marah telah membakar jersi Figo dan melemparkan kepala babi kepada beliau semasa pertemuan Barca vs Madrid pada 2002 di Camp Nou.
Sudahnya : Membuat keputusan yg tepat apabila berhijrah dengan membantu Madrid mengutip gelaran Liga Sepanyol dan menjulang Champion League pada 2001.
4. Anelka Si Budak Hingusan ke Madrid
menang bermacam-macam tidak menjadikan beliau disayangi
Apabila Wenger membeli Anelka yg masa itu berumur 17tahun dengan harga 500 000pound dari PSG, ramai yang menganggap beliau telah membuat pembelian yang bijak. 2tahun di Arsenal saja beliau telah mendapat gelaran juara liga dan Piala FA. Madrid segera membuat tawaran untuk Anelka dengan harga 22juta pada tahun 1999 dan Anelka yang masih budak terus bersetuju dengan tawaran berkenaan.
Sudahnya : Menjadi sampah paling mahal di Madrid sebelum berhijrah ke pelbagai kelab dan kini menemui cinta sejati di Chelsea.
5. Carlos Tevez Yang Setia
Dari Corinthians beliau ke West Ham walaupun perjanjian beliau dikatakan tidak sah. Apabila West Ham bergelut di liga, beliau mula berhijrah ke Manchester United dan mendakwa Man Utd adalah kelab terbaik dan beliau tidak akan berpaling tadah. Kemasukan Berbatov mula mengecilkan peluang Tevez menyebabkan beliau mula merajuk. Liverpool membuat tawaran tetapi Manchester City lebih cepat menyambar. Perpindahan mula menjadi kontroversi apabila City yang berbangga mula memanaskan bontot Man Utd dengan poster "Welcome To Manchester".
Sudahnya : Sekarang merajuk pula dengan City dengan alasan rindukan keluarga. Macam budak-budak.
6. Torres ke Chelsea
failed!
Torres yang menjadi hero pujaan The Kop mengambil tindakan mengejutkan dengan berpindah ke Chelsea. The Kop nyata tidak dapat menerima keputusan beliau kerana menyangka beliau seorang yang setia walaupun pada musim itu beliau memang bermain dengan bangsat kerana baru pulih dari cedera. Menjadi rekod perpindahan British paling mahal dengan harga 50juta pound.
Sudahnya : 1 gol dari 14 penampilan. Memang berbaloi-baloi.
7. Ronaldo akhirnya ke Madrid
Menjadi pemain kesayangan di Man Utd dengan beratus-ratus gol dan pelbagai gelaran. Ferguson yang marah dengan bidaan dari Madrid mengeluarkan ayat popular tahun tersebut "Aku tak akan menjual sebijik kuman pun kepada Madrid apatah lagi Ronaldo". Setelah bertahun-tahun Madrid cuba memancing beliau dan Ronaldo juga bermain seperti ayam pada tahun terakhirnya, akhirnya Ferguson mula pasrah dan bersetuju melepaskan Ronaldo dengan bayaran rekod dunia 80juta pound.
Sudahnya : Ini baru berbaloi-baloi. Penjaring terbanyak Liga Spain dengan 40 gol dan menang kasut emas Eropah dengan 53 gol dari 54 penampilan.
8. Cinta 3 Segi Fabregas, Arsenal, dan Barca.
selamat pulang
Dibeli dari akademi Barca pada 2003 dan pantas menjadi legenda di Arsenal. Menganggap Wenger seperti ayah tetapi tidak pernah menyembunyikan cinta beliau kepada Barca. Kecewa dalam beberapa tahun terakhir beliau di Arsenal kerana gagal mengutip sebarang trofi disebalik rakannya di Barca bosan menjulang bermacam-macam piala. Apabila Ronaldo ke Madrid, beliau mula merajuk dengan berkata "Ronaldo berpindah sebab dah menang macam-macam di United, tapi aku nak pindah sebab aku takde menang pape pun"
Sudahnya : Berjaya pulang ke pangkuan keluarga di Barca akhirnya.
9. Mata Duitan Pierre van Hooijdonk
7000? Buekkk!!!
Berpindah dari Celtic ke Nottingham Forest kerana tidak bersetuju dengan tawaran gaji. Membantu Forest menang Championship pada 1998 dan menjadi top scorer seterusnya ditawarkan kontrak baru 7000pound seminggu. Beliau nyata berang dan berkata "Duit itu hanya cukup untuk orang takde rumah, bukan untuk player power macam aku"
Sudahnya : Tersingkir liga pada tahun seterusnya
10. Pemain Impian Dimitar Berbatov
punca kemalasan beliau
Mencipta nama di Tottenham setelah menjadi gandingan berbisa bersama Robbie Keane. Beliau mula menjadi rebutan banyak kelab temasuk Citydan akhirnya berpindah ke Man Utd dengan nilai 30juta pound, pemain termahal United setakat ini kerana katanya "saya dah baca sejarah United, saya tak jumpa lagi sejarah City".
Sudahnya : Berjaya menyakitkan hati penyokong United dengan gaya permainan malas beliau, walaupun menjadi penjaring terbanyak liga dengan 20gol pada 2010.
sumber artikel : eurosport
No comments:
Post a Comment