klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Friday, August 12, 2011

Mimpi Jadi Kenyataan

Seperti kebiasaan selepas sahur aku akan berangan-angan sebelum tertido. Orang cakap tido masa bulan puasa pun dapat pahala. Jadi aku sedaya upaya cuba untuk menambahkan ibadah tido aku kerana nak harapkan ibadah yang lain amatlah sukar sekali. Setelah Liyana Jaymay dan Juliana Evans berebut untuk masuk ke dalam mimpi aku, maka aku pun tertidur la.

Dalam mimpi aku, aku bermimpi menjadi jejaka idaman universiti. Mempunyai seorang awek persis Acha Septriasa cukup untuk membuatkan aku dicemburui gadis lain. Bagi jejaka pulak, aku yang memandu sebuah Ferrari Enzo cukup untuk membuat mereka panas. Yaa..Ferarri Enzo tuan-tuan sekalian, walaupun dalam mimpi tapi perasaannya indah sekali.

Aku terbangun dalam pukul 10 pagi camtu la sambil tersenyum mengenangkan Ferrari Enzo tadi. Tiba-tiba telefonku berbunyi...

"Hello ini encik Haadziq ke?" terdengar suara seorang perempuan di talian.

"Yee saya.."

"Saya Ida. Encik ada masuk laman web Peugeot ke baru-baru nie? untuk uji kereta 308 turbo?" tanya beliau. Aku sudah mula berdebar-debar.

"Yee ada.." Dup Dap Dup Dap..

"Baik kami ada di Ipoh sekarang nie, jika encik free encik boleh datang bila-bila masa saja untuk sesi pandu uji. Thanks.."

Mimpi Enzo dapat Peugeot 308 Turbo. Jadilah..Untuk kome yang nak test drive macam aku, boleh masuk kat laman web ini.

Aku nak bersiap sekarang. Bye..

tiba-tiba aku rasa kereta nie lawa..

No comments: