klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, August 11, 2011

tanda-tanda PC anda diserang virusul

Virusul adalah bahasa ciptaan aku yang bermaksud virus/malware/trojan dan yang sama waktu dengannya. Dengan kebolehan yang ada pada aku, ingin aku berkongsi tentang tanda-tanda komputer kome diancam oleh keancaman ini.

virusul dan konco-konconya

1. Komputer kome bercakap dengan kome.

Jangan takut kanak-kanak sekalian. Tidaklah bermaksud bahawa komputer ini tiba-tiba mengucapkan "hai" kepada anda di saat anda sedang asyik bermain game, tetapi muncul 'pop-up'  seperti iklan pada window komputer kome. Lebih menghairankan lagi bahawa beliau asyik berlari-lari di windows kome bagaikan tidak berpuasa. Inilah tanda kewujudan virusul Rogueware.

2. Komputer Bergerak Lambat

Jika tiba-tiba kome mendapati bahawa komputer kome sangat lembab dan menyakitkan hati, itulah tanda bahawa virusul sudah menyerang masuk. Ini kerana organisma jahat ini berperanan menyerap kekuatan dan kelajuan komputer kome. Tetapi jika kome masih menggunakan perisian intel pentium, windows 2000 dengan RAM 512mb, anda dinasihatkan mengabaikan mesej diatas.

3. Internet Berubah Menjadi Siput Babi

Ini satu lagi peringatan serius. Jika kelajuan internet kome seperti siput khinzir walaupun kome memakai unifi, itulah juga tanda-tanda kejadian. Organisma terkutuk bernama Malware sangat suka menggunakan internet untuk kepentingan peribadi dan mengabaikan hak anda yang membayar bil setiap bulan. Lebih kurang macam parasit laa..

4. Ada File Yang Hilang Atau Korup

Ini dah macam tanda-tanda akhir kiamat. Cacing (Worm) ini sangat pintar sehingga mampu untuk menghapuskan file dalam simpanan anda. Jika sudah sampai ke peringkat ini, segeralah bertaubat.

5. Antivirus hilang dan Firewall Tidak Aktif

Virusul bertahap jeneral mampu untuk menghilangkan dan mematikan antivirus anda. Pastikan antivirus anda diupdate selalu.

6. Komputer Dengan Bahasa Uganda

Jika anda tidak mengetahui bahasa apa yang terpapar di komputer anda, faham-faham sajalah. Jika anda masih memahami bahasa yang dipaparkan seperti bahasa papua new guinea, jangan pula berasa gembira dan melakukan sujud syukur kerana ia tetap membawa maksud yang sama : Virusul.

7. Komputer Menjadi Gila

Hal ini banyak terjadi. Tiba-tiba komputer anda menghantar emel kepada kawan-kawan dan anda dimaki oleh mereka tanpa anda mengetahui puncanya. Jangan menangis apabila dimarahi sebegitu rupa tetapi alihkan kemarahan anda pada komputer anda. Jangan menghantar komputer anda ke Hospital Bahagia walaupun beliau sudah gila, tetapi scan lah komputer anda dengan perisian anti-virusul terkini.

No comments: