klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Friday, November 26, 2010

exam+balik kampung=cepat la!

mood exam nie menyebabkan semangat menulis aku dah hilang sekejap. takkan la aku nk cite pasal operation management, underwriting, fiqh muamalat, bla3...nanti kome tak paham pulak kan..aku yg menulis nie pun tak paham ape yg aku tulis sekarang nie. begitu hebat sekali penangan exam dlm kehidupan aku. sungguh menakutkan.

semalam 25nov 2010 sejarah baru negara telah tercipta. skuad hoki malaysia melangkah ke final sukan asia bertemu jaguh asia, pakistan. bleh tahan, laju dan pantas di samping aksi menggelecek yg menghiburkan. tapi sedikit hairan kerana 3 pukulan sudut penalti malaysia gagal dimanfaatkan dgn baik oleh pemain. padahal masa lawan india dulu xnk kencang macam kamehameha pulak. yg penting malaysia tetap menang gaya. nazar lepas sampai ke final kot..



tinggal kenangan..

terima kasih kpd rumah sebelah kerana sudi menaja penyiaran dan makan minum kami sepanjang siaran langsung hoki. cucur yg kome buat memang sedap!

Monday, November 15, 2010

aku abang yg baik

masuk hari nie,dah 3hari mak aku bersiar2 kt indon..anak2 dia tinggal kt umah..sebagai abg yg baik dan mulia,aku menggantikan tugas mak aku sebagai surirumah sepenuh masa..hasilnya,3hari berturut2 aku masakkan dorg nasi goreng ala gustavo..

adik2 ku,aku tau kome bangga ada abg macam aku...

Tuesday, November 9, 2010

Elok ke Susu Kacang Soya??



Semua orang suka minum soya. Ada jugak yang tak suka. Dulu aku pun tak suke gak, Tapi sejak bila entah aku mula jadi hantu nie. Sampai ke suatu ketika, aku terbaca tentang keburukan susu kacang soya nie. Terkejut beruk gak la aku, betul ke soya nie tak elok? Bio betik???

Dalam bahan2 yang aku baca, susu soya nie adalah sumber protein. Semua org tau jugak kn. Tapi jika diambil berlebihan,akan menyebabkan gout .Hoho..Soya jugak dikatakan mengandungi hormon estrogen yang boleh menyebabkan kanser payudara, prostat, ovari, melemahkan otak dan tulang. Humang aih. Selain itu, soya dikatakan mengandungi phytic yang boleh menjejaskan penyerapan khasiat magnesium, zink dan kalsium oleh badan.

Terdapat kajian saintifik daripada pakar2 tentang keburukan susu soya jgk. Kome bleh klik sini untuk maklumat lanjut. Tetapi ada pakar2 pemakanan menyatakan bahawa minum susu soya sekali sekala adalah selamat.

Tapi sampai sekarang aku tak minum susu soya dah. Ada yang cakap soya nie melemahkan sistem pembiakan lelaki dan perempuan serta mengurangkan kesuburan. Bagi aku, tak minum adalah cara yg paling selamat. Terpulang la pada kome nak minum ke idok. Aku minum susu lembu je. Dijamin lazat dan berkhasiat..