klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Gambar Proton Baru?



Sumber gambo facebook dan funtaticko design.

Susah jadi orang berkerjaya nie. Sudah ada bini baru masih nak yang lain. Nasib baik gaji aku kecik

Thursday, September 1, 2011

Duit Raya #2

Disebabkan tahun nie aku tak dapat nak bagi duit raya, nampaknya aku terpaksa la tebalkan muka dari meminta duit raya daripada makcik2 dan pakcik sekalian.

Tapi kenapa deme bagi jugak duit raya kat aku? adakah muka aku terlalu keanak-anakkan? Aku rasa aku takde buat2 muka comel sepanjang hari raya.


dengan duit raya yg ada gua berjaya angkat sebuah kelisa turbo

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin =)

Friday, August 19, 2011

Cuci Kereta Paling Mahal Di Dunia

Masa masa aku belajar kat Nilai dulu, cuci kereta cuma RM 8. Dekat Ipoh nie ada RM 3 punya. Tak caye? Kome pergi kat Jalan Kampar. Tapi tahukah kome berapa ringgit kalau nak cuci kereta kat sini? 12000pound beb. Nak cuci kereta tapi harga cuci lagi mahal dari harga kereta. Maksud aku kereta Viva aku la.


Ape yang best cuci kereta kat sini? Di sini mengamalkan cara komputer untuk mencuci segala kekotoran. Maknanya sekecik-kecik kuman yang mengotorkan kereta pun deme boleh cuci tanpa ada masalah. Deme juga menggunakan syampu yang termahal dan juga wax yang terbaik. Jadi kereta kome boleh tahan berkilat lebih lama berbanding kereta jiran sebelah.


Sape yang rajin cuci kereta kat sini? Kalau dilihat dari senarai gambar, sudah tentu la terdiri daripada mereka yang tak tau mana lagi nak habiskan duit yang beriban-riban seperti selebriti dan pemain bola. Tidak terdapat laporan lagi yang pekerja Majlis Perbandaran London turut menghantar kereta mereka ke sini.
Apa yang menjadi masalah di sini ialah kebanyakan orang yg menghantar kereta mereka berasa sayang untuk memandu pulang kerana taknak mengotorkan kereta mereka. Macam-macam hal...




Friday, August 12, 2011

Mimpi Jadi Kenyataan

Seperti kebiasaan selepas sahur aku akan berangan-angan sebelum tertido. Orang cakap tido masa bulan puasa pun dapat pahala. Jadi aku sedaya upaya cuba untuk menambahkan ibadah tido aku kerana nak harapkan ibadah yang lain amatlah sukar sekali. Setelah Liyana Jaymay dan Juliana Evans berebut untuk masuk ke dalam mimpi aku, maka aku pun tertidur la.

Dalam mimpi aku, aku bermimpi menjadi jejaka idaman universiti. Mempunyai seorang awek persis Acha Septriasa cukup untuk membuatkan aku dicemburui gadis lain. Bagi jejaka pulak, aku yang memandu sebuah Ferrari Enzo cukup untuk membuat mereka panas. Yaa..Ferarri Enzo tuan-tuan sekalian, walaupun dalam mimpi tapi perasaannya indah sekali.

Aku terbangun dalam pukul 10 pagi camtu la sambil tersenyum mengenangkan Ferrari Enzo tadi. Tiba-tiba telefonku berbunyi...

"Hello ini encik Haadziq ke?" terdengar suara seorang perempuan di talian.

"Yee saya.."

"Saya Ida. Encik ada masuk laman web Peugeot ke baru-baru nie? untuk uji kereta 308 turbo?" tanya beliau. Aku sudah mula berdebar-debar.

"Yee ada.." Dup Dap Dup Dap..

"Baik kami ada di Ipoh sekarang nie, jika encik free encik boleh datang bila-bila masa saja untuk sesi pandu uji. Thanks.."

Mimpi Enzo dapat Peugeot 308 Turbo. Jadilah..Untuk kome yang nak test drive macam aku, boleh masuk kat laman web ini.

Aku nak bersiap sekarang. Bye..

tiba-tiba aku rasa kereta nie lawa..

Thursday, December 23, 2010

Festival Proton



Pada 18 hingga 31 Disember nie,Proton akan mengadakan siri roadshow ulangtahun mereka yg ke 25. destinasi pertama mereka ialah negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak. negeri emas takde kan?so perak la yg paling kaya. Aku pun kebetulan terlalu kat tempat kejadian pada masa itu dan tanpa melepaskan peluang aku pun menjenguk la sekejap..

Banyak info-info dan kereta2 menarik yg dipamerkan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Antaranya siri pahlawan seperti yang pernah aku tulis pada entri proton tuah. tapi yang dipamerkan pada roadshow ipoh cuma jebat dan lekir.


dulu tengok kat paper,sekarang aku yg ambik gambo dia

selain itu proton turut memperkenalkan kereta2 lain yg bagi aku serupa macam kereta konsep gk,tapi takde maklumat terperinci yg diberikan oleh pihak proton.


sehijau gaban...


dia pakai tayar kubota agaknya


pemenang anugerah kereta paling hensem

antara kereta-kereta lain yg dipamerkan...


proton EMAS


proton satria neo lotus limited edition

aku betul2 teransang masa tengok semua kereta hari tu.maafkan aku...

Friday, December 3, 2010

proton tuah



mungkin ramai yg tahu(ataupun tak tau) yg sekarang nie berlangsung kuala lumpur international motorshow (KLIMS 2010) bermula 3-12 disember 2010. antara pengeluar kereta yg mengambil bahagian sudah semestinya company kesayangan rakyat marhaen, PROTON. selepas mengganas dgn proton inspira, kini proton mula mengeluarkan aura terhebat dgn memperkenalkan koleksi pahlawan, diispirasikan daripada pahalawan melayu zaman melaka. ada tuah,jebat, kasturi, lekir, dan lekiu. cair mata aku tgk kereta2 proton nie. rasa macam nak makan piza.

tulis banyak pun tak guna. lu org tgk la sendiri..







gambar2 daripada paultan.org. kalau kome nak tgk model2 proton yg lain, boleh terjah laman web nie. ataupun kome boleh pergi siap2 skg, pergi KLIMS.