klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label ape yg aku merepek nie. Show all posts
Showing posts with label ape yg aku merepek nie. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Fakta Menguap

Tahukah kome menguap sebenarnya boleh berjangkit. Tak caye? Boleh try menguap tengok mesti member sebelah pun menguap jugak. Kajian menunjukkan 55% orang akan menguap selepas kawannya menguap.

Tahukah kome mendengar ceramah juga boleh mengakibatkan menguap tahap dewa laut? Masih belum ada kajian yang dibuat mengapa hal ini berlaku..

huargghhhhhh~

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H

Bila dah semakin tua nie, raya pun rasa tak semangat jek. Tak kira la raya puasa ataupun raya haji. Raya haji tahun ini dicemari dengan insiden yang amat membosankan dan boleh membuat daku berasa menyesal.

Selepas sembahyang raya, biasalah balik rumah dulu tukar baju sebab ada upacara pengorbanan dikalangan lembu-lembu sedunia. Tapi taktau la jeneral setan yang mana suruh aku baring-baring kejap. Ntah hapa yang penat pun taktau la. Rasanya aku takde berlari-lari anak semalam. Cadangnya nak baring dalam 15 minit gitu la, sudahnya pukul 12.30 baru aku bangun.


maafkan daku wahai lembu. tak dapat kita berjumpa tahun nie.


Thursday, October 20, 2011

Aku dan Wawasan 2020


Masa Dr Mahathir mula-mula memperkenalkan Wawasan 2020, aku telah membayangkan yang pada masa itu Malaysia akan berkembang maju. Ada kereta terbang bersimpang siur dan pakaian yang aneh-aneh belaka mula dipakai. Jadi aku sangat menunggu tahun 2020.

Kemudian aku tengok cerita "Back to The Future" yang femes masa zaman 80an dan 90an. Cerita tu buat kalau tak salah aku tahun 80an dan menunjukkan yang Marty pergi ke masa depan (tahun 2015) dan ditunjukkan pada zaman itu kereta terbang dan manusia berpakaian aneh sudah wujud.

Persoalan aku ialah :

1. Sekarang sudah hampir masuk 2012, tapi aku tak pernah nampak lagi kereta terbang.

2. Agak-agak sempat ke ada kereta terbang tahun 2015 nanti? ke memang sekadar angan-angan dan imaginasi sahaja.

3. Kenapa Mahathir pilih tahun 2020? Kalau macam aku jadi dia, mesti aku amek tahun di mana aku sempat menyaksikan segala wawasan aku tercapai. Contohnya sekarang aku 23 tahun, aku nak tengok Malaysia maju tahun 2050. Masa tu umur aku 62. Logik kan?

Kereta DeLorean memang rare.