klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Saturday, July 9, 2011

superhero yang pupus

zaman 90an memang bes dan banyak kenangan. cerita2 kartun sangat diminati oleh golongan2 pada masa itu. pada zaman itu, kartun disiarkan dari jam 5.30 ptg sampai 7 malam. hari minggu pulak dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari. ada banyak superhero pada zaman itu yang sudah pupus dan mungkin tidak dikenali oleh kanak2 sekarang. haa..nie teman la yg nak kabor cikit kat mike..

1. Big Bad Bettleborg



antara superhero yg paling bangang pernah aku tgk tapi xtau kenapa aku boleh melekat tengok cite nie petang2. cite penuh aku x ingat, tapi lagu dia aku ingat sampai sekarang. hahaha...





2. Superhuman Samurai



nie lagi satu cite superhero bangang dengan lagu yg masih menghantui aku sampai sekarang. apekemende cite masuk dalam komputer lawan dgn virus ntahapahape. tapi aku masih melekat depan tv. ape kena dengan aku masa kecik2 dulu??



hero kegilaan gadis2 bawah umur..

3. VR Troopers



yang nie muncul semasa semua budak2 teringin nak jadi power rangers. nak jadi bill, jackie, kimberly..cite macam biasa, takde pun robot2 gergasi yang cuba memecahkan perpaduan. cite nie tak banyak efek pun kt kanak2 seperti power rangers. hasil yg gagal..



kami sempoi tau?? tau ke idok??

Tuesday, July 5, 2011

hikayat sang kancil dan buaya

pada zaman dahulu, semasa aku masih muda remaja dalam tahun 90an, tv pendidikan dan sesame street dalam bahasa melayu adalah hiburan aku. kome mesti ingat lagi kan tv pendidikan pernah menayangkan kartun animasi pendek bertajuk "sang kancil dan buaya". aku cuba2 jgk la cari kat youtube dan aku jumpa..hip hip hurey!




best kan? adakah kartun ini menggamit kembali kenangan lama anda seperti saya? =)

Thursday, June 30, 2011

sindrom baju kuning

semua orang tua perhimpunan BERSIH 2.0 akan berlangsung minggu depan (insyaALLAH). nampak gayanya pihak polis dan kerajaan sungguh takut dengan perhimpunan ini sehingga munculnya "sindrom baju kuning" di kalangan mereka.

paling terkini, ahli parlimen gopeng Dr. Lee Boon Chye telah ditahan polis di pasar pagi kerana memakai "pakaian kuning" dan dilihat beramah mesra dengan pengunjung pasar berkenaan.

neraka apa ini????



“Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,”


penyokong perak, sila pakai baju putih ke stadium..arahan polis..

Wednesday, June 8, 2011

iklan syampu yang diharamkan di Malaysia

kome suka bersyampu? suka main buih? iklan ini bakal mengubah persepsi anda kepada produk harian yang bernama syampu...



bagaimana? masih mahu memiliki sunsilk??haha..mungkin ada antara kome pernah tengok kan,kat simpanan aku pun dah lama. baru je lepas tengok balik pastu rasa mcm nak kongsi..=)

p/s : aku tergoda..aku tergoda terkecewa...

Sunday, May 8, 2011

Kawan Yang Baik

Yitzak Rabin merupakan perdana menteri Israel yang berkuasa pada tahun 90an sebelum zaman Benjamin Netanyahu, Ehud Barak, dan Ariel Sharon. beliau telah ditembak mati oleh Yigal Amir, seorang pelajar undang-undang Universiti Tel Aviv pada tahun 1995.



Yigal Amir the hero

Yigal Amir mempunyai seorang teman wanita yang bernama Margalit Har-Shefi, juga pelajar undang-undang seperti Yigal. Margalit telah membantu membelikan peluru dan pistol untuk kegunaan Yigal Amir dalam konspirasi pembunuhan Yitzak Rabin.

Apabila Margalit ditangkap dan disoal siasat oleh MOSSAD, dia ditanya adakah dia tahu pistol dan peluru tersebut akan digunakan untuk membunuh Yitzak Rabin? Margalit menjawab dia tahu kerana Yigal Amir sudah memberitahunya. Margalit ditanya lagi, kalau dia sudah mengetahui senjata itu akan digunakan untuk membunuh Yitzak Rabin, kenapa dia tidak mengelak untuk membeli pistol tersebut dan melaporkannya kepada pihak berkuasa? Margalit secara selamba dan bersahaja telah menjawab..



" siapa sangka Amir seorang pemuda yang masih menuntut itu hendak membunuh Perdana Menteri Israel? lagipun semua orang tahu Perdana Menteri Israel mempunyai kawalan paling ketat didunia melebihi kawalan Presiden Amerika. saya sangka Amir hanya bergurau dan main-main".

Kerana jawapan "saya sangka Amir hanya bergurau dan main-main" menyebabkan Margalit terlepas daripada hukuman mati dan diberi jaminan untuk berkelakuan baik. Manakala sudah tentu Yigal Amir dihukum mati oleh pemerintah Isael.





p/s : sumpah aku betul2 salut dengan kebendulan makwe Yigal Amir nie.

Saturday, May 7, 2011

mari belajar sejarah filipina



budak nie memang hensem dan bijaksana..can i slap u very fast??

Monday, May 2, 2011

Pembedahan Paling Bahaya Didunia 2

Setelah lebih kurang 5 tahun motor kesayangan aku menabur khidmat bakti, aku mula merasakan yang beliau semakin uzur dan kurang berkuasa. perjalanan aku ke tempat kerja pada waktu pagi sering diganggu oleh jentera2 lain yang ganas dan bajet laju. Aku sudah mula merasa mahu menukar bini baru.

Luahan hati aku nie didengari oleh seorang kawan bernama Khairul Amin. Beliau mengoffer khidmat bakti beliau untuk menukar bini kesayangan aku menjadi dara. Tanpa melengahkan masa pembedahan ke atas beliau terus dijalankan..



sedih melihat beliau dibogelkan..

Oh ya, apa yang Khairul Amin cuba lakukan? Beliau ingin menukar biniku menjadi muda dengan cara menambah kuasa semaksimum mungkin. Pertamanya overhaul, menukar blok racing 53mm, buat kawah pada piston, tukar camshaft dan bearing dan macam2 lagi istilah permotoran yang tak pernah aku dengari. Cuma karburetor dan ekzos je yang tak usik sebab bajet lari. Hehe.


dah siap bukak. nampak seksi...




blok lama. saiz kecik + tak power. terima kasih atas khidmat bakti anda..


kawah piston dengan camshaft yang dah potong..auummm..

Sekarang bini aku dah siap. Kelajuan beliau memang mengagumkan. Tak sabar nak tunggu beliau habis pantang..Huhu

p/s : Nak tengok gambar seksi terbaru beliau? Jangan harap. Sama je macam yang dulu. Kome bace je entri nie.