klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, May 8, 2011

Kawan Yang Baik

Yitzak Rabin merupakan perdana menteri Israel yang berkuasa pada tahun 90an sebelum zaman Benjamin Netanyahu, Ehud Barak, dan Ariel Sharon. beliau telah ditembak mati oleh Yigal Amir, seorang pelajar undang-undang Universiti Tel Aviv pada tahun 1995.



Yigal Amir the hero

Yigal Amir mempunyai seorang teman wanita yang bernama Margalit Har-Shefi, juga pelajar undang-undang seperti Yigal. Margalit telah membantu membelikan peluru dan pistol untuk kegunaan Yigal Amir dalam konspirasi pembunuhan Yitzak Rabin.

Apabila Margalit ditangkap dan disoal siasat oleh MOSSAD, dia ditanya adakah dia tahu pistol dan peluru tersebut akan digunakan untuk membunuh Yitzak Rabin? Margalit menjawab dia tahu kerana Yigal Amir sudah memberitahunya. Margalit ditanya lagi, kalau dia sudah mengetahui senjata itu akan digunakan untuk membunuh Yitzak Rabin, kenapa dia tidak mengelak untuk membeli pistol tersebut dan melaporkannya kepada pihak berkuasa? Margalit secara selamba dan bersahaja telah menjawab..



" siapa sangka Amir seorang pemuda yang masih menuntut itu hendak membunuh Perdana Menteri Israel? lagipun semua orang tahu Perdana Menteri Israel mempunyai kawalan paling ketat didunia melebihi kawalan Presiden Amerika. saya sangka Amir hanya bergurau dan main-main".

Kerana jawapan "saya sangka Amir hanya bergurau dan main-main" menyebabkan Margalit terlepas daripada hukuman mati dan diberi jaminan untuk berkelakuan baik. Manakala sudah tentu Yigal Amir dihukum mati oleh pemerintah Isael.





p/s : sumpah aku betul2 salut dengan kebendulan makwe Yigal Amir nie.

No comments: