Showing posts with label malaysia oh malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia oh malaysia. Show all posts
Sunday, March 4, 2012
Monday, December 26, 2011
PERKASA Bantah Penggunaan Dakwat Kekal
Episod bangang bajet Perkasa berterusan apabila tindakan mereka membantah penggunaan dakwat kekal untuk pilihanraya umum akan datang. Kata Syed Hasan Ali iaitu setiausaha Perkosa eh Perkasa menyatakan bahawa "penggunaan dakwat kekal itu membawa negara ke belakang" dan percaya bahawa "ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dlm PRU”
Jawapan aku :
Bodoh dan bangang. Pembangunan negara diukur dari segi dakwat ke? Berbanding sistem biometrik yang boleh dimanipulasi, penggunaan dakwat kekal terbukti dapat menghalang pengundian berulang. Malah dengan kos lebih murah. Baik guna benda murah yang terbukti berkesan dari benda mahal yang tak kompem jadi ke tak. Tolong jangan jadi bangang.
Melayu taknak keluar mengundi? Kenapa pulak? Dakwat tu ada najis ke hapa. Negara-negara Islam yang lain dah banyak pakai la beb. Bangang melantun.
Kata Perkasa lagi...
"Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal ini adalah dari pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ini cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi, mereka usahakan juga gesaan”.
Jawapan aku :
Ini sesungguhnya memang takde point lain dah nak bangkang. Sikit-sikit dengan alsan melayu, alasan Islam. Kemon la beb, orang lain berani nak berubah mengapa kita taknak? Bagi aku selagi benda nie tak haram, apa salahnya cuba. Kalau dah betul tak berkesan jangan buang dah. Orang Bota cakap try and error.
Al-mangkuki....
yeaaahhhh!!!
Sunday, November 27, 2011
7 Minit Yang Menyakitkan Hati
Kalah 3-2 lepas leading 2-0 memang aku tak boleh terima. Lagi aku tak boleh selang gol yang terlalu pantas. Paling tak logik sekali kita lawan dengan 10 orang woi.
Kamilah bintang..eh kamilah 3 sekawan pahlawan pedang impian..
Friday, September 9, 2011
Terima Kasih Kerajaan Untuk Cukai Topup
Rasanya ramai yang dah tau kot, bermula 15 September ini cukai perkhidmatan untuk topup telefon akan dikenakan sebanyak 6%. Bermakna topup RM 10 akan jadi RM 10.60.
Sebagai rakyat 1 Malaysia yang prihatin aku ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kerajaan untuk cukai yang bakal dikenakan. Yela, rakyat Malaysia kan semua bergaji tinggi, semua gaji atas RM 3000. Kalau setakat 6% cukai takda hal la. Makanan naik harga, minyak naik la macam mana pun kami rakyat marhaen yang kaya takda hal. Gaji kami rakyat marhaen sama je macam gaji menteri2 sekalian.
Harap2 malam nie dapat mimpi gaji naik lagi. Harga minyak naik lagi pun ok. Aku suka.
Thursday, June 30, 2011
sindrom baju kuning
semua orang tua perhimpunan BERSIH 2.0 akan berlangsung minggu depan (insyaALLAH). nampak gayanya pihak polis dan kerajaan sungguh takut dengan perhimpunan ini sehingga munculnya "sindrom baju kuning" di kalangan mereka.
paling terkini, ahli parlimen gopeng Dr. Lee Boon Chye telah ditahan polis di pasar pagi kerana memakai "pakaian kuning" dan dilihat beramah mesra dengan pengunjung pasar berkenaan.
neraka apa ini????

“Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,”
penyokong perak, sila pakai baju putih ke stadium..arahan polis..
paling terkini, ahli parlimen gopeng Dr. Lee Boon Chye telah ditahan polis di pasar pagi kerana memakai "pakaian kuning" dan dilihat beramah mesra dengan pengunjung pasar berkenaan.
neraka apa ini????

“Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,”
penyokong perak, sila pakai baju putih ke stadium..arahan polis..
Subscribe to:
Posts (Atom)



