klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label bini. Show all posts
Showing posts with label bini. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Selamat Pengantin Baru Kepada Aku...

Merujuk kepada entri sebelum-sebelum ini iaitu memilih bini baru, akhirnya semalam aku dan dia sudah selamat diijab kabulkan. Kepada gadis-gadis, perkenalkan bini baru daku, iaitu Modenas Dinamik.



Ok ada beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa aku memilih beliau. Ada yang kata beliau tak laju, tak cantik dan berbagai lagi cacian. Disini aku ingin menyenaraikan 3 sebab utama aku memilih dia.

1. Sebab dia rare
2. Sebab dia rare
3. Sebab dia rare.

Benarlah kata orang cinta itu buta....

Friday, December 16, 2011

Memilih Bini Baru

Orang cakap nak bina masjid nie memang banyak dugaan. Dugaan dan cabaran yang paling beso untuk aku mestilah memiliki kewangan yang kukuh dan stabil. Alhamdulillah aku dapat bonus 2 bulan gaji. Terkejut gak. Aku masih lagi tersenyum sampai sekarang. Masa kome baca nie pun aku tengah senyum lagi. Siyes tak tipu.

Apa yang kita nak buat dengan duit banyak-banyak nie? Kahwin la apa lagi. Aku sebenarnya menghadapi dilema dalam memilih dua calon yang sesuai. Harap keme-keme sekalian boleh membantu teman menyelesaikan masalah ini.

Calon 1 : Modenas GT 128

gambo pinjam dari google. 

Kelebihan :
1) Motor baru. Enjin insyaAllah tiada masalah.
2) Laju. Top speed boleh lawan LC ( deme yang kabo)
3) Lawa. Lawa kot. Sapa cakap tak lawa dia gila.
4) Bukan dalam kategori motor panas. 

Keburukan :
1) Rasanya tak mampu nak beli cash. Kena hutang kot.


Calon 2 : Yamaha SS Two 110

juga ihsan google

Kelebihan :
1) Murah gila. Boleh bayar cash sambil korek hidung.
2) Bunyi ekzos dia paling sedap dan seksi.
3) Bentuk dia klasik tapi nampak gagah. Macam Aaron Aziz.
4) Laju jugak.

Keburukan : 
1) Motor lama. Kena pandai cari yang betul-betul elok.
2) Pakai 2T. Orang kaya je pakai 2T nie.
3) Agak-agak bawak Ipoh-Lenggong selamat tak?

Kome rasa mana yang sesuai jadi bini aku?

p/s : jangan bagi cadangan suruh angkat kereta. Aku masih sayangkan Kelisa Turbo aku.

Monday, May 2, 2011

Pembedahan Paling Bahaya Didunia 2

Setelah lebih kurang 5 tahun motor kesayangan aku menabur khidmat bakti, aku mula merasakan yang beliau semakin uzur dan kurang berkuasa. perjalanan aku ke tempat kerja pada waktu pagi sering diganggu oleh jentera2 lain yang ganas dan bajet laju. Aku sudah mula merasa mahu menukar bini baru.

Luahan hati aku nie didengari oleh seorang kawan bernama Khairul Amin. Beliau mengoffer khidmat bakti beliau untuk menukar bini kesayangan aku menjadi dara. Tanpa melengahkan masa pembedahan ke atas beliau terus dijalankan..



sedih melihat beliau dibogelkan..

Oh ya, apa yang Khairul Amin cuba lakukan? Beliau ingin menukar biniku menjadi muda dengan cara menambah kuasa semaksimum mungkin. Pertamanya overhaul, menukar blok racing 53mm, buat kawah pada piston, tukar camshaft dan bearing dan macam2 lagi istilah permotoran yang tak pernah aku dengari. Cuma karburetor dan ekzos je yang tak usik sebab bajet lari. Hehe.


dah siap bukak. nampak seksi...




blok lama. saiz kecik + tak power. terima kasih atas khidmat bakti anda..


kawah piston dengan camshaft yang dah potong..auummm..

Sekarang bini aku dah siap. Kelajuan beliau memang mengagumkan. Tak sabar nak tunggu beliau habis pantang..Huhu

p/s : Nak tengok gambar seksi terbaru beliau? Jangan harap. Sama je macam yang dulu. Kome bace je entri nie.

Thursday, September 2, 2010

aku nak sedey2 sikit..

ini bkn sajak atau syair ye,harap maklum..

30 Jun 2007..kali pertama kami bertemu
aku jatuh cinta padanya slps 2x pandang..
sekali lafaz je dia terus jd milik aku
rm3300..xmahal kn?

3tahun kami bersama
dah mcm2 yg kami tempuhi..
baru 2minggu bersama aku da eksiden da
punye la ganaz,langgar divider jalan..
nasib bek dia xda pape,calar2 ckt jek

kemalangan paling ngeri menimpa kami di padang futsal usim
sampai bengkok fork depan bini gua
jari gua dpt 5jahitan, 1st time dlm idop gua
yg klakar walaupun bini da jahanam,gigih lg pg tgk champion league
hahaha

member2 pn pnh dajalkan bini teman
xpe,dorang xsengaja..
nak luruh gk la jantung aku bila dgr cite
abis hancur dpn bini teman sbb org langgar
nasib bek dia sudi ganti
huhu

yg paling best dan aku bangga
3tahun kami ulang alik ipoh-nilai
bini ku xpnh lg buat hal..
wave 125 bob penang da brapa kali da tayar pecah ngan enjin problem
kriss 100 goy jgn cite la,2x tumbang di perak
yamaha 125z john pn pnh terkena dgn abg din kt sg buloh
perghh..bini aku mmg kental dan tabah..

hari ini..
2 september 2010..
tiba lah detik perpisahan kami..
terima kasih kerana setia bersamaku selama ini
semua kenangan akan ku patri dlm buah pinggang aku..
arigato..modenas kriss 100, NCA 5476

Thursday, June 17, 2010

Pembedahan Paling Bahaya Kat Dunia



Cantik kan? Nie la motor kesayangan aku, Kriss 100 ataupun nama manja dia NCA5476. Dah banyak kenangan aku dengan moto nie, dekat 4tahun dah aku pakai masih gagah perkasa walaupun lembab cikit. Daripada Nilai ke Ipoh pun aku melenjan dengan dia la walaupun kena tinggal bertiang2 kat belakang dengan 125z member.







Dah dekat 4tahun kami hidup bersama, aku rasa nak ceraikan dia. Tak pun aku nk poligami,haha..Tapi dia merayu2 kat aku kata jangan lepaskan dia. Disebabkan hati aku nie lembut macam jeli aku pun setuju la, dengan syarat dia kena berubah jadi jelita dulu..







Maka bermula lah 1 operasi pembedahan yg dilakukan di hospital besar ulu kinta diketuai pakar bedah ternama Dr. Fadhli Haadziq (macam nama aku kan?) Pembedahan berjalan lancar dan mengambil masa lebih dari 8jam.





Haa..Nak siap dah nie..jeng3..




Akhirnya bini aku (Kriss 100 nie la) selamat jgk menjalani pembedahan yang paling bahaya kat dunia nie. Bertambah cantik dah beliau. Terus aku tak jadi nak ceraikan. Oh kriss ku, akan ku jagamu sampai tamat nyawamu..