klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, September 30, 2010

iCEPS 6...



salam..dah lama rasanya tak merapu meraban kt dlm nie.maklum la student,bz je slalu(padahal koje xpernah buat pn)..ok la,aku nk promote ckt pasal iceps nie..pemende la aku nk merepek kali nie kn..xtau la kome tertanya2 ke tak..

iCEPS( islamic convention of entrepreneurship) adalah projek atau kerja kursus bagi pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM), universiti sains islam malaysia .apa yg spesel tentang projek ini ialah kami xperlu untuk membuat tesis yg diperlukan untuk kanak2 degree seperti mana kos2 laen ataupun yg universiti laen kena buat..kome rasa best ke?

untuk projek ini,kami memerlukan sejumlah dana yg beso untuk menggerakkan pelbagai aktiviti dan program yg dirancang.eh memang byk la..aku sendiri pn kena pg ke ladang sawit sebab nk cari dana tau..huhu..biasanya program akan berlangsung selama 3-4 hari..untuk iCEPS 6 nie akan bermula dari 7-10 oktober 2010 bertempat di stadium tertutup nilai.



antara aktiviti2 yg dijalankan sepanjang iCEPS

pada kesempatan nie,jom la kita bersama2 memeriahkan iCEPS yg kami anjurkan..yg dekat2 tu jgn la segan2 datang..untuk maklumat yg lebih detail,kome boleh klik kt laman web ICEPS 6..

Tuesday, September 14, 2010

Dialog Geli di Pagi Raya

" Selamat hari raya makcik, maaf zahir batin.."

" Selamat hari raya Haadziq, nak duit raya gak ke? Eh kamu kan dah beso.."

" Orang beso macam saya nie lagi banyak pakai duit makcik..Duit sewa rumah,minyak motor,topup,eh macam2 lagi la..Maklum la orang bujang.."(sambil buat muka sedey)

" Yeke, sian kamu..Nah ambik la 10 ringgit.."

" Terima kasih makcik
.."

Duit raya aku lagi banyak dari adik aku yang umur 6taun..Best2..hehe..^-^

Sunday, September 5, 2010

hail st pauli!



haa..ganaz x?jgn salah paham yek,nie bkn kumpulan lanun mahupun lambang puak pengganas.Ini merupakan lambang salah satu pasukan bolasepak dlm bundesliga jerman,st pauli.mesti kome tertanya2 kan ape he aku nak cite pasal team ntah mane2 nie.kome ingat aku saja2 nak cite ke atau buat cite ke?

st pauli merupakan team yg baru nek divisyen pada season ini.walaupun begitu,apa yg membuatkan team nie menarik bukan kerana trofi yg dimenangi ataupun pemain2 bintang mereka, deme nie kelab biasa jek,kita kt malaysia pn mungkin ada yg xpernah dengar kan. Tetapi semangat cintakan bola mereka dan jugak status mereka sebagai puak kiri dlm bolasepak(ingat politik je ke yg ada puak2 kiri nie?) yg membuatkan mereka disanjung sebagai hero bolasepak.





wa tau wa mmg hensem.jersi gua pn sempoi.cuba cari kt padang beso tgk jumpa ke tak..

st pauli ditubuhkan pada 1910 dan tahun ini merupakan besday deme yg ke100. tambah manis lg dgn kejayaan mereka naik ke bundesliga setelah lama terperuk di bawah.lokasi mereka di st pauli,didalam bandaraya Hamburg. Kelab ini yang terletak berdekatan Reeperbahn (sebuah kawasan pelacuran terkenal Eropah) dan melalui revolusi social yang ketara. Elemen politik berhaluan kiri, fahaman anti fasis, budaya punk atau mana-mana subculture yang lain mula menular dalam kelab ini. Ketika bolasepak Eropah dilanda fahaman Nazisme dan perkauman, St Pauli berdiri gagah dengan slogan ‘Gegen Nazis’ (lawan nazi). Sejak itu mereka lebih dikenali sebagai kelab yg memperjuangkan anti perkauman,anti seksisme, anti kapitalisme dan homofobik. Juga menolak sebarang unsur komersial yg melampau(kira mcm humble ckt la..)Malahan pengurus deme iaitu holger stanislawski(gambar) juga dikenali sebagai seorang yg anti kapitalisme. beliau sentiasa dilihat memakai t-shirt,jeans dan jaket semasa perlawanan. stailo ah ding dong..


"kome ingat kome udoh cukup sempoi?moh le lwn sampai tumpo"


Deme memulakan perlawanan dgn iringan lagu Hell's Bell dari AC/DC dan meraikan jaringan gol dgn lagu Song 2 dari Blur. tak main la lagu2 mendayu buatan penyokong yg buat org rasa nk menari shuffle jek. disebabkan oleh inilah mereka menjadi ikutan ramai penyokong diseluruh dunia.cara hidup,pegangan, dan semangat mereka.berbeza daripada bolasepak moden yg mementingkan duit.memang aku salute abis..



"St. Pauli is a way of life. We are not a club who want to make money, we just love football"

*terima kasih kpd sokernet.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

aku nak sedey2 sikit..

ini bkn sajak atau syair ye,harap maklum..

30 Jun 2007..kali pertama kami bertemu
aku jatuh cinta padanya slps 2x pandang..
sekali lafaz je dia terus jd milik aku
rm3300..xmahal kn?

3tahun kami bersama
dah mcm2 yg kami tempuhi..
baru 2minggu bersama aku da eksiden da
punye la ganaz,langgar divider jalan..
nasib bek dia xda pape,calar2 ckt jek

kemalangan paling ngeri menimpa kami di padang futsal usim
sampai bengkok fork depan bini gua
jari gua dpt 5jahitan, 1st time dlm idop gua
yg klakar walaupun bini da jahanam,gigih lg pg tgk champion league
hahaha

member2 pn pnh dajalkan bini teman
xpe,dorang xsengaja..
nak luruh gk la jantung aku bila dgr cite
abis hancur dpn bini teman sbb org langgar
nasib bek dia sudi ganti
huhu

yg paling best dan aku bangga
3tahun kami ulang alik ipoh-nilai
bini ku xpnh lg buat hal..
wave 125 bob penang da brapa kali da tayar pecah ngan enjin problem
kriss 100 goy jgn cite la,2x tumbang di perak
yamaha 125z john pn pnh terkena dgn abg din kt sg buloh
perghh..bini aku mmg kental dan tabah..

hari ini..
2 september 2010..
tiba lah detik perpisahan kami..
terima kasih kerana setia bersamaku selama ini
semua kenangan akan ku patri dlm buah pinggang aku..
arigato..modenas kriss 100, NCA 5476

Wednesday, August 25, 2010

Bila Aku Pakai Hensem2..

Ape akan jd bila aku pakai hensem2? Adakah aku kelihatan makin hensem? Ataupun cuma perasaan aku?argghhh..



"Haadziq,jom ikot pg MBR?"

"Menatang ape tu? Hari ape?"

"Malaysia book of record. Hari jumaat. Kan kite takde kelas.."

"Buleh,takde hal..jom3!" aku memang suke diajak berjalan2 nie, boleh jd gedik2 menggelijat sekejap. Buruk benor perangai..

"Cantik..Pakai kot tau"

"Haa? Tak pakai xleh ke?" tiba2 gedik aku hilang kejap.

"Pakai la,nampak formal cikit..kita kan student bisnes.." asal student bisnes je kena pkai smart2..rasa cam nk bentang kt parlimen pulak. Aku pergi kelas pn pakai baju kemeja kotak2 lengan pendek yg tak pernah gosok. Rambut tu jangan crite la,memang serabai habis. Pak guard dah lama aim aku, tunggu masa je tu..

Yaa..Pagi Jumaat tu aku kelihatan seperti seorang YB..Tak sabar2 nk berbakti kepada rakyat jelata..

Sunday, August 22, 2010

Tahniah Arsengal!



Malam tadi aku pergi tengok game arsengal vs blackfool. Ape mimpi entah aku pergi tengok game tu(padahal aku nak tgk team yg kalah jek,hehe). Aku dengan housemate aku layan kt Adam Seafood, antara kedai makan yg femes kat sini. Suasana best jugak la,orang tak ramai, skrin pulak clear. Ayor pun banyak dan murah. Tak macam kedai mamak yang selalu kami lepak tu.

Ok la,kembali ke perlawanan. Fabregas tak turun maen, Wilshere yg maen. Dapat tengok la beza game nie dengan minggu lepas, tapi Arsengal tetap Arsengal..Haha..Tak dapat lari dengan skill "typical arsenal" deme tu. Bermain passing2 di dalam kotak penalti lawan..Tp ok la, menang beso gak la deme,6-0..Tu pun lepas Balckfool main 10 org. Mamat kat gmbor atas nie buat hatrik. Arshavin, Diaby, dan Chamakh bagi lain2 gol. Kesimpulan? Aku kenyang makan kat sana..Game tu lantak cite la..

*jangan marah ye penyokong arsengal..kome dah menang beso kan..=)

Monday, August 9, 2010

Konvo UKM




Ahad yg lepas,aku telah diajak ke UKM. member aku kt matrik dah grade, sebab dia 3tahun gk. jeles gk la tgk org da konvo nie, aku nie ada setahun lg kt sini. malang btl makhluk ajaib yg beria2 mengajak dtg tu tidak memunculkan dirinya..xpe la,bz ngan family kot..nasib bek ada lg member2 len yg grade jgk..berbaloi gk la dtg drpd jauh..




Nie sume member2 aku ms kt matrik dlu..dari kiri zam, cincau, wan mer dan aku. zam dan cincau dah selamat menamatkan pengajian depa. wan mer plk taun dpn sama cm aku, sebab dia budak akaun. tgk org konvo nie btl2 menaikkan semangat aku utk bt yg terbaik nnt.xsabar2 nk pakai jubah konvo..huhu