klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Karnival Usahawan Desa (KUD)

Benda nie dah pun berakhir hari ini (25 Sep) tapi alhamdulillah aku dapat jugak menjejakkan kaki ke sana. Sebenarnya tujuan aku ke sana hanyalah sebagai tempat persinggahan sebelum aku ke Subang. Kawan aku yang nak ke sana, aku temankan dia jek.

Perjalanan kami bermula di Nilai. Cuaca seram-seran sejuk selepas hujan menemani kami. Sampai saja di Putrajaya, kami pergi parking motor dulu sebab kami bawak motor. Ada banyak gerai dan pameran di sini terutamanya yang berkaitan usahawan desa dan IKS. Ada juga pameran dari agensi kerajaan seperti MARA dan Jabatan Orang Asli.

Model KUD

Gerai-gerai pameran yang banyak nie tidaklah menarik nafsu aku melainkan makanan-makanan yang enak. Di KUD ini juga ada pertunjukan masakan dari pelbagai negeri di Malaysia. Negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak (kaya sebab takde negeri emas) mempersembahkan rendang tok, pecal, dan laksa kuale kangso. Cayalah Perak!

gerai orang Perak.

Dah puas menjelajah Putrajay, kami pun teruskan perjalanan ke Subang. Serius aku tak tau jalan ke sana. Aku ikut signboard jek. Tapi disebabkan Wak iaitu model di atas yakin dengan aku, maka aku tabahkan hati. Perjalanan hari nie sangat adventure. Malah menguatkan azam aku lagi untuk menjelajah Malaysia dengan motor. InsyaAllah suatu hari nanti...

Thursday, September 22, 2011

Interview

Semalam telah bermula interview pertama aku sebagai warga KL. Aku mintak jawatan balaci kat Country Height Resort Kajang. Aku memang suka jadi orang bawahan nie, rasa humble dan rendah diri begitu tebal dalam sanubari.

Aku pergi dengan sorang kawan aku dari Nilai. Janji pukul 9 datang pukul 9.30. Biasa la tu. Setelah berpusing hampir sejam dan sesat sampai ke Bangi, akhirnya kami tiba di destinasi. Kawan aku yang masuk interview dulu, aku tunggu kat luar sambil isi borang cikit. Tak lama kemudian beliau pun keluar.

Aku : Camne interview? Ok tak?

Wak : Tak ok. Kita ada degree, dia nak amek lepasan SPM jek. Tapi kalau ko nak merasa pengalaman kena interview, masuk la..

Aku : Ahh taknak la aku. Jom blah...

Akhirnya aku tak masuk interview pun. Sekian terima kasih...

Thursday, December 23, 2010

Festival Proton



Pada 18 hingga 31 Disember nie,Proton akan mengadakan siri roadshow ulangtahun mereka yg ke 25. destinasi pertama mereka ialah negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak. negeri emas takde kan?so perak la yg paling kaya. Aku pun kebetulan terlalu kat tempat kejadian pada masa itu dan tanpa melepaskan peluang aku pun menjenguk la sekejap..

Banyak info-info dan kereta2 menarik yg dipamerkan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Antaranya siri pahlawan seperti yang pernah aku tulis pada entri proton tuah. tapi yang dipamerkan pada roadshow ipoh cuma jebat dan lekir.


dulu tengok kat paper,sekarang aku yg ambik gambo dia

selain itu proton turut memperkenalkan kereta2 lain yg bagi aku serupa macam kereta konsep gk,tapi takde maklumat terperinci yg diberikan oleh pihak proton.


sehijau gaban...


dia pakai tayar kubota agaknya


pemenang anugerah kereta paling hensem

antara kereta-kereta lain yg dipamerkan...


proton EMAS


proton satria neo lotus limited edition

aku betul2 teransang masa tengok semua kereta hari tu.maafkan aku...

Wednesday, August 25, 2010

Bila Aku Pakai Hensem2..

Ape akan jd bila aku pakai hensem2? Adakah aku kelihatan makin hensem? Ataupun cuma perasaan aku?argghhh..



"Haadziq,jom ikot pg MBR?"

"Menatang ape tu? Hari ape?"

"Malaysia book of record. Hari jumaat. Kan kite takde kelas.."

"Buleh,takde hal..jom3!" aku memang suke diajak berjalan2 nie, boleh jd gedik2 menggelijat sekejap. Buruk benor perangai..

"Cantik..Pakai kot tau"

"Haa? Tak pakai xleh ke?" tiba2 gedik aku hilang kejap.

"Pakai la,nampak formal cikit..kita kan student bisnes.." asal student bisnes je kena pkai smart2..rasa cam nk bentang kt parlimen pulak. Aku pergi kelas pn pakai baju kemeja kotak2 lengan pendek yg tak pernah gosok. Rambut tu jangan crite la,memang serabai habis. Pak guard dah lama aim aku, tunggu masa je tu..

Yaa..Pagi Jumaat tu aku kelihatan seperti seorang YB..Tak sabar2 nk berbakti kepada rakyat jelata..

Wednesday, May 5, 2010

kenduri..





alhamdulillah..akhirnya abis jgk exam aku utk semester 6 ni.sem dpn dah yg trakhir utk aku kt usim nie sebelum aku praktikal.cepat je masa berlalu,mcm baru semalam plk aku masuk usim.huhu.harap2 result aku utk sem nie ok la dr sem lepas..

pada 2 mei 2010 yg lalu,iaitu pd hari ahad sebelum exam company law + credit, aku telah dipelawa oleh kawanku utk menghadiri 1 majlis kenduri.mula2 mls jgk la, esok kn exam..tp bila memikirkan yg aku berpeluang berjalan melihat tempat org,aku pn setuju.lgpn kn wajib pg kenduri.hehe

lokasi kejadian di kuala pilah.mmg aku dah lama pergi,akhirnya tercapai gk hajatku.yg berkahwin nie kakak kpd seorg rakan kami,ayuni syafura.lbh kurang pkul12,kami bertolak dr nilai dgn kekuatan sbyk 5 anggota.hehe. disebabkan nie kali pertama aku ke sana, aku mngambil keputusan xnk tido spnjg perjalanan. perjalanan agk lancar,ditambah plk jln baru ke kuala pilah sudah siap dibina.

dlm pkul 2 lbh kot,kami selamat tiba di lokasi. perghh..mmg ramai siot org.ada 8 khemah sume.kt kg aku plg byk pn ada 4-5 khemah jek.ms kami smpai,pengantin pn baru smpai gk.sempat gk la aku berangan jap.hehe.kemudian tnpa dipaksa,kami terus mnikmati juadah yg ada.lauknya sama jek,xda beza pn.aku mkn byk tnpa mlihat kwn sebelah.hehe..

nasi pn dah abis,perut dah kenyang,kami mengambil kputusan utk pulang kerumah.esok exam weh..huhu..trima kasih kpd keluarga ayuni kerana sudi mnjemput kami.slmt penganin baru kpd mempelai,semoga kekal ke anak cucu.aminn...