klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Resipi Rahsia Aidiladha

Disebabkan stok daging yang telah melimpah luah di dapur peti ais, mak menyuruh aku untuk mencari resipi rahsia dengan menggunakan daging. Bosan dengan sup dan rendang gamaknya. Sebagai anak yang baik, kewajiban kepada emak segera dipatuhi. Terima kasih kepada Pakcik Google. Hahaha.

Kome nak guna? Sini teman nak kongsi resipi rahsia. Mana tau kome boleh try buat kot-kot menjadi.

Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk kasi pecah sikit)

kawan-kawan sebagai tukang rasa

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Gunakan ayor rebusan daging untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.

6. Panggil kawan untuk test masakan anda

Dah siap..Tadaa...

Dah siap dah resipi rahsia kita. Serunding daging.

Selamat mencuba~ (dengan gaya ala-ala Chef Wan)
 

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H

Bila dah semakin tua nie, raya pun rasa tak semangat jek. Tak kira la raya puasa ataupun raya haji. Raya haji tahun ini dicemari dengan insiden yang amat membosankan dan boleh membuat daku berasa menyesal.

Selepas sembahyang raya, biasalah balik rumah dulu tukar baju sebab ada upacara pengorbanan dikalangan lembu-lembu sedunia. Tapi taktau la jeneral setan yang mana suruh aku baring-baring kejap. Ntah hapa yang penat pun taktau la. Rasanya aku takde berlari-lari anak semalam. Cadangnya nak baring dalam 15 minit gitu la, sudahnya pukul 12.30 baru aku bangun.


maafkan daku wahai lembu. tak dapat kita berjumpa tahun nie.


Saturday, September 3, 2011

Raksasa Gorgon

Hari nie ada cikit open house kat rumah aku. Rumah makcik aku pun ada buat jugak. Best makan open house kat rumah makcik aku nie, ada kek secret resepi, ada soto, ada domino pizza, ada beratus2 cucuk sate dan bermacam2 jenis juadah lagi. Memang meriah dan menakutkan mengenangkan jumlah makanan yang dihadam oleh usus aku hari ini.

Nak dijadikan cerita, seekor raksasa gorgon yang telah ditawan selama sebulan telah terlepas tadi. Raksasa berkenaan telah menghabiskan 8 keping pizza, 10 cucuk sate, bermangkuk2 soto dan nuget yang tidak terkira banyaknya. Seorang jurukamera bergegas mahu mengambil gambar raksasa berkenaan tapi malangnya hanya bahagian usus yang kelihatan..

lihat perutku, rampingkan..aummmm

Esok ada kenduri kahwin pulak. Harap raksasa tersebut dapat mengawal tingkahlaku beliau.

Thursday, September 1, 2011

Duit Raya #2

Disebabkan tahun nie aku tak dapat nak bagi duit raya, nampaknya aku terpaksa la tebalkan muka dari meminta duit raya daripada makcik2 dan pakcik sekalian.

Tapi kenapa deme bagi jugak duit raya kat aku? adakah muka aku terlalu keanak-anakkan? Aku rasa aku takde buat2 muka comel sepanjang hari raya.


dengan duit raya yg ada gua berjaya angkat sebuah kelisa turbo

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin =)

Saturday, August 27, 2011

Duit Raya

Masuk bulan 8 hari tu aku dah mula kerja bodoh2. Malu la nak kabo, kome tau aku dah koje dah la. Dugaan bagi orang yang mula kerja menjelang raya ialah duit raya. Aku sebenarnya dah lama bajet2 nak bagi duit raya kat budak2 nie. Yela, dulu aku je yang terima. Sampai ke tua pun aku dapat seperti yang kome boleh baca kat entri sini.Apa salahnya aku memberi pulak kan.

Tapi malangnya gaji aku yang ciput nie memang tak cukup. Ada banyak lagi keperluan yang aku nak pakai menjelang raya nie.

Kanak-kanak sekalian, maafkan aku..nanti aku dah jadi CEO aku bagi kome duit raya yek..

Tuesday, September 14, 2010

Dialog Geli di Pagi Raya

" Selamat hari raya makcik, maaf zahir batin.."

" Selamat hari raya Haadziq, nak duit raya gak ke? Eh kamu kan dah beso.."

" Orang beso macam saya nie lagi banyak pakai duit makcik..Duit sewa rumah,minyak motor,topup,eh macam2 lagi la..Maklum la orang bujang.."(sambil buat muka sedey)

" Yeke, sian kamu..Nah ambik la 10 ringgit.."

" Terima kasih makcik
.."

Duit raya aku lagi banyak dari adik aku yang umur 6taun..Best2..hehe..^-^