Perjalanan kami bermula di Nilai. Cuaca seram-seran sejuk selepas hujan menemani kami. Sampai saja di Putrajaya, kami pergi parking motor dulu sebab kami bawak motor. Ada banyak gerai dan pameran di sini terutamanya yang berkaitan usahawan desa dan IKS. Ada juga pameran dari agensi kerajaan seperti MARA dan Jabatan Orang Asli.
Model KUD
Gerai-gerai pameran yang banyak nie tidaklah menarik nafsu aku melainkan makanan-makanan yang enak. Di KUD ini juga ada pertunjukan masakan dari pelbagai negeri di Malaysia. Negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak (kaya sebab takde negeri emas) mempersembahkan rendang tok, pecal, dan laksa kuale kangso. Cayalah Perak!
gerai orang Perak.
Dah puas menjelajah Putrajay, kami pun teruskan perjalanan ke Subang. Serius aku tak tau jalan ke sana. Aku ikut signboard jek. Tapi disebabkan Wak iaitu model di atas yakin dengan aku, maka aku tabahkan hati. Perjalanan hari nie sangat adventure. Malah menguatkan azam aku lagi untuk menjelajah Malaysia dengan motor. InsyaAllah suatu hari nanti...
No comments:
Post a Comment