klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, October 20, 2011

Aku dan Wawasan 2020


Masa Dr Mahathir mula-mula memperkenalkan Wawasan 2020, aku telah membayangkan yang pada masa itu Malaysia akan berkembang maju. Ada kereta terbang bersimpang siur dan pakaian yang aneh-aneh belaka mula dipakai. Jadi aku sangat menunggu tahun 2020.

Kemudian aku tengok cerita "Back to The Future" yang femes masa zaman 80an dan 90an. Cerita tu buat kalau tak salah aku tahun 80an dan menunjukkan yang Marty pergi ke masa depan (tahun 2015) dan ditunjukkan pada zaman itu kereta terbang dan manusia berpakaian aneh sudah wujud.

Persoalan aku ialah :

1. Sekarang sudah hampir masuk 2012, tapi aku tak pernah nampak lagi kereta terbang.

2. Agak-agak sempat ke ada kereta terbang tahun 2015 nanti? ke memang sekadar angan-angan dan imaginasi sahaja.

3. Kenapa Mahathir pilih tahun 2020? Kalau macam aku jadi dia, mesti aku amek tahun di mana aku sempat menyaksikan segala wawasan aku tercapai. Contohnya sekarang aku 23 tahun, aku nak tengok Malaysia maju tahun 2050. Masa tu umur aku 62. Logik kan?

Kereta DeLorean memang rare.

1 comment:

a said...

nice thoughts. mungkin juga Tun letakkan sasaran itu sebagai parameter agar dapat memangkin lebih usaha. takut letak terlalu lambat nanti lagi lengahlah manusia. sekiranya tak mampu capai, parameter boleh dianjak seiring anjakan usaha yang berterusan. semoga segala usaha dunia dan menuju alam sana bergerak seiringan inshaallah amin:)