Saturday, September 10, 2011
Movie Review : Nasi Lemak 2.0
Mula2 masa nak beli tiket, aku terkejut jugak tengok seat yang hampir penuh. Wah, tak sangka betul. Ramai jugak yang berminat nak tonton cerita ini. Rasanya ramai yang dah tau kot pasal Namewee, mamat yang penuh kontroversi. Sekali sekala tengok filem cina malaysia apa salahnya. Support cikit beb...
Cerita mengisahkan tentang Hero Huang yang cuba untuk mencari resipi nasi lemak terbaik. Dalam perjalanan mencari resipi tersebut, beliau telah menemui pelbagai pengalaman dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Mengapakah beliau cuba mencari resipi tersebut? Adakah beliau berjaya dalam misi tersebut? Seperti biasa, saspen la.
Ok, jalan cerita ada banyak kurang, tapi berjaya ditutup dengan banyak adegan lawak. Adegan menyanyi2 pun banyak jugak. Banyak scene2 mengarut tapi enjoy. Pendek kata, aku cadangkan cerita ini kepada orang yang dah lama tak gelak ataupun sense of humor mereka hampir hilang. Lupa pulak, aku rasa cerita ini ada pengaruh cerita God of Cookery lakonan Stephen Chow. Tengok God of Cookery dulu baru tengok Nasi Lemak 2.0 ok.
Rating? Rasa macam nak bagi 6/10 tapi aku up cikit jadi 7/10.
"Anjing tak kurus kerana tak rindu, manusia jadi kurus kerana rindukan seseorang"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tengok trailer macam best je, esok baru nak pergi tengok dengan member2.
bleh tahan la dia punya cerita, pelakon pn ok2 semua. jgn terkejut plk bila ramai cina dlm panggung..hehe
Post a Comment