klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Thursday, February 17, 2011

legenda kartun dunia



bagi budak2 yang membesar pada tahun 90an, mereka pastinya pernah baca dan tengok kartun dragon ball. siapa yang tak kenal tu mungkin asal pluto ataupun marikh. aku mula baca komik nya kalau tak salah masa darjah 2 la. dia punya kartun keluar kat tv masa darjah 4 kalau tak salah sampai la form 5. kome bayangkan la 8tahun tayang cerita nie kat tv. pukul 9.30 pagi setiap sabtu ngan ahad kat tv2.

dekat sekolah dulu, orang yang pertama dapat beli komik nie memang orang yang paling bertuah kat sekolah. macam menang motor dia punya seronok. pastu berebut2 orang nak pinjam. semangat kumpul duit tiap2 bulan sebab nak komik komik nie. tiap2 pagi sebelum smapai sekolah mesti aku singgah kedai buku dulu tengok buku baru dah keluar ke belum..

masa dia mula2 nak keluar kat tv dulu, memang kitorang kanak2 riang teruja macam ungka. sebelum nie baca jek,pastu dapat tengok dia punya kartun pulak. budak2 mane yang tak seronok? cer cite..cer cite..sanggup tengok cerita sailormoon pukul9 pagi sebelum tunggu dragon ball start.haha. masa kat asrama lagi la dasyat, memang penuh bilik tv. aktiviti2 kat asrama semua terhenti demi menyaksikan hero2 pujaan mereka beraksi.

terima kasih akira toriyama kerana memberikan hiburan kepada kami..



arigato akira!


tapi dia punya cerita live action memang macam gampang...



"yang sebenarnya, dragon ball ada 7 bijik semuanya.." =)

Saturday, February 12, 2011

anjing yang penyayang

sejak aku mula koje(praktikal) kt baitulmal nie, dah macam2 pengalaman hensem dan menarik yang dah aku lalui. antara pengalamn paling menarik ialah mengikut pegawai bertugas pergi menyiasat. haa..ingat baitulmal nie takde siasat2 ke? kitorang pun macam polis jgk tau.

siasatan yang dijalankan bertujuan untuk memastikan bahawa pemohon adalah betul2 susah dan layak menerima bantuan zakat. kalau org senang pun boleh dapat jgk, memang haram la hukumnya..

jadi, pada suatu pagi yg ceria, aku pun pergi la menyiasat utk permohonan bantuan modal bersama pegawai bertugas. setelah mencari2 rumah beliau hampir setengah jam. akhirnya rumah yang dicari pun bertemu. pagar bertutup, tapi pintu rumah terbuka.

"assalamualaikum..." takde orang.
"assalamualaikum..." masih takde orang jawab.
"ASSALAMUALAIKUM!!!" aku dah hampir nk pecahkan pagar dia dah nie.

woff!!woff!!woff!! ya rabbii..anjing rumah sebelah yang jawab salam sambil cuba nak menyerang kami..

aku kaget sekejap. aku memang ada pengalaman xbes dengan anjing nie. tapi aku kena cuba halau2 jgk. insiden xbes nie berjaya dileraikan oleh tuan rumah sebelah. sempat jgk kitorang ceramah dia cikit.

ok, balik ke cerita asal, mana tuan rumah? aku yg dah bengang pun terus je bukak pagar rumah dia. rupa2nya beliau tengah rilek2 menonton tv kat ruang tamu.

masa nie memang muka aku dah jadi macam harimau...

Thursday, January 6, 2011

aku dan bos

zaman blajo dah habis. sekarang zaman praktikal pulak. dulu bodek2 lecturer, sekarang kena blajo bodek bos pulak. mana tau dapat makan2 ke nanti. tak habis2 berangan. tak padan dengan tua.

aku praktikal dekat majlis agama islam perak, bahagian baitulmal. hari pertama lapor diri,kena la jumpa bos a.k.a supervisor aku. pagi2 aku dah gosok baju kemeja lengan panjang, pakai tie, seluar pun gosok. gile ah,kali terakhir aku buat semua nie masa aku belum akil baligh lagi. bapak lama gile.

masuk je bilik bos, ada 2 orang lagi budak praktikal gk dari UUM. bos pun terangkan cikit2 pasal peraturan2 masa praktikal dan benda2 lain. last sekali dia usha aku dari atas sampai bawah....

"dekat sini nak pakai kemeja lengan pendek takpe.tak nak pakai tie pun takpe. asalkan pakai kemeja"

terima kasih bos..bos memang memahami hati dan perasaan aku. aku suka praktikal kat sini..

Thursday, December 23, 2010

Festival Proton



Pada 18 hingga 31 Disember nie,Proton akan mengadakan siri roadshow ulangtahun mereka yg ke 25. destinasi pertama mereka ialah negeri paling kaya di Malaysia iaitu Perak. negeri emas takde kan?so perak la yg paling kaya. Aku pun kebetulan terlalu kat tempat kejadian pada masa itu dan tanpa melepaskan peluang aku pun menjenguk la sekejap..

Banyak info-info dan kereta2 menarik yg dipamerkan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Antaranya siri pahlawan seperti yang pernah aku tulis pada entri proton tuah. tapi yang dipamerkan pada roadshow ipoh cuma jebat dan lekir.


dulu tengok kat paper,sekarang aku yg ambik gambo dia

selain itu proton turut memperkenalkan kereta2 lain yg bagi aku serupa macam kereta konsep gk,tapi takde maklumat terperinci yg diberikan oleh pihak proton.


sehijau gaban...


dia pakai tayar kubota agaknya


pemenang anugerah kereta paling hensem

antara kereta-kereta lain yg dipamerkan...


proton EMAS


proton satria neo lotus limited edition

aku betul2 teransang masa tengok semua kereta hari tu.maafkan aku...

Wednesday, December 15, 2010

glory glory Malaysia!



abg hensem yg membuat player2 vietnam gigit jari

perlawanan separuh akhir pertama malaysia vs vietnam menyaksikan malaysia berjaya menundukkan vietnam 2-0 hasil jaringan abg safee sali. secara keseluruhan malaysia bermain dgn penuh bergaya tadi. penyerang2 malaysia yg sebelum ini malu2 di depan gol telah membuktikan yg mereka jgk berbisa. penyokong2 nyata memberikan tonik tambahan buat pemain2 malaysia. dah lama xnampak pemandangan stadium yg penuh macam nie. last skali penuh yg aku ingat ms final pestabola merdeka. tahun bape ntah,aku nie short term memory sikit..

gol pertama aku terlepas sebab tgh sonok lipat baju masa tu.hehe. yg aku perasan rembatan dari safee sali gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol vietnam. boleh tahan abg safee nie walaupun kadang2 nampak cam berat ckt. aku memang salut habis dekat kunalan,norshahrul, dgn amirulhadi.kelam kabut defend vietnam sebab dorang nie.

gol kedua pun drpd abg safee balqis jgk. hasil bola muntah yg dapat disumbat dgn jaya nya oleh beliau. ada byk lagi percubaan2 menarik drpd malaysia,antaranya tandukan padu abg safee yg offside. vietnam pun tak kurang ganasnya,ada je percubaan2 bahaya dorang tapi nk buat camna keeper apek malaysia power sgt. agaknya messi jumpa dia pun boleh gigit kuku. overall, aku memang berpuas hati dgn game tadi. terima kasih malaysia,maaf la tak dapat pergi stadium..semoga berjaya di vietnam!

Saturday, December 4, 2010

perodua bezza pulak..




sempena KLIMS( kuala lumpur internasional motorshow) yg berlangsung skg, aku mengambil keputusan utk mengabdikan penulisan aku pada pengeluar kereta2 nasional. selain proton, perodua turut mengganas dgn mengeluarkan kereta konsep mereka yg dinamakan perodua BEZZA. apa yg boleh dibanggakan kereta ini direka dan design oleh 100% anak malaysia. hebat3..cantik dan menawan buah pinggang, aku sgt teruja. harap sgt kereta ini akan dikeluarkan.

macam biasa, sumber2 gambar daripada paultan.org. terima kasih uncle tan..







Friday, December 3, 2010

proton tuah



mungkin ramai yg tahu(ataupun tak tau) yg sekarang nie berlangsung kuala lumpur international motorshow (KLIMS 2010) bermula 3-12 disember 2010. antara pengeluar kereta yg mengambil bahagian sudah semestinya company kesayangan rakyat marhaen, PROTON. selepas mengganas dgn proton inspira, kini proton mula mengeluarkan aura terhebat dgn memperkenalkan koleksi pahlawan, diispirasikan daripada pahalawan melayu zaman melaka. ada tuah,jebat, kasturi, lekir, dan lekiu. cair mata aku tgk kereta2 proton nie. rasa macam nak makan piza.

tulis banyak pun tak guna. lu org tgk la sendiri..







gambar2 daripada paultan.org. kalau kome nak tgk model2 proton yg lain, boleh terjah laman web nie. ataupun kome boleh pergi siap2 skg, pergi KLIMS.