klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Wednesday, August 3, 2011

mari belajar berpuasa

masa : 1995, darjah 1
lokasi : rumah

"umi, esok dah puasa ke?"


"iyee..haadziq pun kena puasa jugak tau"

"ok..tapi puasa tu ape?"

"puasa tu takleh makan dari pagi sampai ke malam. kalau haadziq nak puasa, esok umi kejut sahur yek"

"ok.."

keesokkan harinya. pada waktu tengahari selepas balik sekolah agama.

"umi, lapo le..huhu"

"eh puasa memang la lapo. tahan la cikit. petang nie umi masak sedap2"

"yela yela. eh puasa takleh makan kan? kalau haadziq makan cikit je boleh?" tanya aku sambil menyuap secebis roti.

masa tu aku tak paham kenapa mak aku mengeluh sambil menggeleng-geleng kepala...

movie review : limitless


cite nie takde masuk malaysia ke? kenapa aku baru je tengok cite nie?

aku pun tak tau nak ulas apa pasal cite nie, lagi2 sebab timbul persoalan di hati aku cite nie ada ditayangkan di malaysia ke tidak. ok, cite ini mengisahkan tentang seorang jejaka yg tidak berpandangan jauh dan tidak mempunyai masa depan yg gilang gemilang bernama Eddy Morra. bercita-cita hendak menjadi penulis buku tetapi harap taktau nak mula macam mana.

suatu pagi yg indah, beliau telah bertemu dengan adik iparnya, Vernon Grant seorang pengedar ehem2 yg sukses. beliau telah memberi sebiji pil kepada Eddy dan berjaya memperbangangkan Eddy yg memang bangang bahawa pil itu telah diperakui FDA. Vernon turut memberitahu bahawa pil itu berbeza daripada pil lain kerana mampu utk meningkatkan keupayaan otak.

Cerita bermula apabila Eddy mengambil keputusan untuk menelan pil tersebut dan dia mendapati tahap pemikiran beliau semakin berkembang mengatasi Patrick Starfish. namun seperti dadah yg lain, pil tersebut turut mendatangkan kesan yg buruk dan mendatangkan ketagihan. beliau turut menjadi buruan ramai orang kerana mempunyai stok pil yg banyak. lebih memburukkan keadaan Eddy mula mendapati orang yg terlibat dengan pil tersebut didapati mati ataupun mengalami sakit yg teruk.

dapatkah Eddy mengatasi masalah tersebut? apakah yg akan terjadi kpd beliau seterusnya? aku memang suka bagi elemen suprise nie. nampak macam menarik kan? bagi aku, bolehla..pemilihan Bradley Chopper sebagai Eddy Morra memang superb, cuma kalau ada tambah2 lagi dengan pelakon ternama, mesti lagi best.

nak bintang? aku bagi 3.5/5

Tuesday, August 2, 2011

aku dan artis #2

pada suatu petang yg dingin, awan tidak jelas kelihatan pada waktu itu. aku mengambil keputusan untuk mengisi minyak motor kerana motor aku memerlukan minyak dan bukannya tenaga solar. stesyen minyak terletak lebih kurang 5km dan sudah tentu aku terpaksa membawa motor aku ke sana kerana motor aku tak tau untuk mengisi minyak sendiri.

sampai saja aku di stesyen minyak, kelihatan ramai orang sedang berkumpul di tempat membayar seperti ada pesta gamaknya. adapun diriku ini tidaklah begitu teruja melihat kelibat manusia yg ramai itu apatah lagi untuk melihat aktiviti yg berlaku.

"wei aku dahaga ni cepatlah isi minyak aku!" ewah2 berani betul motor nie sound aku. sekali aku isi singgit kang baru tau. tapi aku jugak yg susah nanti. sedang aku leka memujuk motor aku yg merajuk, baru la aku sedar yg liyana jasmay ada kat pam sebelah dengan motor dia.

aku terpana seketika.


"hai, tengah pujuk motor awak ke?" sapa beliau sambil tersenyum. eh macam ada magik pulak minah nie. tau2 je aku tengah pujuk motor.

"haah. motor nie memang ngada2 sikit. tunggu masa je nak buang. hehe" taktau la apa yg lawaknya sampai aku boleh gelak. tapi dia dah senyum pun aku rs macam ada bau2 lawak je la kot.

"hee awak nie kelakar la. jom saya belanja awak duit minyak" wah peluang keemasan jangan ditolak. pedulikan la gentlemen ke idok, orang nak belanja kan. artis pulak tu..

lalu aku pun mengatur langkah bersama-sama dia untuk membayar duit minyak. peramah jugak dia nie. dari isu bersih 2.0 sampai ke isu palestin ada. bawak balik rumah nie mesti mak aku tanya bila nak kawin. hehe

aku gembira.

burung-burung turut berkicauan riang.




tak lama kemudian baru aku sedar. aku masih di atas katil. jam menunjukkan pukul 6.30 petang.

rindu


orang cakap, bila kita dah tinggalkan sesuatu baru kita akan rasa kehilangannya.

gambar nie bertarikh 17 november 2009, sebelum final exam.

rindu suasana kat umah sewa sebelum exam. buku dan nota bersepah kerana kami memang rajin.

ok, maafkan baju merah yg tido kt ujung sana. beliau kepenatan.

Monday, August 1, 2011

laszlo repasi : legenda bolasepak perak


penyokong bolasepak perak pasti tidak melupai kelibat pemain ini yg pernah menggegarkan bolasepak negara pada tahun 97-99. laszlo repasi merupakan penyerang import pasukan perak yg dianggap sebagai pembelian berbaloi pada masa itu setanding dengan scott ollerenshaw dari sabah.


pada penghujung dekad 90an, pasukan sabah telah mendominasi liga perdana dengan pemain berbakat yg mereka miliki seperti matlan marjan dan khairul azman mohamad manakala pasukan perak seperti telah melalui zaman gelap pada waktu itu dengan keputusan perlawanan yg tidak konsisten. begitupun pada pertengahan musim liga pada tahun 1997, jurulatih perak karl heinz weigang telah membawa masuk laszlo repasi untuk memantapkan lagi barisan serangan yg pada masa itu diterajui oleh azrul amri borhan. percaturan weigang nyata berbaloi apabila repasi berjaya menjadi penjaring terbanyak liga walaupun hanya masuk pada pertengahan musim.

pasukan perak musim 97 @ 99 (aku pun tak ingat)


repasi terus berkhidmat dengan cemerlang buat perak dan menjadi penjaring terbanyak untuk beberapa musim. malangnya pada pertengahan tahun 99 beliau telah berpindah ke finland dan mengakhiri karier beliau di sana. Kini, beliau yang berumur 44 tahun menjadi jurulatih untuk pasukan Youth Halasztelek FC tetapi pernah menzahirkan hasrat untuk kembali ke sukan bola sepak Malaysia tetapi pastinya bukan sebagai pemain.

 repasi kembali pada tahun 2002 semasa pertemuan perak vs melaka


Sunday, July 31, 2011

1 malam di sungai besi

"juju..aku dah sampai. rindu aku tak?haha"

"rindu mende, apasal ko sampai lambat haa?? mbah dah bising2 dah tau" mbah bermaksud nenek dalam bahasa jawa. harap maklum.

"ala sori la. aku sesat la. KL nie bukan kawasan aku. eh ko masak apa hari ni?" biasa la nak kenal manusia-manusia yg rakus ini mereka akan meluru ke dapur daripada berbasa basi dengan saudara mara.

"aku takde masak pape pun. tadi ada la masak tapi tunggu ko punya lama habis jgk la aku makan" yaa..kami bersaudara sudah tentu la beliau juga rakus seperti aku.

"takpe la aku pun da kenyang jgk. eh, ada nuget nie. elok kan?" belum sempat beliau menjawab, aku dah ratah 2-3 bijik.

"tu pagi tadi punya. aku rasa tak elok la, macam ada bau2 sikit." juju cuba utk memberi amaran kepada aku.

"yeke? takpe takpe. perut aku kuat. takda hal punya la" kata aku sambil menghabiskan baki nuget yg ada.

keesokan harinya, aku bertapa di tandas tanpa henti.

Friday, July 29, 2011

kedai sarapan pagi yg best kat ipoh

sepanjang tempoh aku bekerja, aku telah diperkenalkan dengan kawan2 aku beberapa kedai makan yg best kt ipoh nie. Senarai ni takde ikut top 10 ke, susunan dari atas ke bawah ke, aku tulis ikut sedap aku jek.

1. Restoran Kosiswa


kenapa namanya kosiswa? agaknya sebab nama nie unik kot. orang ipoh sila beri perhatian. kedai ini amat popular. polis2 dan penjawat kerajaan banyak menghabiskan masa di sini (opss).
kedai ini terletak di tebing sungai kinta berhampiran yik fong yg pasti menjanjikan suasana makan yg mengasikkan. antara menu spesel di sini ialah kuewtiow kaw2 berapi dan makaroni. yaa..makaroni adalah menu yg jarang dijumpai di kedai makan lain. harga? ini ipoh beb. sangat2 berpatutan.


2. Warung Kak Yah

Ini satu lagi destinasi sarapan popular warga ipoh. sangat sukar mencari parking di sini pada pukul 8.30 pagi. terletak di silibin dan satu2nya gerai dalam senarai ini yg mempunyai cawangan, iaitu di jelapang. gerai kak yah menyediakan banyak menu sarapan seperti roti goyang telur (memang best), kari fishball berapi dan aneka makanan bergoreng seperti mee, bihun, kuewtiow pada harga hanya RM 3 sepinggan. tetapi apa yg membuat warung kak yah berbeza dari kedai lain ialah karinya. rasanya memang lain dari kari yg lain. terbaik!

kari terbaik di perak


3. Restoran Bonda

Terletak di Medan Ipoh Raya, menjadi tumpuan banyak pekerja marhaen di waktu pagi bukan kerana kesedapan makanannya, tetapi kerana harganya yg teramat-amat murah seperti tesco. Cuba kome bayangkan nasi goreng cina, telur mata, ayam goreng seketul dengan teh tarik baru RM 4.50. sampai aku tak sampai hati nak bayar.

Ok ada 3 jek pilihan aku. aku bukanlah pekerja yg suka menghabiskan masa di kedai makan pada waktu pagi. aku banyak makan kat kafe ofis jek. sekali lagi orang ipoh, sila ambil perhatian terhadap kedai-kedai makan di atas.