klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Friday, July 29, 2011

kedai sarapan pagi yg best kat ipoh

sepanjang tempoh aku bekerja, aku telah diperkenalkan dengan kawan2 aku beberapa kedai makan yg best kt ipoh nie. Senarai ni takde ikut top 10 ke, susunan dari atas ke bawah ke, aku tulis ikut sedap aku jek.

1. Restoran Kosiswa


kenapa namanya kosiswa? agaknya sebab nama nie unik kot. orang ipoh sila beri perhatian. kedai ini amat popular. polis2 dan penjawat kerajaan banyak menghabiskan masa di sini (opss).
kedai ini terletak di tebing sungai kinta berhampiran yik fong yg pasti menjanjikan suasana makan yg mengasikkan. antara menu spesel di sini ialah kuewtiow kaw2 berapi dan makaroni. yaa..makaroni adalah menu yg jarang dijumpai di kedai makan lain. harga? ini ipoh beb. sangat2 berpatutan.


2. Warung Kak Yah

Ini satu lagi destinasi sarapan popular warga ipoh. sangat sukar mencari parking di sini pada pukul 8.30 pagi. terletak di silibin dan satu2nya gerai dalam senarai ini yg mempunyai cawangan, iaitu di jelapang. gerai kak yah menyediakan banyak menu sarapan seperti roti goyang telur (memang best), kari fishball berapi dan aneka makanan bergoreng seperti mee, bihun, kuewtiow pada harga hanya RM 3 sepinggan. tetapi apa yg membuat warung kak yah berbeza dari kedai lain ialah karinya. rasanya memang lain dari kari yg lain. terbaik!

kari terbaik di perak


3. Restoran Bonda

Terletak di Medan Ipoh Raya, menjadi tumpuan banyak pekerja marhaen di waktu pagi bukan kerana kesedapan makanannya, tetapi kerana harganya yg teramat-amat murah seperti tesco. Cuba kome bayangkan nasi goreng cina, telur mata, ayam goreng seketul dengan teh tarik baru RM 4.50. sampai aku tak sampai hati nak bayar.

Ok ada 3 jek pilihan aku. aku bukanlah pekerja yg suka menghabiskan masa di kedai makan pada waktu pagi. aku banyak makan kat kafe ofis jek. sekali lagi orang ipoh, sila ambil perhatian terhadap kedai-kedai makan di atas.

2 comments:

THE GREEN said...

Assalamualaikum...


saya xpenah lg dtg ke perak, kalo penang pernah la masa zaman study dulu. kalo ada rezeki, blh la dtg.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

haadziq said...

blade edge, kalo dtg ipoh jgn lupa singgah semua kedai nie..hehe