klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label jgn sedey2 haadziq. Show all posts
Showing posts with label jgn sedey2 haadziq. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

SPM 2005

"kalau macam nie kamu belajar jangan harap la yang kamu dapat A masa periksa nanti!"

Cikgu ekonomi aku pernah sumpah yang aku takkan dapat A1 masa SPM nanti. Mungkin disebabkan aku seorang yang nakal, tak pernah buat koje sekolah dan sering mendapat markah rendah masa peperiksaan.

Dalam diam sebenarnya aku bertekad untuk menunjukkan yang aku mampu berjaya.

Akhirnya result SPM keluar. Nampak ada banyak A kat slip exam aku. Itu semua dalam jangkaan. Perghhh berlagak betul. Tapi mata aku meliar mencari subjek Ekonomi Asas.

Gua dapat A1 beb.

Terus aku cari cikgu ekonomi aku dan menunjukkan slip SPM aku. "Cikgu saya dapat A1" Ada bau-bau kepuasan semasa aku menunjukkan result kepada beliau.

"Emm..tahniah. saya tau kamu boleh"


Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mendidik daku menjadi insan berguna...

Thursday, September 15, 2011

Terima Kasih Orang Tapah

Tengahari tadi aku memulakan perjalanan mencari rezeki ke KL. Dua hari sebelum bertolak aku dah pastikan yang motor aku dalam keadaan perfect dan hensem. Minyak hitam, plug, tayar, bla3..Ok semua dah setting baik, barang pun dah siap packing. Dengan restu dari mak bapak aku, aku pun mulalah bergerak.

Bagi kome yang ada baca entri2 sebelum nie, aku pernah buat pembedahan paling bahaya kat motor aku. Rasa cuak jugak bila nak bawak jalan jauh nie. Setelah rasa bosan dengan pemandangan highway, aku ambik keputusan untuk keluar ke Gopeng dan ikut jalan lama.

Perjalanan lancar tanpa sebarang masalah. Ada hujan gerimis yang manja2 menyejukkan cuaca. Sedang aku feeling melayan perasaan, tiba2 enjin motor aku mati. Masa tu aku kat Temoh, antara Kampar dan Tapah. Aku cuba godek2 enjin bagi sedap hati namun beliau tetap tak mau hidup. Jadi aku cuba tolak motor ke Temoh dan aku jumpa brader jual air kelapa kat tepi jalan. Beliau offer untuk tolong tolak motor aku dan aku pun setuju jela.


Setibanya di Pekan Temoh, brader tu terus bawak aku ke kedai motor yang boleh dipercayai. Malangnya kedai tu tak dapat nak buat pape sebab enjin motor aku dah jahanam. Tauke tu suruh bawak ke Pekan Kampar yang lebih besar dan lagi banyak barang. "Mampos nak kena patah balik pulak" keluh hati aku.

Sedang aku menangisi nasib, tiba2 sorang lagi brader yang tengah lepak2 kat kedai tu offer untuk bawak aku ke Kampar. Tanpa berfikir secara kritis tentu la aku terus setuju. Di Kampar beliau menunjukkan aku kedai yang best dan banyak barang spare part. Tapi esok baru motor aku boleh siap. Sekali lagi beliau tumpangkan aku tumpang balik ke Tapah dan disana aku berjumpa dengan member aku.

Serius aku terharu dengan kebaikan mereka. Brader tu tolong aku dengan alasan "dulu aku pernah jadi macam ko, aku tau camna rasanya motor rosak kat jalan..."

Terima kasih orang Tapah. Tak terbalas budi baik kome semua...

4 tahun berjuang, akhirnya beliau kecundang..

Tuesday, August 2, 2011

rindu


orang cakap, bila kita dah tinggalkan sesuatu baru kita akan rasa kehilangannya.

gambar nie bertarikh 17 november 2009, sebelum final exam.

rindu suasana kat umah sewa sebelum exam. buku dan nota bersepah kerana kami memang rajin.

ok, maafkan baju merah yg tido kt ujung sana. beliau kepenatan.

Thursday, December 2, 2010

terima kasih nilai

alhamdulillah..2010-1995= 15 tahun sudah aku menghambakan diri pada pelajaran. tak sangka yg kehidupan aku sebagai pelajar dah habis( kalau aku tak sambung master la). tapi kome kena ingat, proses pembelajaran nie takkan berhenti dari kita kecik hinggalah ke liang lahad.

sepanjang 4tahun(2006-2010) aku berada di universiti sains islam malaysia(USIM) menyambung pelajaran sarjana muda dlm bidang pentadbiran muamalat. mula2 ada ckt rasa terkilan, tak dapat ke universiti pilihan tetapi semua yg berlaku ada hikmahnya kan. terima lah dgn hati yg xberapa nk tabah.



sudah tentu la byk yg aku dah belajar sepanjang kt sini. nk cerita byk2, aku nie antara makhluk tuhan yg pemalas. result tiap2 sem pun cukup2 makan jek. risau mak ayah aku tp nk bt camna kn, aku dah berusaha sehabis baik dah. selamat aku berjaya menamatkan pengajian aku walaupun xberapa nk cemerlang...

kepada kawan2 seperjuangan,TMA 2, pt5226, semoga kome akan berjaya dlm semua bidang yg diceburi. susah nk jumpa dah lepas nie, masing2 dah jauh. dah bz. nak kawin nnt jgn lupa jemput, insyaAllah aku akan dtg. tawaran kenny rogers utk kawan2 yg dtg ke ipoh masih lagi dibuka.


kepada nilai, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima aku. lepas nie mesti aku rindu gile dkt as-salam, baraqah maju, nasi goreng kampung kak wati, mannu salwa, adam, bonda. eh kenapa aku mesti rindu kt makanan???

terima kasih sekali lagi nilai..i will miss u always.

Sunday, October 31, 2010

hari2 terakhir di USIM

sedar xsedar(yela 2 xsedar..) dah 4taun da aku blaja. xsedar yg begitu cpt ms berlalu. dlu ms kecik2 selalu berimpian nk masuk U, skg nie dah abis blaja da.huk3.. minggu terakhir aku di USIM mmg siyes bz.. mula2 ngan dinner yg xbrapa nk dinner. malas la nk ckp lebih2 dah, aku nie jenis org yg pasrah..



kawan2 seperjuangan..

dah abis ngn dinner, esoknye terus ke janda baik,pahang..kem seribu langkah utk pelajar2 hensem taun akhir FEM..suasana kt janda baik btl2 mengingatkan aku dkt ulu kinta..rindu nye..nasib bek aku pn dkt kampung da skg nie.hehe..



"janda ape?baekk punye..."

so ape yg best kt sini? xde yg best mlainkan air yg sejuk tp tersekat2 dan pengisian aktiviti yg membosankan.ahh aku xsuke mengutuk! huhu..ade la bt ckt jungle tracking ms last day..tp mmg xberbaloi la rm100 yg aku bayor..huhu



sesi mandi-manda di puncak..dekat je ngn gunung nuang tmpt nie..

ape yg penting, byk memori bersama kawan2 terpahat spnjg minggu2 terakhir aku di sini..kenangan bersama kalian xkn aku lupakan sampai bila2..panjang umur kita jumpa lg..nk kawin jgn lupe kabo kt teman yek..hehe



sweet memory of 4th year student, bachelor of muamalat administration, USIM