klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label kelab paling power didunia. Show all posts
Showing posts with label kelab paling power didunia. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Tahniah Arsengal #3

Perlawanan menentang budak tadika dirasakan amat mudah bagi team power seperti Man Utd. Ape yang power? Ayuh teruskan dengan ulasan penuh sarkastik dari saya.

1. Line up ada sedikit lain. Lindegard jadi keeper ganti De Gea. Bagus la, aku lagi percayakan beliau dari wolverine tu.

2. Van Persie di ambang kebangkitan? Itu hanya mimpi basah penyokong Arsengal. Beliau lebih banyak berlari dari membuat percubaan. Tapi gol dia memang superb. Aku rasa kalo Arsengal menang, man of the match mesti Alex Oxlade-Chamberlain. Sebab nama dia payah nak eja. Jones dan Rafael juga tewas di kaki dia.
teka apa maksud tulisan kat baju dia

3. Warga tua teras masyarakat. Hidup lama penuh jasa setia. Lagu nostalgik ini aku tujukan khas untuk Pakcik Giggs. Keeper Arsenal (maaf aku tak reti eja, nak sebut apatah lagi) kompem tak boleh tidur mengenangkan hantaran perkahwinan err hantaran tepat beliau.
"lama sudah kau hidup teruji..penuh ranjau dan rintangan musuh!" sempat lagi valencia menyanyi sambi menanduk

4. Seperti biasa jugak, Man Utd suka membuatkan team2 lain menggigit telur di saat akhir perlawanan. Dah dijangka tapi tetap seronok diraikan. Macam bayi baru lahir.
dramatik! dramatik!

5. Abis dah. Jumpa lagi di ulasan akan datang. Jangan sedey penyokong Arsengal. Hidup kan ibarat Van Persia. Sekejap power, sekejap macam ayam.

Sunday, January 8, 2012

Welcome Back Scholes!

Kalaulah aku dah pencen, tiba2 kerajaan panggil aku suruh berkhidmat semula, tobat aku taknak koje dah. Tetapi tidak pada Paul Scholes. Bila Pak Alex mintak beliau kembali dari persaraan, beliau terima dengan hati yang terbuka. Katanya...

"Gua rindu nak main bola. Rasa bangga bila manager masih percaya yang gua masih diperlukan. terharu beb!"

p/s : kepulangan beliau disambut dengan kemenangan 3-2 ke atas Man City.

sumber berita di sini.

Sunday, November 27, 2011

Man Utd vs Kota Bharu Bersatu

Dah lama rasanya tak tengok bola omputih nie, sejak dari demam rakyat Malaysia dengan bola sukan SEA. Malam tadi berlangsungnya perlawanan getir antara kelab paling power didunia (Man Utd) menentang pasukan Kota Bharu Bersatu (Newcastle United). Apa yang ada pada perlawanan ini?

2. Kesebelasan utama United terutamanya bek sudah kembali kepada asal. Banyak adik-adik tak dapat main macam Wellbeck, Anderson, dan Cleverley. Perlawanan rancak dan penuh aksi kungfu. Sungguh banyak kad yang dilayangkan.

3. Memperkenalkan pengganti kepada Barton, iaitu Hatem Ben Arfa. Beliau memang samseng semalam. Sebijik macam abang beliau si Barton. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Ben Arfa...

4. Gol Man Utd aku terlepas sebab ada hal di tandas. Hampas ubi betul. Tapi gol penyamaan Newcastle memang tak patut. Mana kena woi, Ferdinand tackle bersih. Teka la sape yang berguling sampai dapat penalti tu? Yaa..Ben Arfa.

saat-saat sebelum Ben Arfa bergolek keriangan...

5. Keeper Newcastle memang awesome. Letih beliau menahan amukan Man Utd lepas Jonas kena kad merah. Dia tahan sana, tahan sini. Kenapa la aku letak dia kat sub dalam team fantasy aku...

6. Full time. 1-1. Memang tak patut.

Sunday, October 16, 2011

Man Utd vs Liverfool

Pertembungan yang sentiasa menjanjikan kepanasan telah berlangsung malam tadi dengan keputusan 1-1. Tapi sebenarnya tak la panas mana pun semalam. Kenapa tak panas?

1. 1st half agak membosankan. Tak banyak percubaan yang dibuat oleh kedua-dua pasukan. Man Utd macam kayu bila takde general di tengah, Anderson dan Nani dan stiker paling power di alam semesta, Rooney.

apehal ko tak sebut nama aku? aku top scorer season lepas wei!

2. Liverfool lebih banyak pegang game semalam. Maybe deme semangat sebab abg Gerrard dah ada kot. Hai abg Gerrard, ape kabo? Dah lama tak jumpa kan...

3. 2nd half baru nampak rancak cikit. Mapley yang senyap masa 1st half mula riuh dengan percubaan ganas daripada Liverfool. De Gea memang letih malam tadi. Gol Gerrard sangat awesome. Mengingatkan aku dekat gol super power Roberto Carlos. Macam pisang.

yearghh..gua kembali!!!

4. Ferguson yang gelabah mula memasukkan gandingan terhebat Rooney, Nani, dan Chicharito. Hasilnya adik Chicharito berjaya menyumbat gol penyamaan dari corner Nani. Superb.

gua supersub paling power di dunia

5. Man of the match? Luis Suarez. Pakar diving dan pakar seni penghinaan umat manusia. Bergaduh dengan Evra je koje dia. Tapi dia memang power. Lemas jugak bek Man Utd semalam.
Nyah kau dari sini!


Monday, September 19, 2011

Kelab Paling Power Di Muka Bumi

Malam tadi telah bertemu buku dan ruas. Man Utd dalam 4 game sebelum nie telah menelan kelab-kelab kecik yang tidak bermaya seperti Tadika Arsengal tanpa belas kasihan dan akhirnya bertemu antara pencabar terkuat iaitu Rumah Orang Tua Chelsea.

2. Seperti biasa perlawanan berlangsung kencang dan mendebarkan. Tapi pasukan orang tua lebih banyak pegang bola. Bayangkan first half saja Chelsea ada 15 goal attempt, Man Utd ada 3 jek. Bezanya semua percubaan gol Man Utd masuk, Chelsea haram...

3. Abang Torres berjaya akhiri badi sumpahan. Tak dapat gua nak kutuk2 dia lagi. Tapi bangang beliau semakin menjadi2 selepas berderet-deret percubaan selepas tu gagal. Paling epik sekali selepas dia menggelecek melepasi De Gea dan tinggal nak tolak masuk cikit jek. Memang epik.

Tahi! tahi! tahi!

4. Abang Rooney kurang power semalam. Walaupun dapat buat sebijik gol, tapi sebenarnya dia boleh hatrik malam tadi. Sebelum ambik penalti yang tak masuk, aku perasan dia ada jeling kat Terry. Padan muka dah kena sumpahan Moscow.

Omak kau jatuh pulak!

5. Tanpa was2 lagi, Man Utd adalah kelab paling power buat masa sekarang. Barca? itu kelab paling kuat menipu.
"huk3..man utd memang power..gua terpaksa akui.."

"jangan nangis torres, nanti gua belanja lu ais"