klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, November 27, 2011

Man Utd vs Kota Bharu Bersatu

Dah lama rasanya tak tengok bola omputih nie, sejak dari demam rakyat Malaysia dengan bola sukan SEA. Malam tadi berlangsungnya perlawanan getir antara kelab paling power didunia (Man Utd) menentang pasukan Kota Bharu Bersatu (Newcastle United). Apa yang ada pada perlawanan ini?

2. Kesebelasan utama United terutamanya bek sudah kembali kepada asal. Banyak adik-adik tak dapat main macam Wellbeck, Anderson, dan Cleverley. Perlawanan rancak dan penuh aksi kungfu. Sungguh banyak kad yang dilayangkan.

3. Memperkenalkan pengganti kepada Barton, iaitu Hatem Ben Arfa. Beliau memang samseng semalam. Sebijik macam abang beliau si Barton. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Ben Arfa...

4. Gol Man Utd aku terlepas sebab ada hal di tandas. Hampas ubi betul. Tapi gol penyamaan Newcastle memang tak patut. Mana kena woi, Ferdinand tackle bersih. Teka la sape yang berguling sampai dapat penalti tu? Yaa..Ben Arfa.

saat-saat sebelum Ben Arfa bergolek keriangan...

5. Keeper Newcastle memang awesome. Letih beliau menahan amukan Man Utd lepas Jonas kena kad merah. Dia tahan sana, tahan sini. Kenapa la aku letak dia kat sub dalam team fantasy aku...

6. Full time. 1-1. Memang tak patut.

2 comments:

ShahzCudin said...

mana tumpahnya kuah si barton klo tak ke nasi ben arfa..haha..tgk jgk game tu semalam..da mcm org gila da si krul tu..patut la diorg duk no.4 skrg..susah jgk nak lwn..

haadziq said...

tau xpe..ape mkn ntah bdk2 newcastle nie..haha