klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!

Sunday, July 24, 2011

legenda grunge malaya : selamat tinggal dunia


ok aku memang lambat follow band nie. masa kecik2 dulu memang pernah dengar lagu2 dorang macam vio pipe, the chemistry, girl friday tapi album Selamat Tinggal Dunia (2005) telah meninggalkan kesan yg besar dalam hidup aku. Sejak dari itu aku mula mengumpul balik semua album2 butterfingers dari terawal sampai yg latest.

" haziq, ko dah dengar album butterfingers baru? tajuknya selamat tinggal dunia. ko dengar je lagu daulat tuanku kompem ko jatuh cinta" begitulah mula2 pengaruh dari kawan aku yg membawa aku ke dunia grunge melayu. tapi lagu yg mula2 aku dengar dari album tu lagu "merpati sejoli" sebab masa tu pakai kaset, aku malas nk rewind ke belakang.

yaa..daripada lagu "merpati sejoli" yg rancak dan penuh dengan elemen grunge telah membuat aku terus tertarik untuk mendengar lagu2 yg seterusnya. "merpati sejoli" juga pernah dikritik oleh ramai wartawan kerana dikatakan lagu itu menghina mereka berdasarkan lirik "wartawan hiburan, pondan homoseksual".

aku kemudian mencari lagu "daulat tuanku" seperti yg disarankan kawan dan mendapati lagu ini sama kencang seperti "merpati sejoli" dengan lirik yg begitu makan dalam bak kata orang. "parti hujung minggu, kereta BMW, cari gebu2 teman beradu" lirik lagu ini membawa maksud mendalam kepada orang2 kaya yg mementingkan kehidupan dunia.

ada banyak lagi lagu2 yg menarik dalam album ini. antara faveret aku selain lagu2 diatas ialah "kabus ribut". sedikit sentimental dan menenangkan, menyegarkan halwa telinga setelah mendengar lagu2 yg berunsur keras. begitu juga dengan lagu "taman tasik perdana" yg membuatkan aku rasa macam nak bersiar2 kat sana sekarang jugak.

album ini telah meninggalkan pengaruh yg besar dalam pengaruh aku kepada muzik. daripada elemen grunge yg mantap dan padu sehingga penulisan lirik yg mendalam. sedikit mengecewakan kerana album terbaru kembali (2008) gagal untuk menarik minat aku kerana aku melihat mereka sedikit lari dari perjuangan asal.

terima kasih butterfingers kerana mengeluarkan mahakarya terhebat untuk simpanan umat manusia....

No comments: